Monday, November 22, 2010

Silent Mode...

Pelik kan sesetengah orang boleh mempengaruhi kehidupan orang lain semata2 untuk kepentingan diri sendiri. Kadang2 berbangga dengan secebis pertolongan yang dihulur kan tetapi mengaku dan bercerita lagak watak utama @ tonggak utama dalam sesuatu cerita. Seolah-olah orang lain turut berharap kepada dia, dengan perasaan bangga dan sinis menyindir bagai melepaskan perasaan amarah kerana tidak dipedulikan. Sikap manusia kadang-kadang memerlukan perhatian dari orang lain tetapi bila orang dah mula muak dan mangli, terus menganggap orang disekeliling tidak menghiraukan dan terus beranggapan mereka telah mengambil sikap masing-masing. Aku terpaku dengan kata-kata dato' jalaludin hassan "kembali pada yang satu" dalam drama apatah. Betul dan tepat sekali katanya, cuba tengok dan lihat pada diri kita sendiri, soal diri kita kembali. Kenapa jadi macam nie?. Mengapa aku jadi macam nie?. Kadang-kadang DIA cuma nak kita mengingatinya. Mungkin juga DIA merindui kita. Selama ini kita hanya menyintai, menyayangi, mengingati yang ternampak di mata sahaja. Tapi DIA?..mengapa kita lupa, alpa kepadaNYA.

Coretan ini tidak bertujuan kepada sesiapa pun, aku cuma sebagai pemerhati sahaja. Masalah tetap akan menjadi masalah dan kadang-kadang akan bertambah walaupun kita cuba mengelaknya. Sejak azali lagi kita seiring dengannya. Sesiapa yang tidak boleh bertahan pasti akan tersungkur. Kadang-kadang sampai sakit kepala pikir jalan penyelesaian tapi percaya lah, ALLAH tue ada. Rezeki pasti ada dimana-mana. Cuma ikut sahaja jalan yang dah tertulis.

Aku rasa dah lama dah aku mengambil sikap berdiam diri @ silent mode. Abah aku banyak bagi semangat, kekuatan pada aku tapi rasanya aku dah tak leh bertahan. Aku kena juga berdiri jika selama ini aku duduk sahaja. Untuk tahun depan, pasti akan ada perubahan tapi aku harap aku masih lagi orang yang sama dan mengekalkan prinsip yang sama.

Setiap hari adalah hari yag baru jadi, ciptalah sejarah pada hari-hari baru dan ingat lah hari-hari ini lah akan meninggalkan kita tanpa kita sedari tetapi akan muncul semula pada suatu ketika nanti. Umpama roda, kitaran yang cukup sempurna untuk kita mengingati kembali. Cuma jangan cepat berputus asa. sentiasa beringat dan jatuh bangun itu perkara biasa. Bak kata penulis buku terkenal "Hidup ini perlu diwarnai dan kita mencorakkannya. jangan hanya tertumpu pada satu kaler sahaja. cuba pelbagaikan tak semestinya kita perlu mewarnainya dengan warna yang mahal guna kaler biasa pun tak apa tapi biar tinggal kesan pada diri sebab bila berkesan kita telah mencipta satu corak yang bagus. kemudian belajar lah dari corak dan warna-warna itu untuk masa hadapan."

0 comments:

Monday, November 22, 2010

Silent Mode...

Posted by Chek Nurul at 6:18 PM

0 comments on "Silent Mode..."

Life So Simple WithOut Rules Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez