Sunday, February 21, 2010

Bundle Oh Bundle....

BAGI yang sama-samar dengan budaya membeli di bundle, mungkin akan ingat kedai pakaian terpakai ini hanya menjual pakaian lama atau sudah dipakai beberapa kali.Hakikatnya, secara am, terdapat tiga jenis barangan yang dijual di butik bundle iaitu second hand, pakaian klasik dan juga baru.

Pakaian second hand nyata sering mendapat perhatian, terutama kemeja-T dan seluar denim kerana mempunyai label dari pelbagai negara pengeluar asalnya.

Manakala pakaian vintage atau klasik, terutama kasut, beg, jaket dan aksesori kepala pula lebih bernilai kerana aspek usia, sejarah dan negara asalnya.

Pendek kata, selain muzium, bundle juga adalah tempat menyimpan barangan klasik ini. Apa yang membezakannya ia boleh dibeli dengan harga tertentu. Kalau pandai tawar menawar dapatlah harga murah.

Di bundle jugalah terdapatnya pelbagai seleksi rekaan dan saiz kasut baru (terutamanya) yang tidak pernah atau jarang sekali akan sampai ke pasaran tempatan. Ketika inilah ada beberapa jenama pelik yang tidak boleh didapati di mana-mana kedai kasut biasa bersedia untuk dimiliki.

Keadaan semua barangan ini mungkin tidak nampak `baru’ namun ia tidak bermakna ia tidak berkualiti, apatah lagi kebanyakan barangan ini berjenama dan buatan luar negara.

Dari jenama sukan atau kasual seperti Nike, adidas, Puma, Don Ed Hardy, Levi’s, Fred Perry, Evisu, Converse dan Benti 8, sehinggalah yang sofistikated seperti Bally, Gucci, CD dan Ralph Lauren.

Usah ragui keasliannya kerana butik bundle bukanlah premis barang tiruan.

Mula bertapak di negara ini pada 1980-an, barangan bundle ini ada peminatnya tersendiri. Bergerak perlahan pada awalnya, perniagaan bundle semakin maju dan kini, ia seolah-olah kembali perlahan.

Mengapa ya? Penulis tidak dapat mengelak daripada tersenyum apabila kata-kata seorang peniaga bundle di Johor yang mendakwa perniagaannya tidak lagi semeriah dulu dek kerana meningkatnya bilangan penganggur muda di daerah berkenaan.

Cerita seakan sama juga penulis dengar daripada seorang lagi peniaga bundle di ibu kota. Kebanyakan pelanggannya adalah golongan dewasa manakala remaja hanya sekadar membeli sehelai kemeja-T atau selipar murah.

Bila bertanyakan remaja, dakwa mereka barangan bundle kini semakin mahal selain fesyen yang diingini boleh dimiliki di kedai fesyen antarabangsa. Bukan saja harganya tidak jauh berbeza, keadaan barangan juga lebih bersih dan baru.

Bercakap mengenai kebersihan, ramai juga yang masih sangsi dengan kebersihan pakaian bundle. Entah dari mana datangnya, entah berapa ramai pula sudah memakainya. Timbul pula persoalan suci, tak suci, memakai pakaian bundle.

Meskipun ada yang mengatakan baju bundle sudah dibasuh sebelum dipamerkan, tapi sebagai langkah berjaga-jaga basuhlah dulu, usahlah terlalu kemaruk, sampaikan kebersihan kulit sendiri diabaikan.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Ustaz Zawawi Yusoh menjelaskan, tidak ada salahnya memakai pakaian terpakai. Nabi Muhammad SAW juga, katanya, memakai pakaian yang diberi orang bukan Islam.

“Selagi pakaian itu tidak mempunyai najis jelas yang masih ada rasa dan bau, maka ia boleh dipakai. Tak mengapa.

“Begitu juga pakaian yang diperbuat daripada kulit atau bulu. Selagi bukan diperbuat daripada kulit haiwan haram seperti kulit babi dan anjing, maka ia boleh dipakai dengan selamat,” katanya ketika dihubungi i-Kon.

Walau apapun anggapan orang, pakaian bundle tetap ada peminatnya. Tidak kira vintage (klasik) mahupun second hand (terpakai), ia sememangnya menjadi alternatif kepada sesiapa saja yang ingin bergaya berbeza.

Beza bagi mereka, bukan semestinya pada rekaan, namun kualiti, jarang dijumpai dan sejarah di sebalik pakaian atau aksesori berkenaan yang dipandang tinggi.

Barang bundle lain dari yang lain – Hafiz

KALAU di tanya kepada mana-mana peminat barangan bundle, jawapannya tentunya sama. Alasan mereka, kerana barang bundle lain daripada yang lain.

Begitu jugalah dengan Hafiz Rodin yang mula berminat mengumpul pakaian bundle seperti jaket, kemeja-T, kasut, seluar denim, corduroy dan baju panas sejak sembilan tahun lalu.

Semuanya bermula dari deretan beberapa premis bundle yang terletak di persekitaran kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur, diikuti beberapa bundle di seluruh negara, terutama Kelantan dan Johor.

Kalau nak tahu barang pertama yang dibeli oleh anak muda ini ialah jaket adidas berharga RM30 diikuti selepas itu beberapa helai kemeja-T dengan harga RM5 setiap satu.

Bukan setakat itu saja, Hafiz juga adalah pemilik seluar denim dari jenama Levis (big E) berharga RM680 termasuk jaket denim dari jenama serupa yang menjadi kegemarannya sehingga hari ini.

"Tapi sekarang tidak lagi. Lebih setahun rasanya saya berhenti daripada membeli pakaian di bundle. Bukannya apa, sekarang harga kebanyakan barang di bundle sudah mula mahal.

"Lagipun dulu pakaian rekaan 60-an, 80-an memang susah nak dapat. Hanya di bundle saja. Tapi sekarang banyak butik antarabangsa yang datang ke negara ini, menawarkan selera fesyen serupa, selain harganya lebih murah. Contohnya di Top Shop dan Zara," katanya kepada i-Kon.

Terang Hafiz, kesemua pakaian bundlenya kini, disimpan elok di dalam almari yang mana ada di antaranya di simpan kemas di dalam plastik supaya tidak reput atau buruk dimamah usia.

Katanya, pengaruh fesyen retro ketika zaman belajaranya dulu juga adalah salah satu alasan mengapa bundle menjadi pilihan, selain dorongan kuat daripada rakan sebaya.

Pernah juga terjadi kata Hafiz, barang bundle berkenaan dijualnya kembali ke kedai berkenaan oleh kerana terlalu teringin dengan satu lagi produk bundle yang berharga agak mahal.

Tambahnya, selain rekaannya yang sukar didapati di mana-mana bundle lain, faktor warna, rekaan bersifat old-school dan harganya tidak melebihi RM100 adalah antara aspek diambil kira pemuda ini apabila berbelanja di bundle.

"Sudah tentu bila dapat pakai, diri akan rasa bangga. Yalah kita saja yang ada satu-satu rekaan tu. Kalau jalan orang akan tanya, dari mana saya dapatkannya. Siapa yang tak suka.

"Tapi mestilah pandai pilih. Saya takkan pilih yang terlalu lusuh, besar atau berlubang. Pakaian vintage adalah pilihan berbanding second hand dan bila sudah beli, balik rumah terus basuh. Lepas tu barulah boleh dipakai," katanya.

1 comments:

Anonymous said...

yeah... betul tu... ermm...

Sunday, February 21, 2010

Bundle Oh Bundle....

Posted by Chek Nurul at 11:14 PM

1 comments on "Bundle Oh Bundle...."

Anonymous said...

yeah... betul tu... ermm...

Life So Simple WithOut Rules Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez