Monday, July 26, 2010

MENGHARGAI APA YANG KITA MILIKI..

Bayangkan jika suatu hidupan yang bernyawa telah ditemui di planet Marikh. Saya rasa walau hidupan itu sekecil-kecil semut sekali pun, berita itu akan tersebar luas di muka depan semua akhbar di seluruh dunia. Tidak cukup dengan akhbar, ia akan disebar melalui media electronik seperti internet dan sebagainya.

Walaupun bukan kita yang menemuinya, tapi kita akan tumpang rasa seronok dengan penemuan yang hebat…"THERE'S LIFE OUT THERE!" Para saintis pulak tentu sibuk mengkaji hidupan tersebut dan mereka memanggilnya.."ANOTHER SPECIES". Saya rasa semua penduduk di muka bumi ini saban hari akan memperkatakan tentang hal tersebut, dari kalangan kanak-kanak sehinggalah warga emas akan bercerita mengikut versi masing-masing.

Yang menghairankan beribu-ribu jenis burung, tumbuhan, haiwan dan serangga telah pupus dari mukabumi ini (tempat tinggal kita sendiri) dari semasa ke semasa, tidak pula mendapat liputan secara meluas, tidak pula menjadi tajuk utama (muka depan) akhbar di seluruh dunia, tidak pula dihebahkan secara intensif melalui media elektronik sehingga setiap orang yang tinggal di muka bumi ini mengetahuinya. Harimau, panda dan lain-lain binatang semakin pupus dari mukabumi ini tapi yang nampak hebat di mata kita ialah suatu hidupan sebesar semut telah ditemui di planet lain.

Begitulah selalunya…. Kuman di seberang laut begitu jelas kelihatan, tapi gajah di hadapan mata, kita tidak peduli. Sesuatu yang hebat yang telah menjadi milik kita, kita tidak hargai sebaliknya kita akan mencari sesuatu yang baru. Ini biasa terjadi dalam hubungan rumahtangga. Kehebatan dan kesetiaan seorang isteri yang telah ada di hadapan mata, tidak dihargai sebaliknya seorang suami asyik mencari, memuja dan memuji kehebatan wanita lain yang bukan menjadi miliknya.

Kita hanya akan menyedari akan kehebatan sesuatu yang kita miliki itu apabila ia telah pergi dan hilang daripada kita. Di saat itu, akan timbul rasa kesalan namun kesalan ketika itu sudah agak terlambat.. Hargailah sesuatu atau seseorang sementara ia masih berada bersama kita...

0 comments:

Monday, July 26, 2010

MENGHARGAI APA YANG KITA MILIKI..

Posted by Chek Nurul at 9:37 PM

0 comments on "MENGHARGAI APA YANG KITA MILIKI.."

Life So Simple WithOut Rules Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez