Friday, February 19, 2010

Sambungan....

myMetro bullet Setempat

KUALA LUMPUR: ‘Pernikahan dalam dorm (asrama)’ yang diamalkan segelintir pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terkenal di pinggir ibu negara, nyata tidak sah kerana tidak menggunakan wali nasab (keturunan), malah hukumnya haram dan berdosa besar.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Datuk Noh Gadut, menegaskan pasangan terbabit wajib bertaubat dengan segera kerana implikasi terhadap hubungan itu adalah zina.

“Syarat sah nikah ialah pengantin wanita perlu menggunakan wali iaitu bapa, abang atau lelaki daripada keturunannya.

Jika tiada, mereka wajib menggunakan wali hakim.

Bagaimanapun, wali hakim itu adalah orang yang mendapat tauliah daripada sultan atau raja dan beliau hanya boleh menjadi wali hakim di kawasan atau negeri beliau dilantik.

“Pergaulan antara pasangan yang melakukan pernikahan ini adalah zina dan jika mendapat anak hasil hubungan itu, maka anak itu tidak sah tarafnya.

Jika anak itu perempuan, ketika berkahwin kelak, dia hanya boleh berwali hakim, tidak berhak mewarisi harta pusaka bapanya dan batal air wuduk jika bersentuh kulit dengan bapa,” katanya. Noh berkata, pihak berwajib perlu mengambil tindakan segera terhadap pasangan yang berkahwin begini dan mereka perlu dihadapkan ke muka pengadilan. “Pihak universiti juga perlu memainkan peranan dengan menyiasat kegiatan pelajar ini dengan segera dan jika didapati ia berlaku maka perlu beri hukuman sekeras-kerasnya,” katanya. Menurutnya, pasangan yang ingin berkahwin perlu merujuk kepada pihak yang mempunyai tauliah supaya setiap tindak-tanduk mereka tidak bercanggah dengan Islam dan tidak menyesal di kemudian hari.

0 comments:

Friday, February 19, 2010

Sambungan....

Posted by Chek Nurul at 1:30 PM

0 comments on "Sambungan...."

Life So Simple WithOut Rules Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez