Wednesday, September 28, 2011

Mengapa wanita memerlukan lelaki..

Assalamualaikum...
Sebenarnya..aku tertarik dengan article yang aku baca dari blog seorang teman nie..mengapa wanita memerlukan lelaki.. Tidak dinafikan..wanita nie manusia yang lemah..memerlukan pendamping disisinya..selain menpunyai anak..wanita juga memerlukan lelaki dalam hidup mereka. Kalau dipandang dari sudut yang lain..wanita lebih cenderung kepada perasaan untuk menpunyai keluarga sendiri...Disini aku post beberapa sebab mengapa wanita memerlukan lelaki..

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah...

credit to http://www.tentangcinta.com

for him...

Monday, September 26, 2011

Don't why...sometimes im feel that i always create problem, doing something will make someone feel not right..urmm..

Dats y, im feel like wan'na run away from others and disappear from everyone..may be i should not be here.

I thought when i came here...urmm...wanna cry...seriously..

Thursday, September 22, 2011

Syawal oh Syawal..

Assalamualaikum..

Terasa macam dah lama tak post anything dalam nie. Untuk penghujung tahun nie, aku mengharapkan suatu kelainan dan pembaharuan dalam hidup aku. Bukan semua orang boleh berubah dalam sekelip mata tapi insyaallah, aku pasti boleh.

Aku rasa macam suatu cabaran bagi aku bila kebaikan yang aku bagi tetapi sebaliknya yang aku dapat. Mungkin ada salah dan silap dimana-mana yang aku tak sedar. Rupanya mencabar jugak menjadi seorang tenaga pengajar ni, Bukan senang nak mengajar "kanak-kanak" yang sudah besar ni. Dugaan yang tak terjangka aku terima, ada yang menarik ada yang tak. Apa yang aku boleh cakapkan di sini, semoga mereka semua di lindungi oleh NYA. Aku mohon agar ALLAH memberi peluang pada mereka mengenal erti seorang pelajar bukan hanya mencari kesalahan orang lain. Biasa lah budak - budak, betul jugak kata SV aku, aku dah dapat apa yang aku nak, dari segi kelayakan, aku mmg jauh berbeza dengan mereka. Dari segi kematangan apatah lagi, jadi tak perlulah aku memilih untuk menyimpan apa yang mereka buat. So, aku tak pernah rugi..huhuhu

Bulan syawal tahun nie, umpama permulaan yang baru untuk aku, untuk aku memikirkan masa depan dan sebagainya. Perlu lebih matang dan perlu pandai serta bijak mencari peluang, jangan menjadi orang sama sahaja setiap tahun. insyaallah, aku akan cuba mencari kelainan untuk tahun depan.

Thursday, September 8, 2011

Assalamualaikum, selamat pagi...

Alhamdulillah, hari nie adalah sikit masa untuk "mengemas" blog nie. Tak sibuk dengan paper student dan sebagainya..cuma tunggu nak masuk meeting jer petang nie..Sementara masa masih ada nie..aku cuma nak berkongsi sikit jerlah kat dalam nie..nanti taip lebeh2, susah plak..huhu

Aku tak tahu lah, samada kita perasan ke tak dengan apa yang berlaku pada masa kini. Memang lah aku bukan pemerintah negara @ pun pemerhati yang dilantik dari mana2 pun. Tetapi sebagai penghuni tetap bumi malaysia nie, takkan lah tak nampak kot @ tak amik pot kot dengan keadaan sekarang. Memang lah benda2 macam nie tak terjadi kat aku. Aku rasa, semakin lama hidup kat sini, macam makin tak tenteram. Macam2 hal dah jadi, urmm..jenayah dimana - mana sahaja.
Yang terbaru aku dengar, kat kedai mamak tue...selamber jer kan..cian mamat tue..laptop dia kena amik..pastu org kat dalam tue bukan nak laporkan kpd phk polis. tup2 video tersebar barulah nak jadi kes polis. Pada pendapat aku lah, oleh disebabkan jenyah banyak berlaku, jadi hukumannya kenalah setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Sebagai contohnya, kes simbah asid tue, pelik tak, orang yang menyimbah asid cuma dipenjarakan sahaja disamping hukuman yang lain. ADIL ker?..sementara orang yang disimbah asid tue merana seumur hidup dan kekal hidup dengan keadaan diri yang macam tue, siap dengan trauma lagi. Aku rasa kenapa tak diberi hukuman simbah asid sama ek. Biar dia rasa cemana pedih, peritnya bila dia bt mcm tue. Pastu, utk kes rompakan dan ragut, kadang2 aku bersetuju jugak dengan hukuman potong tangan tue..tapi bila pikir2 balik. Satg amik kesempatan lak, minta sedekah kononnya cacat sejak azali lah. hai dunia2..

Walau apa pun, nasib baik lah kat malaysia nie ada undang-undang, kalau tak...haru biru jugak sini..

Wednesday, September 7, 2011

Morning...

Assalamualaikum...
Hai there, i think such a long time im not post anything here. Im quite busy with my work, my new home and also my preparation for my big days. Many things i need to do, but alhamdulillah next week of this month will be last for this sem. So, this week i just come out with exam paper for my student.

Ohya, alhamdulillah...my new home almost full with furniture and everything. Thanks to Mr. Hubby...;)

My Big Days...a lot things need to do..hope i can do it...huhu

Wednesday, September 28, 2011

Mengapa wanita memerlukan lelaki..

Posted by Chek Nurul at 5:10 PM 0 comments

Posted by Chek Nurul at 4:58 PM 0 comments

Monday, September 26, 2011

Posted by Chek Nurul at 4:25 PM 0 comments
Don't why...sometimes im feel that i always create problem, doing something will make someone feel not right..urmm..

Dats y, im feel like wan'na run away from others and disappear from everyone..may be i should not be here.

I thought when i came here...urmm...wanna cry...seriously..

Thursday, September 22, 2011

Syawal oh Syawal..

Posted by Chek Nurul at 1:44 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Terasa macam dah lama tak post anything dalam nie. Untuk penghujung tahun nie, aku mengharapkan suatu kelainan dan pembaharuan dalam hidup aku. Bukan semua orang boleh berubah dalam sekelip mata tapi insyaallah, aku pasti boleh.

Aku rasa macam suatu cabaran bagi aku bila kebaikan yang aku bagi tetapi sebaliknya yang aku dapat. Mungkin ada salah dan silap dimana-mana yang aku tak sedar. Rupanya mencabar jugak menjadi seorang tenaga pengajar ni, Bukan senang nak mengajar "kanak-kanak" yang sudah besar ni. Dugaan yang tak terjangka aku terima, ada yang menarik ada yang tak. Apa yang aku boleh cakapkan di sini, semoga mereka semua di lindungi oleh NYA. Aku mohon agar ALLAH memberi peluang pada mereka mengenal erti seorang pelajar bukan hanya mencari kesalahan orang lain. Biasa lah budak - budak, betul jugak kata SV aku, aku dah dapat apa yang aku nak, dari segi kelayakan, aku mmg jauh berbeza dengan mereka. Dari segi kematangan apatah lagi, jadi tak perlulah aku memilih untuk menyimpan apa yang mereka buat. So, aku tak pernah rugi..huhuhu

Bulan syawal tahun nie, umpama permulaan yang baru untuk aku, untuk aku memikirkan masa depan dan sebagainya. Perlu lebih matang dan perlu pandai serta bijak mencari peluang, jangan menjadi orang sama sahaja setiap tahun. insyaallah, aku akan cuba mencari kelainan untuk tahun depan.

Thursday, September 8, 2011

Posted by Chek Nurul at 11:51 AM 0 comments
Assalamualaikum, selamat pagi...

Alhamdulillah, hari nie adalah sikit masa untuk "mengemas" blog nie. Tak sibuk dengan paper student dan sebagainya..cuma tunggu nak masuk meeting jer petang nie..Sementara masa masih ada nie..aku cuma nak berkongsi sikit jerlah kat dalam nie..nanti taip lebeh2, susah plak..huhu

Aku tak tahu lah, samada kita perasan ke tak dengan apa yang berlaku pada masa kini. Memang lah aku bukan pemerintah negara @ pun pemerhati yang dilantik dari mana2 pun. Tetapi sebagai penghuni tetap bumi malaysia nie, takkan lah tak nampak kot @ tak amik pot kot dengan keadaan sekarang. Memang lah benda2 macam nie tak terjadi kat aku. Aku rasa, semakin lama hidup kat sini, macam makin tak tenteram. Macam2 hal dah jadi, urmm..jenayah dimana - mana sahaja.
Yang terbaru aku dengar, kat kedai mamak tue...selamber jer kan..cian mamat tue..laptop dia kena amik..pastu org kat dalam tue bukan nak laporkan kpd phk polis. tup2 video tersebar barulah nak jadi kes polis. Pada pendapat aku lah, oleh disebabkan jenyah banyak berlaku, jadi hukumannya kenalah setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Sebagai contohnya, kes simbah asid tue, pelik tak, orang yang menyimbah asid cuma dipenjarakan sahaja disamping hukuman yang lain. ADIL ker?..sementara orang yang disimbah asid tue merana seumur hidup dan kekal hidup dengan keadaan diri yang macam tue, siap dengan trauma lagi. Aku rasa kenapa tak diberi hukuman simbah asid sama ek. Biar dia rasa cemana pedih, peritnya bila dia bt mcm tue. Pastu, utk kes rompakan dan ragut, kadang2 aku bersetuju jugak dengan hukuman potong tangan tue..tapi bila pikir2 balik. Satg amik kesempatan lak, minta sedekah kononnya cacat sejak azali lah. hai dunia2..

Walau apa pun, nasib baik lah kat malaysia nie ada undang-undang, kalau tak...haru biru jugak sini..

Wednesday, September 7, 2011

Morning...

Posted by Chek Nurul at 5:55 AM 0 comments
Assalamualaikum...
Hai there, i think such a long time im not post anything here. Im quite busy with my work, my new home and also my preparation for my big days. Many things i need to do, but alhamdulillah next week of this month will be last for this sem. So, this week i just come out with exam paper for my student.

Ohya, alhamdulillah...my new home almost full with furniture and everything. Thanks to Mr. Hubby...;)

My Big Days...a lot things need to do..hope i can do it...huhu
 
Life So Simple WithOut Rules Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez