Monday, July 26, 2010

SEMANGAT DAN IMPIAN

Dari jauh mama memerhati anak sulongnya yang sedang tekun buat kerja sekolah di ruang tamu. Keadaan sunyi. Mama tidak mendengar bunyi tv atau radio. Yang mama dengar ialah suara riuh rendah adik-adik yang bermain di luar rumah.

Anak sulong itu bakal menduduki peperiksaan PMR tahun ini. Belajar dan buat kerja sekolah memang tidak payah bersuruh. Dia tahu tanggungjawabnya. Sekurang-kurangnya mama tidak payah terjerit-jerit menyuruhnya membaca buku sekolah.

Namun petang itu seakan ada sesuatu yang tidak kena pada anak sulong mama itu. Muka berkerut. Ada ketikanya mama ternampak dia menghempas pen ke lantai dan menggumpal-gumpal kertas lalu mencampak ke sudut ruang tamu.

Mama memerhati lagi. Anak sulong itu menyembam muka ke meja. Kemudian dia mengangkat kembali mukanya. Mulutnya terkumat - kamit tetapi mama tidak dapat mendengar bunyi butir perkataan yang keluar daripada mulut anak sulong itu.

Anak sulong menulis sesuatu di atas kertas. Sekali lagi direnyukkannya kertas tersebut dan di baling ke arah bakul sampah. Tidak masuk. Sudah berapa banyak gumpalan kertas yang bertaburan berhampiran bakul sampah. Ada riak-riak kecewa dan putus asa kelihatan di wajah bulat anak sulong mama itu. Perlahan mama menghampiri anak kesayangannya dengan secawan milo dan sepiring pisang goreng panas. Milo dan pisang goreng panas diletakkan di atas meja. Anak sulong hanya memandang dengan pandangan kosong.

"Kenapa sayang?"

Anak sulong tidak menjawab walau sepatah. Dia memandang mama dengan pandangan yang redup seredup cuaca di petang itu.

"Minum air dan makan pisang goreng ni"

Dia masih kaku di situ. Tidak bergerak, tidak menyahut kata-kata mama malah kelihatan dia seperti menahan nafas juga. Mama masih memerhati dan menunggu kalau-kalau anak sulong ingin meluahkan sesuatu. Mama mendekati anak sulong lalu mengusap rambutnya perlahan-lahan.

"Mama, abang long rasa malas nak belajar. Semua subjek susah terutamanya matematik ni"

Akhirnya dia bersuara dan akhirnya mama tahu punca anak sulong itu berkelakuan agak aneh di petang itu. Mama memandang jauh ke dalam mata anak sulong. Dia dapat rasakan kekecewaan yang dilalui oleh anak yang masih muda belia, yang masih bertatih untuk menjalani kehidupan. Apa yang tidak disedari oleh anak mentah ini ialah di hadapannya masih banyak cabaran dan dugaan yang lebih hebat yang bakal ditempuhinya.

"Rehat dulu, minum air dan makan pisang goreng ni. Sambil-sambil tu berbual dengan mama. Mama ada cerita menarik. Abang long nak dengar tak?"

"Cerita apa ma? Tentulah abang long nak dengar. Cerita mama selalunya menarik"

Ada sedikit cahaya di wajah keruh itu. Anak sulong tahu mamanya pandai bercerita, dari cerita fiksyen hinggalah ke cerita non fiksyen dan dia akan jadi terhibur dengan cerita mama.

"Ini cerita benar tau…cerita yang berlaku pada zaman dahulu..termaktub dalam sejarah dunia…"

Dalam tahun 1883, John Roebling, seorang jurutera telah mendapat idea untuk membina sebuah jambatan yang akan menghubungkan New York dan Long Island. Idea itu diwar-warkan namun ia mendapat tentangan hebat daripada pakar-pakar yang membina jambatan. Menurut mereka, itu idea gila, tidak praktikal dan tidak akan menjadi.

John tidak berputus asa. Dia akan merealisasikan juga ideanya itu. Dia yakin jambatan itu boleh dibina. John berkongsi idea itu dengan anak lelakinya, Washington yang bakal menjadi jurutera juga pada waktu itu. Akhirnya kedua-dua anak dan ayah bekerjasama untuk membina jambatan yang menjadi impian mereka. Mereka mengupah ramai pekerja.

Walaubagaimana pun, sebelum projek pembinaan jambatan itu bermula, berlaku satu kemalangan. Kaki John tersadung dan terlekat dicelah-celah ceracak pembinaan yang bersusun dan bergerak-gerak (tidak stabil) apabila sebuah feri berlalu di situ. Jari kaki John terpaksa dipotong dan tidak lama kemudian beliau meninggal dunia disebabkan jangkitan tetanus.

Projek membina jambatan itu diteruskan juga oleh Washington. Tidak berapa lama selepas projek itu bermula, Washington telah mengalami kelumpuhan yang disebabkan oleh "decompression sickness" (yang juga dikenali sebagai caisson disease). Beliau tidak dapat bergerak atau bercakap.

"Kami dah kata dah..jambatan itu tidak akan menjadi"

"Orang gila dengan idea yang gila juga"

"Mengejar impian yang mustahil itu kerja orang-orang bodoh"

Begitulah di antara ayat-ayat negatif yang keluar dari mulut orang ramai. Mereka memberi cadangan supaya pembinaan jambatan itu dihentikan. Tetapi berlainan pula dengan Washington. Walaupun kini beliau cuma terlantar di atas katil dan hanya boleh menggerakkan jari namun semangat untuk melihat jambatan itu terbina tidak pernah padam kerana dia yakin jambatan itu boleh dibina.

Dengan sisa-sisa otak yang masih elok berfungsi, dia mencari jalan bagaimana untuk menjadikan jambatan itu sebagai sesuatu yang nyata, bukan sekadar angan-angan kosong.

Pada satu hari, Washington mendapat idea. Beliau menggunakan jari-jari tangannya yang masih boleh bergerak untuk membuat kod. Melalui kod itulah beliau berkomunikasi dengan isterinya. Dengan bantuan isterinya juga (sebagai penterjemah kepada kod), Washington memberitahu apa yang perlu dilakukan oleh jurutera-jurutera lain bagi meneruskan pembinaan jambatan itu.

Selama 13 tahun, Washington menggunakan cara itu untuk berkomunikasi di mana akhirnya jambatan itu siap dibina. Dan hari ini jambatan itu dikenali sebagai Brooklyn Bridge yang sudah tentu diperbaiki dan diubah suai dari semasa ke semasa. Namun permulaan kepada pembinaannya tetap menjadi simbol penghormatan kepada keluarga Roebling. Ia juga menjadi simbol penghormatan kepada jurutera-jurutera dan pekerja-pekerja yang setia dan yakin terhadap ketua dan idea yang dianggap gila. Jambatan itu juga menjadi lambang setia kasih seorang isteri yang tidak pernah jemu menjadi pembantu dalam menterjemahkan bahasa kod dari suami yang terlantar tidak berdaya membuat apa-apa kecuali menggerakkan jari.

"Kalau Washington yang handicap itu masih boleh merealisasikan idea dan impiannya, abang long yang sihat, segar-bugar dan masih boleh bergerak serta bercakap tentu lebih daripada boleh…."

Anak sulong itu termangu mendengar kata-kata mamanya. Mendengar cerita mama pada petang itu menaikkan semangatnya yang hampir ranap disebabkan cuma satu soalan matematik yang tidak dapat diselesaikannya.

"Betapa mudahnya aku berputus asa" hati anak sulong itu berkata-kata.

Dan betapa untungnya dia mempunyai mama yang sentiasa berada di sisinya di saat-saat dia perlukan sokongan.

"Mama ni boleh jadi pakar motivasi….sentiasa bermotif dan beraksi…"

Terdengar deraian ketawa kedua-dua ibu dan anak. Dengan bantuan mama, akhirnya anak sulong dapat menyelesaikan masalah matematik yang dirasakan amat susah itu.

"Ya Allah, mama seorang ibu yang baik. Kau sayangilah dia sebagaimana dia menyayangi aku dan adik-adik..."

Dalam diam-diam, anak sulong mendo'akan mama.

"Ya Allah, dia seorang anak yang baik. Kau peliharalah dia dari segala yang tidak baik…"

Dalam diam-diam juga mama mendo'akan anak sulongnya.

0 comments:

Monday, July 26, 2010

SEMANGAT DAN IMPIAN

Posted by Chek Nurul at 10:54 PM

0 comments on "SEMANGAT DAN IMPIAN"

Life So Simple WithOut Rules Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez