Terima kasih sebab sudi menerima kehadiran anakmu ini,
Mendidik sehingga menjadi seorang manusia yang kuat,
Kau tanamkan sifat berdikari, ketegasan pada diriku,
Kau cabar kemampuan anakmu ini sehingga boleh sampai ke tahap ini,
Abah
Kau selalu berpesan,
Jangan cepat mengalah walau seinci,
Walaupun perempuan bukan beerti kau lemah,
Kau mampu mengubah nasib seseorang suatu masa nanti,
Kau perlu percaya pada diri sendiri,
Abah
Tiada kata-kata yang dapat anakmu ini berikan,
Cuma ucapan terima kasih sebab mengajar erti kehidupan,
Mengajar apa itu cabaran, erti berdikari, beri kata-kata semangat,
Tidak jemu melayan kerenah anakmu ini,
Abah
Maafkan anakmu ini sekiranya
Ada terkasar bahasa,
Ada terguris hati,
Anakmu ini umpama kain putih yang perlu dicorakkan,
Sebelum dibeli oleh orang lain.
Abah
Terima kasih kerana menjadikan anakmu ini teman,
Berkongsi segala-galanya,
Insyaallah, anakmu ini pasti akan berjaya,
Dengan berkat doa seorang Abah.
(Dedikasi untuk En. Arifin Bin Ahmad)
0 comments:
Post a Comment