Monday, July 26, 2010

UBAH SIKAP UBAH KEHIDUPAN...

Pada suatu hari seorang raja keluar meninjau sekitar bandar yang berada di bawah pemerintahan baginda. Pada masa itu belum dicipta kasut atau selipar. Justeru, semua orang termasuk raja berkaki ayam ke mana saja mereka pergi. Setelah penat meninjau, raja pulang ke istana. Kaki baginda terasa pedih dan sakit kerana berjalan di atas batu-batu kerikil yang tajam. Baginda lalu memanggil penasihat istana.

"Beta mahukan semua jalan di bandar ini dilapik dengan permaidani yang lembut supaya kaki beta tidak sakit apabila berjalan di atasnya"

Penasihat istana terdiam. Walaupun tidak mustahil untuk berbuat demikian, tetapi ia merupakan satu kerja yang terlalu rumit dan memerlukan perbelanjaan yang banyak.

"Tuanku, patik rasa ada cara lain yang lebih efektif daripada melapik semua jalan di bandar ini dengan permaidani"

"Apakah caranya?"

"Patik cadangkan supaya dibuat sepasang kasut daripada kulit yang lembut untuk dipakaikan di kaki tuanku. Cara ini lebih berkesan dan dapat menjimatkan kos"

Raja akhirnya bersetuju dengan cadangan penasihat istana itu dan sepasang kasut daripada kulit telah dicipta untuk kegunaan baginda apabila keluar meninjau sekitar bandar.

Adalah lebih mudah mengubah diri sendiri daripada cuba mengubah persekitaran dan individu lain. Kita boleh mengubah kehidupan kita dengan mengubah habit dan sikap kita.

Denis Waitley dalam satu artikel telah menulis tiga perkara yang harus kita fahami tentang perubahan sikap dan habit yang ingin kita lakukan. Memahaminya akan memudahkan proses tersebut.

Perkara 1 - Tidak ada sesiapa yang boleh mengubah kita dan kita juga tidak berkemampuan untuk mengubah individu lain. Kita perlu mengakui keperluan dan kelemahan kita, berani berdepan dengan masalah dan menerima tanggungjawab sepenuhnya untuk membuat perubahan diri sendiri.

Perkara 2 - Sikap atau kebiasaan yang ingin diubah tidak boleh dihentikan begitu saja tanpa ada pengganti. Kita mesti menggantikannya dengan sikap atau kebiasaan lain yang lebih positif. Selalunya proses ini memakan masa sekurang-kurang setahun dua. Ada yang berkata, kita mengambil masa 21 hari untuk kita berubah kepada habit baru tapi menurut Denis 21 hari itu tidak cukup untuk menjadikan kita seorang individu dengan sikap dan kebiasaan yang baru.

Habits are like submarines. They run silent and deep. They also are like comfortable beds, in that they are easy to get into, but difficult to get out. So don't expect immediate, amazing results. Give your skills training a year and stick with it, knowing that your new ways can last a lifetime. ~Denis Waitley

Perkara 3 - Sikap dan habit baru hendaklah dimasukkan ke dalam rutin harian kehidupan kita kerana perkara yang kita buat acapkali akan menjadi 'second nature'. Practice makes everything goes well and smooth.

0 comments:

Monday, July 26, 2010

UBAH SIKAP UBAH KEHIDUPAN...

Posted by Chek Nurul at 10:36 PM

0 comments on "UBAH SIKAP UBAH KEHIDUPAN..."

Life So Simple WithOut Rules Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez