Sunday, January 13, 2013

Cerita 3

Assalamualaikum..dan selamat tengahari...
Rasa syukur sbb aku masih lagi diberi peluang nak menulis dan update blog nie...
ok sambung dari cerita yang sebelum nie...

Segala2nya bermula pada kandungan aku masuk 8 bulan nie...masa tue 25 disember 2012..aku dah rasa contruction...rasa sakit sangat...kebetulan aku kat kg...jadi p la cek kat kk biasa..terus dia hantar kat general hospital...sampai ja kat sana...doktor cek rahim, jantung anak dan sebagainya..rasa sakit sangat..doktor cakap baby tak cukup matang lagi..dan tak cukup bulan lagi...yang peliknya...masa tue dah masuk 9 bulan..tapi dia cakap tak cukup bulan..jadi, aku pun pujuk lah dalam hati..mungkin betul la apa yang doktor cakap...ni cuma contraction biasa...setelah ditahan dalam wad...2 hari...aku dibagi cucuk utk matangkan paru2 anak dan bagi lambat bersalin..

doktor bagi mc sampai la habis minggu...dalam hati, mungkin betul la kot..salah kira antara aku dan nurse tue...

2 januari 2013, tiba2 aku sakit kembali..ingatkan dah nak bersalin lah..aku p cek kat general hospital tapi tempat lain plak...dah la service mcm apa lagi...aku sabar ja...doktor sorg ja..sekejap dia seluk dalam rahim, sekejap dia cek tekanan darah...dia cakap aku cuma rasa contration biasa sahaja...masa nak balik...dia pagey aku lagi sekali...rupanya CTG anak tak amik lagi...apa lah service...mcm nak menangis pun ada...then aku minta refer kat satu lagi hospital yang aku biasa bt treatment...

aku sampai malam, then...aku kena tahan dalam bilik pre-meternity lagi sekali... dia siap bgtau lagi aku ada GBS+ve...kena bedah kalau nak bersalin nanti...tak ada cara lain dah nak selamatkan anak...doktor cuma bagi antibiotik..apa lagi...lepas amik ubat...dalam kereta..mmg bengkak lah mata aku...sepanjang malam aku nangis ja...yer lah...seolah2...bila baby lahir...dah ada penyakit yang tunggu dia...sblm balik aku tanya doktor tue lagi sekali untuk kepastian...adakah perlu aku bt checkup lagi sekali untuk pastikan samada aku bebas dari penyakit nie...doktor tue cakap tak perlu...cuma bila rasa sakit terus mai sini dan kena bedah utk selamatkan anak...masa tue, aku rasa gelapnya dunia...tapi bersabar jer lah dalam hati...

Kepada sesiapa yang tak tahu apa itu, GBS+ve...meh sini aku nak kongsikan...

Group B Streptococcus

Kebanyakan ibu hamil mengalami GBS+ve. Akan tetapi, bakteria tersebut tidak membahayakan kesihatan mereka. Cuma perhatian perlu diberikan pada bayi kerana kesannya cukup serius.

Group B Streptococcus (GBS) ialah sejenis bakteria yang menyebabkan jangkitan kuman pada darah. GBS selalunya ditemui pada bahagian vagina dan dubur kebanyakan ibu hamil. Untuk pengetahuan, kuman jenis ini tidak akan menyebabkan seseorang itu sakit kerana orang tersebut dijadikan perumah. Walaupun begitu, GBS boleh menyebabkan jangkitan kecil pada bahagian pundi kecil. GBS sememangnya tidak berbahaya kepada ibu sebaliknya ia bahaya kepada bayi yang bakal dilahirkan.

Seperti kebanyakan masalah jangkitan lain, tiada gejala yang nyata untuk penyakit ini. Jadi sukar untuk mengetahui adakah anda GBS+ve ataupun tidak. Ini turut merumitkan doktor untuk mengesan sama ada bakteria tersebut berupaya menjangkiti bayi yang bakal lahir ataupun sebaliknya.

Seseorang ibu hamil yang dijangkiti GBS akan berpotensi untuk menyebarkannya kepada bayi yang bakal dilahirkan pada sekitar 40 hingga 70 peratus. Pun begitu, daripada jumlah tersebut hanya 0.5 hingga 2 peratus bayi yang akan dijangkiti. Keadaan ini dinamakan neonate GBS. Kiraan tersebut dibuat berdasarkan satu kes bagi setiap 1000 kelahiran di seluruh dunia.

Umumnya GBS Neonate Boleh Dibahagikan Kepada 2 Jenis

Early Onset

Jenis ini sering berlaku. Tanda-tanda bayi dijangkiti GBS early onset akan muncul dalam tempoh 6 jam hingga seminggu selepas dilahirkan. Hampir 80 peratus kes menunjukkan bahawa tanda-tanda dikesan dalam jangka masa 72 jam pertama bayi. Jangkitan jenis ini boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru, otak, saraf tunjang dan darah. GBS early onset boleh jadi lebih serius.

Late Onset

GBS jenis ini pula agak jarang berlaku. Bayi lazimnya tidak menunjukan sebarang tanda jangkitan sehinggalah dia berusia seminggu hingga enam bulan. Hampir separuh daripada bayi ini mendapat jangkitan semasa proses kelahiran. Manakala, separuh lagi mendapatnya selepas dilahirkan iaitu menerusi hubungan dengan ibu yang GBS+ve atau orang lain yang mempunyai masalah sama. Masalah kesihatan yang biasa mengganggu bayi yang dijangkiti ialah meningitis.

Walaupun purata bayi yang akan mendapat jangkitan sangat rendah, doktor tidak pernah menganggapnya masalah remeh. Hal ini adalah kerana jika tidak dirawat segera selepas disahkan terkena jangkitan, dikhuatiri bayi akan mati.

Antara Simptom-Simptom Yang Mungkin Dapat Dilihat Pada Bayi Yang Dijangkiti Ialah:
  • Badan letih dan lesu
  • Kurang menangis
  • Kurang menyusu
  • Pernafasan tidak normal (terlalu cepat atau berbunyi)
  • Jaundis yang berpanjangan
  • Sawan
Sekiranya bayi anda mempunyai tanda-tanda seperti yang telah dinyatakan, segeralah bawa dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Ketahuilah bahawa, walaupun dijangkiti kuman, suhu badan bayi tidak akan meningkat seperti yang selalu berlaku pada orang dewasa.

Lazimnya bayi yang dijangkiti bakteria ini akan diberikan penisilin untuk membersihkan darahnya. Selain itu, rawatan rapi turut diberikan bagi memastikan organ tubuhnya dapat berfungsi dengan baik sehingga semua bakteria dapat dimusnahkan oleh sistem tubuhnya sendiri. Sebenarnya perkara yang paling penting ialah rawatan segera. Hal ini adalah kerana lebih cepat seseorang bayi itu dirawat, semakin cerah peluangnya untuk sembuh. Bagi wanita yang pernah melahirkan bayi GBS atau bayi meninggal secara tiba-tiba tanpa sebab-sebab tertentu terutamanya selepas seminggu dilahirkan, anda perlulah berhati-hati ketika berhadapan dengan kehamilan berikutnya.

Untuk memastikan adakah seseorang ibu hamil itu membawa GBS atau tidak, ujian HVS C&S (High vaginal swab culture and sensitivity) akan dilakukan. Ujian tersebut akan dibuat dengan mengambil sedikit cecair dari dalam vagina untuk melihat organisma yang wujud di dalamnya. Dari situlah, doktor akan dapat mengenal pasti ibu hamil yang membawa GBS. Seperti pada bayi, ibu yang dijangkiti akan diberikan penisilin semasa proses kelahiran.

Bayi Anda Berpotensi Untuk Dijangkiti Jika:
  • Anda pernah melahirkan bayi yang dijangkiti GBS+ve.
  • Anda mengalami kesakitan bersalin yang terlalu lama.
  • Air ketuban pecah dalam tempoh yang agak lama sebelum proses kelahiran berlaku.
  • Dilahirkan kembar.
  • Berat badan semasa dilahirkan kurang.
  • Anda menghidapi choriomnionitis, iaitu jangkitan kuman dalam rahim yang menyebabkan demam, sakit pada bahagian uterus dan sel darah putih meningkat.
  • Lahir pramatang.

Kesan GBS+ve Pada Bayi

Sebelum Dilahirkan
  • Jantung bayi menjadi lemah dan berkemungkinan lemas.
  • Berisiko untuk meninggal sebelum dilahirkan.
Selepas Dilahirkan
  • Keradangan paru-paru yang akan menyebabkan kesukaran bernafas.
  • Sepsis - putrefaktif (penghancuran) dan pereputan tisu oleh bakteria penyebab penyakit atau toksinnya.
  • Meningitis - jangkitan kuman pada otak
 Baca dan dengar pun macam tak percaya ja kan....so, aku balik kg dan berbincang dengan abah dan mak....last2, hubby cakap..refer kat INS tgk...

Aku jumpa dr. annuar...seorang doktor yang berpengalaman dan terkenal kat INS nie..

Dari penerangan dia dan maklumat yang diberikan...aku seolah2 mendapat nafas baru...baru aku tau...rupanya aku diberi tahu information yang salah...dan untuk pastikan aku masih ada GBS+ve ke tak...aku bt ujian lab lagi sekali....pada 14 januari 2013 nie..baru tau result dia...

masa jumpa dia, aku tanya lagi sekali tentang anak dalam perot nie...dia cakap, anak ok, uri berada dalam kedudukan dia, air ketuban pun ok...aku tanya lah bila doktor free...nak tempah dia untuk bersalin...17 januari 2013 adalah hari sesuai untuk bersalin...kebetulan 16 januari adalah hari lahir hubby...

esok baru tau keputusannya.....jeng2 tunggu yer...

0 comments:

Sunday, January 13, 2013

Cerita 3

Posted by Chek Nurul at 1:01 PM

0 comments on "Cerita 3"

Life So Simple WithOut Rules Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez