Friday, February 19, 2010

Renung-renungkan lah....

Wanita dinasihat jaga maruah

2010/02/19
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Wanita jangan terlalu rapat atau sayang dengan teman lelaki mereka sehingga sanggup melakukan apa saja termasuk menyerahkan kesucian diri,” tegas Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad (gambar).

Menurutnya, Islam memberi penghormatan kepada golongan wanita, tidak seperti satu masa dulu di mana wanita pernah dijadikan seperti barangan dan lebih teruk menjadi hamba seks. Katanya, jangan disebabkan cinta, wanita hilang maruah diri dan lupa dengan asas pengajaran Islam hingga sanggup melakukan maksiat. “Sayang perlu dipupuk selepas ikatan perkahwinan yang sah, bukan ketika bertunang apatah lagi masa bercinta. “Menurut ajaran Islam, kasih sayang dan rahmat hanya diperoleh dengan perkahwinan, sekiranya hubungan lelaki dan wanita tanpa ikatan sah seperti tinggal bersekedudukan pasti berlaku perkara tidak baik,” katanya.

Menurutnya, kejadian seperti dibelasah, menjadi hamba seks kepada teman lelaki dan sebagainya ini berpunca kerana hubungan terbabit tidak diredai Allah SWT. “Apakah wanita Islam yang terlanjur melakukan maksiat lupa diri mereka itu berharga, bukan alat teman lelaki melepaskan geram atau nafsu saja.

“Hubungan berlandaskan nafsu ditemani ‘pihak ketika’ iaitu syaitan dan hasutan syaitan mendorong kepada perkara maksiat, jenayah, kes buang bayi, anak gadis lari dari rumah dan pelbagai lagi,” katanya.

1 comments:

HaiDa HiDa on Friday, February 19, 2010 4:58:00 PM said...

itulah yg sepatutunya.. :)

Friday, February 19, 2010

Renung-renungkan lah....

Posted by Chek Nurul at 1:35 PM

1 comments on "Renung-renungkan lah...."

HaiDa HiDa on Friday, February 19, 2010 4:58:00 PM said...

itulah yg sepatutunya.. :)

Life So Simple WithOut Rules Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez