Monday, July 26, 2010

POKOK BULUH DAN PAKU PAKIS..

Pandangannya dilempar jauh ke dada langit yang membiru melalui tingkap di hadapannya. Fikirannya kosong. Fokusnya hanya tertumpu kepada kata-kata isterinya pagi tadi. Isterinya merungut bila kereta Kancil mereka meragam ketika mereka hendak ke tempat kerja. Bukannya Ardi tidak mahu membeli kereta baru tapi dia tidak mampu.

"Awak tu memang tak berbakat. Sejak awak kerja, tidak pernah sekali pun awak dinaikkan pangkat. Cuba awak tengok, Arman, kawan baik awak tu, dah dua kali dinaikkan pangkat. Awak masih di tahap tu jugak. Entah bila kita akan merasa kesenangan macam Arman, rumah besar, kereta besar. Kita ni nak makan pun kadang-kadang kena berkira, kereta Kancil ni pun tak pernah bertukar sejak kita kawin. Cubalah awak berusaha lebih sikit untuk naik pangkat. Ini pun nasib baik saya kerja. Kalau tidak, entah-entah kita dan anak-anak makan pasir"

Ardi hanya diam mendengar isterinya membebel. Bukan sekali dua malah sejak beberapa bulan kebelakangan ini, isterinya semacam tidak puas hati. Bebelannya semakin menjadi-jadi apabila Irina tahu kawan baik Ardi, Arman telah dinaikkan pangkat untuk kali yang kedua. Ardi tidak mahu memulakan pergaduhan. Namun kata-kata sinis Irina benar-benar menyentuh hatinya, menggoyah keyakinan dirinya. Self esteemnya jatuh merudum. Terasa dirinya begitu kerdil, lemah dan tidak layak menjadi suami dan ayah kepada isteri dan anak-anaknya.

Dia masih di tingkat 12. Kawan-kawan sekerjanya masing-masing beransur meninggalkan pejabat. Irina juga telah pulang ke rumah dengan menumpang kawannya. Kereta mereka masih di bengkel.

"Kamu belum mahu pulang Ardi?"

Tiba-tiba suatu suara menyapanya dari belakang. Dia cukup kenal dengan suara itu. Itu suara Pak Mat. Di pejabatnya, Pak Mat di kenali sebagai Pak Mat Imam. Gelaran itu sesuai dengan perwatakan Pak Mat yang alim dan warak. Di pejabatnya, Pak Mat sering menjadi imam ketika solat Zohor dan 'Ashar.

Sebuah keluhan keluar dari mulut Ardi. Dahinya berkerut. Sapaan Pak Mat tadi tidak berjawab.

"Kamu ni kenapa, Ardi? Macam ada masalah saja" tanya Pak Mat lagi.

"Entahlah Pak Mat. Fikiran saya ni kusut dan buntu. Kereta saya ada di bengkel"

"Aikk..takkan kerana kereta rosak, fikiran kamu menjadi bercelaru?"

"Tak la macam tu…masalah saya banyak, Pak Mat. Fikiran saya ni dah tak mampu nak berfikir. Sesekali saya rasa nak pergi jauh dari sini"

"Berat bunyinya tu.. Jom ikut Pak Mat balik ke rumah. Nanti bila orang bengkel tu talipon bagitahu kereta dah siap, Pak Mat akan hantar kamu ke sana"

Ardi menurut saja ajakan Pak Mat. Untung juga Pak Mat bermurah hati untuk membantu. Dalam perjalanan ke rumah Pak Mat, Ardi lebih banyak diam dari bercakap. Seringkali terdengar keluhan keluar dari mulutnya.

Itulah kali pertama Ardi sampai ke rumah Pak Mat. Rumah berkembar dua tingkat itu nampak tenang setenang wajah Pak Mat. Mungkin isteri dan anak-anak Pak Mat ada di dalam.

"Jom kita ke belakang. Di sana ada meja dan kerusi. Nanti Pak Mat suruh Mak Cik buatkan air untuk kita minum."

"Eh, tak payah susah-susah. Cantik kawasan rumah Pak Mat ni. Penuh dengan pokok-pokok. Rajin Pak Mat berkebun."

Pak Mat membawa Ardi ke halaman belakang. Pak Mat masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Ardi meninjau kawasan belakang rumah Pak Mat. Pokok-pokok hijau yang ditanam memang menyegarkan mata yang memandang. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada pokok buluh dan pokok paku pakis perhiasan yang ditanam bersebelahan.

Sebentar kemudian, Pak Mat keluar semula dengan dulang yang berisi teko air, dua biji cawan dan sepiring pisang goreng panas. Dia meletakkan dulang itu di atas meja lalu berjalan menghampiri Ardi.

"Cantik pokok buluh dan pokok paku pakis ni, Pak Mat." kata Ardi.

"Pak Mat tanam pokok buluh dan pokok paku pakis ni pada hari dan waktu yang sama. Pak Mat jaga kedua-duanya dengan baik. Tidak lama kemudian, pokok paku pakis ini tumbuh dengan subur tapi pokok buluh tidak menampakkan tanda-tanda akan tumbuh. Pak Mat tidak berputus asa. Pak Mat siram seperti biasa."

"Pada tahun kedua, pokok paku pakis semakin merimbun tapi pokok buluh masih tak tumbuh-tumbuh. Begitu juga pada tahun ketiga dan keempat, pokok buluh tidak mengeluarkan walau satu tunas pun sedangkan pokok paku pakis semakin subur dan merimbun. Pun begitu, Pak Mat tidak berputus asa untuk melihat pokok buluh ini tumbuh. Pak Mat tetap menyiramnya seperti biasa. Akhirnya pada tahun kelima, satu tunas kecil tumbuh dari pokok buluh ini. Jika dibandingkan dengan pokok paku pakis, tunas yang kecil itu sudah tentu tidak setanding. Dalam masa enam bulan berikutnya, pokok buluh ini menjadi semakin tinggi dan tinggi. Sekarang, kamu lihat sendiri kedua-dua jenis pokok ini."

"Sebenarnya buluh mengambil masa lima tahun itu untuk menumbuhkan dan menguatkan akar sebelum ia mengeluarkan tunas. Akar yang kuat ini penting untuk pertumbuhan buluh yang baik. Pak Mat tidak berputus asa menunggu dan menunggu dan sekarang Pak Mat tidak perlu bersusah payah menjaganya macam dulu lagi."

"Ardi, ambillah pengajaran dari pokok buluh dan pokok paku pakis ini. Jangan membandingkan diri kita dengan orang lain. Pokok paku pakis dan pokok buluh tak sama kegunaannya walaupun kedua-duanya mencantikkan pandangan mata kita. Masa untuk Ardi berjaya akan tiba juga nanti. Ardi akan meningkat dari satu tahap ke satu tahap asalkan Ardi tidak berputus asa"

"Bolehkah saya menjulang tinggi seperti pokok buluh ini, Pak Mat?"

"InsyaAllah boleh. Jangan berputus asa, sentiasa berusaha, berdo'a dan bertawakkal"

Ardi seakan mendapat semangat baru dari cerita Pak Mat. Tidak sia-sia kunjungannya ke rumah Pak Mat pada petang itu. Selain daripada mendapat nasihat yang bernas dari Pak Mat, dia juga dapat merasa kemanisan air teh susu dan pisang goreng panas yang enak. Sungguh dia beruntung memiliki kawan sebijak dan sebaik Pak Mat. Pak Mat seakan memahami apa yang meributkan fikirannya pada petang itu.

"Oh Tuhan…aku bersyukur kepada-Mu" bisik hati kecil Ardi.

Good days give us happiness, bad days give us experiences but both are essential to our life….

0 comments:

Monday, July 26, 2010

POKOK BULUH DAN PAKU PAKIS..

Posted by Chek Nurul at 9:05 PM

0 comments on "POKOK BULUH DAN PAKU PAKIS.."

Life So Simple WithOut Rules Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez