Monday, July 26, 2010

CARA MENERIMA KOMEN DAN KRITIKAN...

Kita di kelilingi oleh orang-orang yang bak kata Jinggo, kerja mereka ialah mengkritik orang lain. Kita buat perkara yang betul pun dikomen apalagi kalau kita buat perkara yang agak janggal di mata mereka. Kritikan atau komen yang negatif memang menyakitkan jika kita biarkan ia meresap ke dalam perasaan dan fikiran atau sebaliknya kita boleh jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk lebih maju ke hadapan.

Pilihan di tangan kita, samada kita telan dan mempercayai semua kritikan yang dilemparkan itu atau kita hanya menerima kritikan yang betul dan jangan memperdulikan kritikan yang tidak betul. Kita tidak ada kuasa menghalang orang lain daripada membuat komen atau kritikan. Kita boleh memilih, untuk mendiamkan diri atau menjawab kritikan itu dengan hati yang ikhlas.

Adakah semua komen itu meninggalkan kesan negatif kepada diri kita? Adakah ia membuatkan kita rasa tidak selesa dan hilang keyakinan diri?

Jika jawapannya adalah 'YA', maka ia menjadi masalah bagi kita bukan pada orang yang memberi komen. Betul, mereka tidak patut mengeluarkan kata-kata yang boleh melukakan hati orang lain. Itu menunjukkan orang-orang yang membuat komen negatif itu sebenarnya orang-orang yang ada masalah dan mereka cuba menghumbankan masalah mereka itu kepada kita. Tentu ada yang pernah terbaca entri saya tentang "The Law of Garbage Truck". Sekurang-kurangnya garbage truck bila sudah dipenuhi dengan sampah, ia akan dipandu ke tempat pelupusan sampah tapi individu yang tidak mengikut 'the law of garbage truck' akan menghumban sampah-sampah emosi mereka kepada sesiapa saja yang ada di sekeliling mereka. Pilihan di tangan kita, samada membiarkan mereka berbuat demikian dan cuba memujuk diri sendiri supaya tidak merasa sakit hati atau mengambil segala sampah emosi itu dan mengembalikan semula kepada tuannya dengan cara yang sopan. Jawab segala komen yang negatif itu dengan sopan dan ikhlas sebagai mempertahankan diri. Tidak guna dilawan bertengkar kerana itu akan memburukkan lagi keadaan. Prinsip 90/10 mungkin boleh membantu kita dalam menghadapi individu yang melontarkan sampah emosi mereka tanpa mengira tempat dan keadaan.

Menerima diri sendiri seadanya ialah satu cara menerima komen dan kritikan tanpa merasa sakit hati. Kritikan dan komen yang menyentuh peribadi biasanya memang menyakitkan. Sekiranya kita boleh menerima diri sendiri dan redha dengan apa juga keadaan kita, maka segala komen dan kritikan yang negatif itu tidak akan menjadi apa-apa buat kita.

Jangan lupa, komen dan kritikan negatif yang bahaya adalah datang dari dalam diri sendiri apabila kita merasa diri kita tidak berharga dan tidak bernilai. Kita perlu menghargai, menghormati, menyayangi dan menerima diri kita seadanya, redha dengan apa yang Allah telah kurniakan pada kita walaupun di mata orang lain, ia mungkin merupakan sesuatu yang tidak sempurna.

Sekiranya kita boleh menerima komen dan kritikan dengan cara yang positif, samada komen itu daripada orang lain atau daripada diri sendiri, insyaAllah ia akan boleh membantu kita untuk maju dan menjadi lebih baik.

0 comments:

Monday, July 26, 2010

CARA MENERIMA KOMEN DAN KRITIKAN...

Posted by Chek Nurul at 9:13 PM

0 comments on "CARA MENERIMA KOMEN DAN KRITIKAN..."

Life So Simple WithOut Rules Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez