Monday, July 26, 2010

BERGERAKLAH KEARAH CAHAYA....

Dia suka memerhati alam semulajadi yang indah. Dia gemar memerhati betapa kehidupan lain (termasuk manusia), cuma menurut apa yang diprogramkan oleh Pencipta. Dia minat untuk mempelajari sesuatu daripada apa yang berada di sekelilingnya.

Pokok bunga ros yang ditanam di dalam pasu itu telah mula tumbuh. Dia tidak pernah jemu memerhati pokok itu membesar dari sehari ke sehari. Di tempatkan pasu itu di tepi tingkap.

Pada suatu hari, dia mengalih pasu itu jauh daripada tingkap tersebut dan diletak di atas meja di dalam bilik. Memang pasu itu sesuai berada di atas meja itu. Sungguh cantik kerana pokok bunga ros itu sudah mula mengeluarkan putik-putik bunga.

Sehari dua kemudian, dia mendapati pokok bunga ros tersebut condong sedikit ke arah tingkap. Dia mengalih pasu tersebut supaya bahagian yang condong tadi mengarah ke arah lain. Apa yang didapatinya sehari dua kemudian, pokok bunga ros tersebut kembali condong ke arah tingkap.

Dia mempelajari sesuatu… Pokok bunga ros itu telah condong ke arah tingkap bagi mendapatkan cahaya matahari untuk terus bertenaga dan hidup subur. Ia telah diprogramkan begitu dan pokok bunga ros telah mengikut apa yang telah diprogramkan untuknya. Pokok bunga ros itu seolah-olah tahu bahawa tenaga dan kehidupan boleh di dapati daripada cahaya matahari.

Jika pokok bunga ros walaupun telah dialih, masih lagi bergerak balas kepada cahaya, kenapa kita, manusia, telah memprogramkan semula diri sendiri untuk melihat ke arah kegelapan walaupun kadang-kadang kita telah melihat adanya cahaya di hadapan kita. Kenapa kita lebih suka memilih untuk menuju ke arah kegelapan?

Kita harus belajar daripada pokok bunga ros untuk terus berusaha bagi mendapatkan cahaya. Kita harus terus mencari cahaya tanpa mengenal erti putus asa. Kita yang telah memprogramkan diri kita sendiri untuk duduk di dalam kegelapan. Sekiranya kita ingin mengetahui program kita yang asal, lihat sahaja kanak-kanak yang masih kecil. Kanak-kanak tidak kenal erti putus asa. Walaupun jatuh berkali-kali ketika baru belajar berjalan, namun ia tidak berputus asa. Ia akan bangun dan terus mencuba sehinggalah akhirnya dia pandai berjalan. Itulah sebenarnya program asal kita. Tapi dalam proses tumbesaran, kita telah disogokkan dengan program-program luar yang kebanyakannya bersifat negatif.

0 comments:

Monday, July 26, 2010

BERGERAKLAH KEARAH CAHAYA....

Posted by Chek Nurul at 10:39 PM

0 comments on "BERGERAKLAH KEARAH CAHAYA...."

Life So Simple WithOut Rules Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez