Monday, July 26, 2010

MANUSIA DAN AYAM...

Matanya leka memerhati seekor ayam jantan yang sedang mencakar tanah mencari makanan. Sesekali Azhan pulang ke kampung, hatinya gembira melihat ayam itik peliharaan ibunya. Dulu, ketika remaja, Azhanlah yang selalu memberi makan kepada ayam dan mengutip telur-telur ayam dari sarang. Waktu itu, memelihara ayam menjadi pekerjaan sampingan ibunya selain dari bersawah padi. Walaupun kini, ayam yang dipelihara ibu tidak sebanyak dulu lagi tapi ibu tidak pernah putus memeliharanya.

"Senang anak cucu cicit balik nak makan ayam kampung." Begitulah kata-kata ibunya.

"Amboi, jauhnya menungan abang. Teringat kekasih lama ke?" tiba-tiba isteri kesayangannya menyapa. Entah bila Hanna berada di belakangnya, dia tidak sedar kerana terlalu asyik memerhati ayam jantan itu.

"Ish..mana abang ada kekasih lama. Abang sedang memerhatikan ayam jantan tu."

"Apa yang special sangat ayam tu sampai abang tak berkedip mata memandangnya?"

Soalan isterinya itu tidak dijawab sebaliknya dia bertanya, "Apa perbezaannya ayam dengan manusia?"

Pertanyaan pelik itu disambut dengan derai ketawa isterinya. Azhan cuma tersenyum. Baginya soalan itu serius. Sambil memerhatikan ayam jantan itu, mindanya ligat berfikir.

Setiap hari ayam melakukan rutin yang selalu sama. Bangun pagi, berkokok, kemudian mencakar tanah mencari makanan, berak dan melakukan hubungan seks (walaupun bukan setiap hari) lalu tidur kemudian bangun pagi mengulangi lagi perbuatan yang sama. Begitulah setiap hari. Jika ada pun sedikit kelainan ialah bilamana mereka berkelahi sesama mereka kerana berebut pasangan atau berebut makanan.

Bagaimana dengan manusia? Manusia juga melakukan rutin yang selalu sama, bangun pagi, mandi, makan, minum, pergi kerja, balik rumah, buang air, melakukan hubungan seks (walaupun bukan setiap hari) lalu tidur dan bangun lagi untuk mengulangi perbuatan yang sama setiap hari. Jadi, apa bezanya manusia dengan ayam?

"Hanna pernah dengar tak kata-kata Einstein yang berbunyi begini, 'Try not to become a man of success but rather to become a man of value'?"

"Dari berfikir tentang ayam, sekarang dah pergi kepada Einstein pulak." Hanna masih lagi mengusik suaminya.

"Einstein lebih menekankan kepada nilai yang dimiliki oleh seseorang, bukan kepada kejayaan yang dicapainya. Nilai seorang manusia diukur dari sebesar mana manfaat dan kebaikan yang dilakukan untuk orang lain. Semakin banyak seseorang itu memberi manfaat kepada orang lain, semakin tinggi nilainya."

Hanna terdiam. Sekarang mindanya pula berfikir tentang apa yang diperkatakan oleh suaminya.

Untuk menjadi seseorang yang bernilai, bukan bergantung kepada kekayaan dan rupa paras. Semua orang mampu menjadi seorang yang bernilai tanpa mengira apa sekalipun pangkat dan kedudukannya.

Pemungut sampah misalnya. Bayangkan jika tiada pemungut sampah di kawasan perumahan tempat kita tinggal, tentu sampah sarap menjadi terbiar dan mengotorkan alam sekitar. Kita menjadi tidak selesa dan mudah dijangkiti penyakit. Tapi apa yang menjadikan seorang pemungut sampah itu lebih bernilai lagi? Mungkin pemungut sampah tadi tidak hanya memungut sampah yang sedia ada di luar rumah malah dia juga menyapa penduduk-penduduk di situ sambil bertanya dan mengingatkan barangkali masih ada sampah di dalam rumah yang masih belum atau terlupa untuk dikeluarkan.

Seorang doktor, selain dari tugasnya yang merawat pesakit, akan menjadi lebih bernilai apabila dia merawat pesakit dan memberi ubat-ubatan secara percuma kepada pesakit yang tidak berkemampuan. Seorang doktor juga boleh memberi nasihat tentang kesihatan di suatu kawasan dengan percuma. Begitu juga seorang guru, penjual ikan dan lain-lain profession.

Seorang manusia mampu melakukan lebih dari sekadar rutin dan kerja. Kita akan memperolehi nilai dari apa yang dilakukan. Semakin banyak manfaat dan kebaikan yang dilakukan untuk diri sendiri dan untuk orang lain, kita menjadi semakin bernilai tidak kira apa sekalipun pekerjaan kita. Jangan pernah merasa puas untuk melakukan kebaikan dan manfaat kerana sesungguhnya kita akan mendapat lebih dengan lebih memberi.

"Bang, kita memang tak sama dengan ayam kan?" tiba-tiba Hanna bertanya. Serius bunyinya. Giliran Azhan pulak yang ketawa dengan pertanyaan serius dari isterinya itu.

"Ya, manusia memang tak sama dengan ayam. Kalau tak guna otak yang Allah kurniakan untuk berfikir dan bertindak mengikut nafsu tanpa iman, kita sebenarnya lebih rendah darjatnya dari ayam itu." kata Azhan sambil memegang tangan isterinya.

Azhan dan Hanna terus memerhatikan ayam jantan itu...!

0 comments:

Monday, July 26, 2010

MANUSIA DAN AYAM...

Posted by Chek Nurul at 9:02 PM

0 comments on "MANUSIA DAN AYAM..."

Life So Simple WithOut Rules Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez