Saturday, November 27, 2010

entry kali nie, cuma sebagai mengisi kekosongan waktu di kala ini. Waktu cuti pada hujung minggu ni boleh jugak aku bersama dengan laptop kesayangan ini menjelajah keseluruh cerita dari semua benua. Hari nie lepas mandi, aku dapat ilham nak menaip tentang motivasi atau dalam erti kata yang lebih mudahnya kata-kata semangat untuk diri sendiri, penaik semangat.

APAKAH MOTIVASI UNTUK DIRI ANDA?..

Itu satu soalan untuk anda semua. Setiap hari bila bangun dari tido, berapa orang yang telah setkan dalam minda masing-masing apa yang nak dibuat dari pagi sehingga malam nanti. Even aku sendiri pun jarang sekali nak buat macam tue. Kadang-kadang bagus sebenarnya kita menetapkan apa yang mahu dilakukan saban hari dan tidak semestinya apa yang kita rancang akan menjadi dan berjalan dengan baik tapi sekurang-kurangnya kita tahu apa yang kita mahu buat pada hari itu. Konsep ini dimana DISIPLIN amat perlu pada diri disamping KEMAHUAN yang kita galas dan ada pada diri dilakukan dengan penuh RELA HATI tanpa paksaan. Sudah menjadi lumrah manusia jatuh bangun dalam sesuatu. Kita mengenali erti kekecewaan sejak dari kecil lagi.

Suatu masa dulu, jika kita merengek minta ibu bapa belikan basikal sebagai contohnya, jika kemahuan kita tidak dituruti. Sudah tentu kita akan memberontak dengan perbuatan sampai ada yang tidak mahu makan, membaling barang-barang ,menyalahkan mereka kerana memikirkan kita tidak disayangi oleh mereka dan sebagainya. Itu semasa kita masih kecil. Pada masa sekarang, adakah kita masih sama seperti dahulu, bila kita menghadapi masalah yang sama. Sebagai contoh, dalam mencari pekerjaan, setelah semua temudaga dihadiri. Tetapi kita tiak dipanggil adakah kita akan menyalahkan orang yang menemuduga kita, ibu bapa kita kerana tidak menggunakan kabel yang lebih besar dan ada yang agak berani dengan lantangnya menyalahkan takdir dan yang maha kuasa.

Cuba kita berdiri depan cermin @ permukaan air. Cuba lihat pada diri, tanya pada diri sendiri...

Dimana kekurangan aku?..
kenapa aku boleh jadi macam ni?.
mengapa aku menyalahkan orang lain di atas kegagalan ini?.
apakah yang akan aku lakukan untuk perbaiki diri sendiri?

Jawapannya amat mudah sebenarnya, ada pada diri sendiri. Yang maha pencipta tlah mencipta kita semuanya sama sahaja.
Allah (SWT) telah memberitahu kepada kita tentang bahan yang digunakan untuk mencipta Nabi Adam (A.S) dengan firmannya "(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat "Sesungguhnya Aku telah mencipta manusia daripada tanah" (Ayat 71 Surah Sad). Allah juga berfirman "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang diberi bentuk" (Ayat 26 Surah Al-Hijr). Allah (SWT) juga berfirman bahawa "Dia menciptakan manusia daripada tanah kering seperti tembikar" (Ayat 14 Surah Al-Rahman). Allah (SWT) telah menciptakan Nabi Adam (A.S) dari tanah liat kering yang berasal daripada lumpur hitam atau tembikar yang diberi bentuk (Ayat 28 Surah Al-Hijr) diperdengarkan suara supaya ianya boleh mendengar, kemudiannya ditiupkan roh dari Allah (SWT) kepadanya. Maka jadilah manusia yang terdiri dari daging, darah, otot yang bergerak menurut kemahuanya dan fikiranya.

Apabila Allah (SWT) telah menyempurnakan (kejadiannya) dan telah meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan) Ku (Ayat 29 Surah Al-Hijr) maka Allah (SWT) memerintahkan supaya para malaikat tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud (sujud di sini bukan menyembah tetapi penghormatan). Maka bersujudlah para malaikat itu semuanya bersama-sama (Ayat 30 Surah Al-Hijr) kecuali Iblis yang enggan ikut bersama-sama (malaikat) yang sujud itu (Ayat 31 Surah Al-Hijr). Allah (SWT) juga berfirman "Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat "Sujudlah kamu kepada Adam!" Maka sujudlah mereka kecuali iblis, dia enggan dan takbur dan dia termasuk golongan orang yang kafir (Ayat 34 Surah Al-Baqarah).

Yang menentukan kita ini berjaya @ tidak adalah diri kita sendiri. Tidak salah sebenarnya untuk memasang angan-angan yang tinggi. Sebagai contoh, aku sendiri memasang angan-angan untuk mempunyai perniagaan sendiri yang akan diwarisi oleh anak cucu nanti. Tidak semestinya jika aku tak memenuhi angan-angan ini, aku akan dikategorikan sebagai orang yang gagal. Sebenarnya tiada istilah gagal @ berjaya dalam hidup. Kita manusia yang mewujudakan perkataan-perkataan ini. Sebenarnya untuk apa?...Jika dipandang dari sudut yang positif. Ini kan dijadikan SEMANGAT, MOTIVASI untuk kita memperolehi apa yang kita mahukan. Menjadikan mereka-mereka ini sebagai PENAIK SEMANGAT dengan slogan "kalau orang lain boleh buat, aku pun boleh jugak".

Jangan cepat melatah sebenarnya, Alhamdulillah kita boleh memberi motivasi pada diri kita sebenarnya. Dari terus berputus asa, mengalami kemurungan dalam diri, sedih dengan nasib yang menimpa diri. Ayuh!!!...Bangun semula. Cuba tengok pada diri, apa sebenarnya "MAGIC" dalam diri. Sesetengah orang "MAGIC" dalam dirinya adalah dalam perubatan. Kebolehan yang dia sendiri tidak pernah sangka. Bonda aku yang tercinta, tidak pernah masuk kursus memana pun, hanya suri rumah tangga sahaja. Kebolehan itu ANUGERAH buat beliau. Bayangkan dari seorang yang kosong tentang perubatan, sekarang ini alhamdulillah. Cukup membuatkan aku merasa tiada perkataan yang boleh digambarkan bertapa sukanya beliau sekarang. Boleh lihat dari wajahnya.

Cuba lihat pula pada diri kita, Ada yang mempunyai kelayakan yang tinggi tapi mengapa kita seperti orang yang tidak mempunyai apa-apa. Cuba terokai kebolehan pada diri anda. Kita semua sama sahaja yang menentukan KEUNIKKAN dan KELAINAN pada diri adalah KITA SENDIRI.

0 comments:

Saturday, November 27, 2010

Posted by Chek Nurul at 3:05 PM

0 comments on " "

Life So Simple WithOut Rules Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez