Aku tak tahu lah, samada kita perasan ke tak dengan apa yang berlaku pada masa kini. Memang lah aku bukan pemerintah negara @ pun pemerhati yang dilantik dari mana2 pun. Tetapi sebagai penghuni tetap bumi malaysia nie, takkan lah tak nampak kot @ tak amik pot kot dengan keadaan sekarang. Memang lah benda2 macam nie tak terjadi kat aku. Aku rasa, semakin lama hidup kat sini, macam makin tak tenteram. Macam2 hal dah jadi, urmm..jenayah dimana - mana sahaja.
Yang terbaru aku dengar, kat kedai mamak tue...selamber jer kan..cian mamat tue..laptop dia kena amik..pastu org kat dalam tue bukan nak laporkan kpd phk polis. tup2 video tersebar barulah nak jadi kes polis. Pada pendapat aku lah, oleh disebabkan jenyah banyak berlaku, jadi hukumannya kenalah setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Sebagai contohnya, kes simbah asid tue, pelik tak, orang yang menyimbah asid cuma dipenjarakan sahaja disamping hukuman yang lain. ADIL ker?..sementara orang yang disimbah asid tue merana seumur hidup dan kekal hidup dengan keadaan diri yang macam tue, siap dengan trauma lagi. Aku rasa kenapa tak diberi hukuman simbah asid sama ek. Biar dia rasa cemana pedih, peritnya bila dia bt mcm tue. Pastu, utk kes rompakan dan ragut, kadang2 aku bersetuju jugak dengan hukuman potong tangan tue..tapi bila pikir2 balik. Satg amik kesempatan lak, minta sedekah kononnya cacat sejak azali lah. hai dunia2..
Walau apa pun, nasib baik lah kat malaysia nie ada undang-undang, kalau tak...haru biru jugak sini..
0 comments:
Post a Comment