Monday, July 26, 2010

SEMUT...

Tangan kecil itu memegang sebatang ranting kayu. Ranting kayu itu ditekan-tekan ke tanah.

"Sayang buat apa?"

"Tengok semut-semut ni..banyak la ibu. Agaknya ada sarang dia dekat-dekat sini"

Si ibu duduk mencangkung bersama si anak. Mereka memerhati kerenah semut-semut. Semut-semut itu berjalan dalam satu barisan persis segerombolan askar yang sedang berkawad saja lagaknya. Si ibu kemudian mengambil sebuah bungkah kayu kecil. Dia letakkan di tengah-tengah jalan yang dilalui oleh semut-semut itu. Perjalanan askar-askar semut menjadi terhalang. Nampak seperti mereka kelam kabut sedikit.

"Kenapa ibu buat begitu?" suara si kecil itu bertanya.

"Jom kita tengok apa yang akan dilakukan oleh semut-semut itu"

Setelah beberapa ketika, askar-askar semut itu kembali berjalan dalam satu barisan seperti mula-mula tadi cuma kali ini mereka memanjat bungkah kayu yang menjadi penghalang.

"Wahhh..bijaklah semut-semut ini ye ibu?"

Sang ibu tersenyum. Dia membiarkan si kecil mengagumi kecerdikan dan kelincahan askar-askar semut tersebut. Baru pagi semalam dia terbaca satu artikel tentang falsafah semut yang ditulis oleh Jim Rohn. Hari ini bersama si kecil, dia telah melakukan satu ujikaji dan terbukti salah satu falsafah tentang semut yang ditulis oleh Jim Rohn itu betul (proven!)

"Allah Maha Bijaksana! Setiap yang dijadikan-Nya tidak sia-sia. Sedangkan pada seekor binatang sekecil semut itupun manusia boleh mengambil pengajaran." hati si ibu berkata-kata.

Dia cuba mengingat kembali falsafah tentang semut yang dibacanya...

Falsafah 1 - ants never quit

Biarpun perjalanan dihalang atau disekat, mereka akan mencari jalan lain untuk meneruskan matlamat mereka. Mereka akan memanjat, menyusup atau apa saja. Pendek kata mereka akan mencari jalan alternatif yang boleh membawa mereka sampai ke tempat yang dituju.

Manusia perlu mengikuti contoh semangat semut yang ini. Jangan mudah berputus asa jika terdapat halangan dan masalah yang terpaksa ditempuhi dalam perjalanan kita untuk mencapai matlamat. Cari jalan dan di sana insyaAllah kita akan menemui satu atau dua alternatif yang boleh kita pilih…(never quit!)

Falsafah 2 - ants think winter all summer

Semut-semut cerdik berfikir bahawa musim panas tidak akan berpanjangan…akan tiba juga musim sejuk. Justeru mereka berkerja keras mengumpul makanan sebanyak mungkin buat persediaan untuk musim dingin.

Manusia perlu memikir jauh ke depan.. (think ahead!)

Falsafah 3 - ants think summer all winter

Ketika musim sejuk, semut-semut mengingatkan diri mereka sendiri bahawa musim sejuk ini akan berakhir juga dan mereka akan keluar semula mencari makanan. Apabila merasakan suhu agak panas, semut-semut akan segera keluar walaupun sebenarnya musim sejuk belum berakhir. Mereka akan kembali masuk ke sarang apabila suhu dirasakan sejuk dan keluar apabila suhu dirasakan panas. Mereka tidak pernah membuang masa.

Manusia perlu menghargai masa dan perlu berfikiran positif walaupun dalam situasi yang negatif..( stay positive!)

Falsafah 4 - all-that-you-possibly-can

Semut akan mengumpul makanan sebanyak mungkin sebagai persediaan untuk musim sejuk.
Manusia juga perlu berbuat demikian. Maksimakan tindakan selagi terdaya…(do all you can!)

In a nutshell

Secara ringkas, empat falsafah semut yang boleh diguna pakai oleh manusia…

1. never give up
2. look ahead
3. stay positive
4. do all you can

"Ibu, semut bijakkan?" pertanyaan si kecil itu mengejutkan mindanya yang sedang ligat berfikir tentang falsafah semut.

"Ya, dan kita pun kena jadi bijak macam semut-semut itu"

Dia memimpin tangan si kecil. Mereka berjalan perlahan-lahan sambil mata masih melerek ke arah askar-askar semut yang tidak bosan-bosan berkawad mencari makanan.

SEMANGAT DAN IMPIAN

Dari jauh mama memerhati anak sulongnya yang sedang tekun buat kerja sekolah di ruang tamu. Keadaan sunyi. Mama tidak mendengar bunyi tv atau radio. Yang mama dengar ialah suara riuh rendah adik-adik yang bermain di luar rumah.

Anak sulong itu bakal menduduki peperiksaan PMR tahun ini. Belajar dan buat kerja sekolah memang tidak payah bersuruh. Dia tahu tanggungjawabnya. Sekurang-kurangnya mama tidak payah terjerit-jerit menyuruhnya membaca buku sekolah.

Namun petang itu seakan ada sesuatu yang tidak kena pada anak sulong mama itu. Muka berkerut. Ada ketikanya mama ternampak dia menghempas pen ke lantai dan menggumpal-gumpal kertas lalu mencampak ke sudut ruang tamu.

Mama memerhati lagi. Anak sulong itu menyembam muka ke meja. Kemudian dia mengangkat kembali mukanya. Mulutnya terkumat - kamit tetapi mama tidak dapat mendengar bunyi butir perkataan yang keluar daripada mulut anak sulong itu.

Anak sulong menulis sesuatu di atas kertas. Sekali lagi direnyukkannya kertas tersebut dan di baling ke arah bakul sampah. Tidak masuk. Sudah berapa banyak gumpalan kertas yang bertaburan berhampiran bakul sampah. Ada riak-riak kecewa dan putus asa kelihatan di wajah bulat anak sulong mama itu. Perlahan mama menghampiri anak kesayangannya dengan secawan milo dan sepiring pisang goreng panas. Milo dan pisang goreng panas diletakkan di atas meja. Anak sulong hanya memandang dengan pandangan kosong.

"Kenapa sayang?"

Anak sulong tidak menjawab walau sepatah. Dia memandang mama dengan pandangan yang redup seredup cuaca di petang itu.

"Minum air dan makan pisang goreng ni"

Dia masih kaku di situ. Tidak bergerak, tidak menyahut kata-kata mama malah kelihatan dia seperti menahan nafas juga. Mama masih memerhati dan menunggu kalau-kalau anak sulong ingin meluahkan sesuatu. Mama mendekati anak sulong lalu mengusap rambutnya perlahan-lahan.

"Mama, abang long rasa malas nak belajar. Semua subjek susah terutamanya matematik ni"

Akhirnya dia bersuara dan akhirnya mama tahu punca anak sulong itu berkelakuan agak aneh di petang itu. Mama memandang jauh ke dalam mata anak sulong. Dia dapat rasakan kekecewaan yang dilalui oleh anak yang masih muda belia, yang masih bertatih untuk menjalani kehidupan. Apa yang tidak disedari oleh anak mentah ini ialah di hadapannya masih banyak cabaran dan dugaan yang lebih hebat yang bakal ditempuhinya.

"Rehat dulu, minum air dan makan pisang goreng ni. Sambil-sambil tu berbual dengan mama. Mama ada cerita menarik. Abang long nak dengar tak?"

"Cerita apa ma? Tentulah abang long nak dengar. Cerita mama selalunya menarik"

Ada sedikit cahaya di wajah keruh itu. Anak sulong tahu mamanya pandai bercerita, dari cerita fiksyen hinggalah ke cerita non fiksyen dan dia akan jadi terhibur dengan cerita mama.

"Ini cerita benar tau…cerita yang berlaku pada zaman dahulu..termaktub dalam sejarah dunia…"

Dalam tahun 1883, John Roebling, seorang jurutera telah mendapat idea untuk membina sebuah jambatan yang akan menghubungkan New York dan Long Island. Idea itu diwar-warkan namun ia mendapat tentangan hebat daripada pakar-pakar yang membina jambatan. Menurut mereka, itu idea gila, tidak praktikal dan tidak akan menjadi.

John tidak berputus asa. Dia akan merealisasikan juga ideanya itu. Dia yakin jambatan itu boleh dibina. John berkongsi idea itu dengan anak lelakinya, Washington yang bakal menjadi jurutera juga pada waktu itu. Akhirnya kedua-dua anak dan ayah bekerjasama untuk membina jambatan yang menjadi impian mereka. Mereka mengupah ramai pekerja.

Walaubagaimana pun, sebelum projek pembinaan jambatan itu bermula, berlaku satu kemalangan. Kaki John tersadung dan terlekat dicelah-celah ceracak pembinaan yang bersusun dan bergerak-gerak (tidak stabil) apabila sebuah feri berlalu di situ. Jari kaki John terpaksa dipotong dan tidak lama kemudian beliau meninggal dunia disebabkan jangkitan tetanus.

Projek membina jambatan itu diteruskan juga oleh Washington. Tidak berapa lama selepas projek itu bermula, Washington telah mengalami kelumpuhan yang disebabkan oleh "decompression sickness" (yang juga dikenali sebagai caisson disease). Beliau tidak dapat bergerak atau bercakap.

"Kami dah kata dah..jambatan itu tidak akan menjadi"

"Orang gila dengan idea yang gila juga"

"Mengejar impian yang mustahil itu kerja orang-orang bodoh"

Begitulah di antara ayat-ayat negatif yang keluar dari mulut orang ramai. Mereka memberi cadangan supaya pembinaan jambatan itu dihentikan. Tetapi berlainan pula dengan Washington. Walaupun kini beliau cuma terlantar di atas katil dan hanya boleh menggerakkan jari namun semangat untuk melihat jambatan itu terbina tidak pernah padam kerana dia yakin jambatan itu boleh dibina.

Dengan sisa-sisa otak yang masih elok berfungsi, dia mencari jalan bagaimana untuk menjadikan jambatan itu sebagai sesuatu yang nyata, bukan sekadar angan-angan kosong.

Pada satu hari, Washington mendapat idea. Beliau menggunakan jari-jari tangannya yang masih boleh bergerak untuk membuat kod. Melalui kod itulah beliau berkomunikasi dengan isterinya. Dengan bantuan isterinya juga (sebagai penterjemah kepada kod), Washington memberitahu apa yang perlu dilakukan oleh jurutera-jurutera lain bagi meneruskan pembinaan jambatan itu.

Selama 13 tahun, Washington menggunakan cara itu untuk berkomunikasi di mana akhirnya jambatan itu siap dibina. Dan hari ini jambatan itu dikenali sebagai Brooklyn Bridge yang sudah tentu diperbaiki dan diubah suai dari semasa ke semasa. Namun permulaan kepada pembinaannya tetap menjadi simbol penghormatan kepada keluarga Roebling. Ia juga menjadi simbol penghormatan kepada jurutera-jurutera dan pekerja-pekerja yang setia dan yakin terhadap ketua dan idea yang dianggap gila. Jambatan itu juga menjadi lambang setia kasih seorang isteri yang tidak pernah jemu menjadi pembantu dalam menterjemahkan bahasa kod dari suami yang terlantar tidak berdaya membuat apa-apa kecuali menggerakkan jari.

"Kalau Washington yang handicap itu masih boleh merealisasikan idea dan impiannya, abang long yang sihat, segar-bugar dan masih boleh bergerak serta bercakap tentu lebih daripada boleh…."

Anak sulong itu termangu mendengar kata-kata mamanya. Mendengar cerita mama pada petang itu menaikkan semangatnya yang hampir ranap disebabkan cuma satu soalan matematik yang tidak dapat diselesaikannya.

"Betapa mudahnya aku berputus asa" hati anak sulong itu berkata-kata.

Dan betapa untungnya dia mempunyai mama yang sentiasa berada di sisinya di saat-saat dia perlukan sokongan.

"Mama ni boleh jadi pakar motivasi….sentiasa bermotif dan beraksi…"

Terdengar deraian ketawa kedua-dua ibu dan anak. Dengan bantuan mama, akhirnya anak sulong dapat menyelesaikan masalah matematik yang dirasakan amat susah itu.

"Ya Allah, mama seorang ibu yang baik. Kau sayangilah dia sebagaimana dia menyayangi aku dan adik-adik..."

Dalam diam-diam, anak sulong mendo'akan mama.

"Ya Allah, dia seorang anak yang baik. Kau peliharalah dia dari segala yang tidak baik…"

Dalam diam-diam juga mama mendo'akan anak sulongnya.

KODOK DAN PURU....

Kodok dan Puru ialah dua ekor katak yang tinggal di tepi sebuah kolam yang cantik dan nyaman. Tengahari itu seperti biasa kedua-duanya ekor katak tersebut menunggu di atas daun pokok lili yang terapung di permukaan air. Tujuan mereka adalah untuk menangkap serangga yang terbang di situ sebagai pengisi perut. Tiba-tiba seekor lalat terbang melintasi Kodok. Sepantas kilat, Kodok menangkap lalat tersebut dengan menggunakan lidahnya yang panjang.

"Hmmmmm…yummy…sedapnya!" kata Kodok.

Tidak lama kemudian, Puru juga dapat menangkap seekor lalat yang terbang melintasinya. Dia menelan lalat yang ditangkapnya itu dengan muka yang kelat dan masam.

"Huh…lalat kurus. Rasanya juga meloyakan!" Puru merungut.

Tengahari itu, Kodok berjaya menangkap beberapa ekor lalat yang baginya semuanya lazat belaka. Sementara itu, Puru hanya membiarkan lalat-lalat berterbangan melintasinya kerana baginya lalat-lalat tersebut tidak menyelerakan.

"Puru, sungguh indah tempat ini kan? Banyak lalat yang lazat, suasananya juga aman dan damai. Perut aku dah kenyang. Aku rasa nak tidur sekejap di atas daun lili ini sambil menikmati kehangatan sinaran matahari sebelum ia terbenam" kata Kodok dengan perasaan gembira.

"Pada aku, tempat ini sangat jelek. Lalat di sini kurus-kurus belaka. Aku rimas tinggal di sini, panas!" kata Puru dengan nada yang tidak puas hati.

Malam itu, bulan mengambang penuh. Kodok menyanyi dengan riang untuk menyatakan kesyukurannya tinggal di situ. Kawan-kawannya tumpang sekaki meraikan kebahagian dan kegembiraan yang dikecapi oleh Kodok.

"Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati….."

Berlainan sekali dengan Puru, dia duduk di satu sudut sambil merungut tak habis-habis. Geram hatinya melihat Kodok yang riang gembira menyanyi bersama kawan-kawan sedangkan dia duduk keseorangan. Lebih parah, perutnya terasa pedih kerana kelaparan.

Cerita di atas mengisahkan bagaimana dua ekor katak, Kodok dan Puru tinggal di tempat yang sama, makan makanan yang sama tapi mengalami situasi kehidupan yang berbeza - seekor gembira dan seekor lagi asyik merungut. Apa yang membezakan dua ekor katak tersebut ialah Kodok sentiasa rasa bersyukur dan redha dengan apa yang diperolehinya sedangkan Puru pula sentiasa merasa tidak puas hati dan tidak bersyukur.

Like Kodok, if we feel gratitude for our blessings, more good things will come our way. Our good feelings attract more good back to us. This is the Law of Attraction.

Sebagai contoh, jika kita ingin mendapat wang yang lebih, bersyukurlah dengan gaji yang kita dapat sekarang walau sekecil mana pun ia. Be happy, be grateful, be positive and don't complain. All these positive feelings will attract more good back to us!. Sebaliknya, jika kita fokus kepada gaji kita yang sedikit, asyik merungut tak habis-habis dan tidak bersyukur, segala kebaikan akan menjauhi kita.

Sekiranya kita ingin suami atau isteri lebih menyayangi kita, bersyukurlah dengan apa yang ada pada diri pasangan kita. Redha dan terima kelebihan dan kekurangannya. Hargai pasangan kita walaupun sekecil mana sekalipun kebaikan yang dilakukannya terhadap kita. Kita akan mendapati bagaimana sikap-sikap yang positif ini akan mengubah hubungan kita ke arah yang lebih baik.

Cari cara-cara yang kreatif untuk menyatakan kesyukuran dan penghargaan dalam setiap perkara yang kita lakukan setiap hari. One of our basic needs is the desire to feel appreciated. Semakin kita menghargai isteri atau suami kita, semakin dia berkeinginan untuk melakukan sesuatu yang menggembirakan kita. This attraction also works in every area of our life - the financial, spiritual, emotional and even physical dimensions.

Mulakan hari ini dengan penuh kesyukuran walaupun mungkin hari ini tidak secerah seperti yang kita harapkan. Menjelang malam sebelum tidur, teliti semula segala kebaikan yang kita dapat atau terima sepanjang hari dan bersyukurlah.. berterimakasih dan menghargai setiap kebaikan yang kita terima daripada isteri/suami, anak-anak, kawan-kawan, persekitaran malah sesiapa saja dan yang paling penting, berterimakasihlah kepada Allah.

May be we can ask these questions to ourselves before we sleep tonight…
• Do I feel thankful for my blessings?
• Do I express my gratitude to others when they brighten my day?
• How can I incorporate more gratitude into my daily life

A = X + Y + Z

Albert Einstein yang terkenal dengan fomula fizik, E=mc2 (mass-energy equivalence), rupanya ada merumuskan satu formula matematik untuk kejayaan iaitu A=X+Y+Z. Tak sangka Einstein rupanya seorang yang mempunyai sense of humor. Saya ingatkan beliau seorang yang sentiasa serius.

Dalam formula A=X+Y+Z, jika A adalah kejayaan, maka X = kerja, Y = bermain dan Z = diam (keeping your mouth shut). Ada 3 variables dalam persamaan di atas iaitu:

X = kerja
No doubt, Einstein seorang yang hard working. Dia banyak menyumbangkan idea dan pendapat terutamanya dalam bidang sains fizik.

Y = bermain
Walaupun beliau hardworking, itu tidak bermakna Einstein bekerja 24jam sehari. His idea of fun may have been different than ours but still, we can consider him playing..hehehe

Z = diam (keeping your mouth shut!).
This part is actually interesting. Saya bersetuju dan ia bertepatan dengan peribahasa melayu kita yang berbunyi 'diam-diam ubi berisi', the person who talks the least says the most. Einstein merasakan tiada keperluan untuk menjaja ilmu dan kepandaiannya kepada setiap orang yang ditemuinya. Kepandaian dan ilmu yang dimiliki bukan untuk di'show off' kepada orang lain. Sebenarnya orang yang suka menjaja cerita tentang kelebihan diri sendiri lebih mirip kepada 'tin kosong'. Tin kosong kalau diketuk, bunyi bukan main hebat lagi tapi dalamnya kosong, tak ada apa-apa.

Ubah diri kita daripada bersikap seperti mulut murai kepada bersikap seperti telinga lintah (bukan telinga kuali atau telinga nipis).. daripada seorang yang banyak merapu kepada seorang yang lebih banyak mendengar dan teliti. Dalam masa lima minit, kita boleh mendapat ramai kawan jika kita menunjukkan interest kita terhadap orang lain. Bagaimana untuk menunjukkan interest tersebut? We ask the questions and then keep our mouth shut!.

Dale Carnegie memberitahu dalam bukunya 'How to Win Friends and Influence People' bahawa setiap orang suka membincangkan atau memperkatakan tentang diri sendiri. The sweetest sound to our ears is the sound of our own name. Einstein dari awal-awal lagi telah menyedari hakikat ini dan beliau berusaha mempengaruhi orang lain dengan lebih banyak menjadi pendengar daripada banyak bercakap.

Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body.

Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs

One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion

One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure

One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack

not sure of the accuracy, tapi mcm ok je kalau nak try..sharing is caring kan hehe

BERGERAKLAH KEARAH CAHAYA....

Dia suka memerhati alam semulajadi yang indah. Dia gemar memerhati betapa kehidupan lain (termasuk manusia), cuma menurut apa yang diprogramkan oleh Pencipta. Dia minat untuk mempelajari sesuatu daripada apa yang berada di sekelilingnya.

Pokok bunga ros yang ditanam di dalam pasu itu telah mula tumbuh. Dia tidak pernah jemu memerhati pokok itu membesar dari sehari ke sehari. Di tempatkan pasu itu di tepi tingkap.

Pada suatu hari, dia mengalih pasu itu jauh daripada tingkap tersebut dan diletak di atas meja di dalam bilik. Memang pasu itu sesuai berada di atas meja itu. Sungguh cantik kerana pokok bunga ros itu sudah mula mengeluarkan putik-putik bunga.

Sehari dua kemudian, dia mendapati pokok bunga ros tersebut condong sedikit ke arah tingkap. Dia mengalih pasu tersebut supaya bahagian yang condong tadi mengarah ke arah lain. Apa yang didapatinya sehari dua kemudian, pokok bunga ros tersebut kembali condong ke arah tingkap.

Dia mempelajari sesuatu… Pokok bunga ros itu telah condong ke arah tingkap bagi mendapatkan cahaya matahari untuk terus bertenaga dan hidup subur. Ia telah diprogramkan begitu dan pokok bunga ros telah mengikut apa yang telah diprogramkan untuknya. Pokok bunga ros itu seolah-olah tahu bahawa tenaga dan kehidupan boleh di dapati daripada cahaya matahari.

Jika pokok bunga ros walaupun telah dialih, masih lagi bergerak balas kepada cahaya, kenapa kita, manusia, telah memprogramkan semula diri sendiri untuk melihat ke arah kegelapan walaupun kadang-kadang kita telah melihat adanya cahaya di hadapan kita. Kenapa kita lebih suka memilih untuk menuju ke arah kegelapan?

Kita harus belajar daripada pokok bunga ros untuk terus berusaha bagi mendapatkan cahaya. Kita harus terus mencari cahaya tanpa mengenal erti putus asa. Kita yang telah memprogramkan diri kita sendiri untuk duduk di dalam kegelapan. Sekiranya kita ingin mengetahui program kita yang asal, lihat sahaja kanak-kanak yang masih kecil. Kanak-kanak tidak kenal erti putus asa. Walaupun jatuh berkali-kali ketika baru belajar berjalan, namun ia tidak berputus asa. Ia akan bangun dan terus mencuba sehinggalah akhirnya dia pandai berjalan. Itulah sebenarnya program asal kita. Tapi dalam proses tumbesaran, kita telah disogokkan dengan program-program luar yang kebanyakannya bersifat negatif.

UBAH SIKAP UBAH KEHIDUPAN...

Pada suatu hari seorang raja keluar meninjau sekitar bandar yang berada di bawah pemerintahan baginda. Pada masa itu belum dicipta kasut atau selipar. Justeru, semua orang termasuk raja berkaki ayam ke mana saja mereka pergi. Setelah penat meninjau, raja pulang ke istana. Kaki baginda terasa pedih dan sakit kerana berjalan di atas batu-batu kerikil yang tajam. Baginda lalu memanggil penasihat istana.

"Beta mahukan semua jalan di bandar ini dilapik dengan permaidani yang lembut supaya kaki beta tidak sakit apabila berjalan di atasnya"

Penasihat istana terdiam. Walaupun tidak mustahil untuk berbuat demikian, tetapi ia merupakan satu kerja yang terlalu rumit dan memerlukan perbelanjaan yang banyak.

"Tuanku, patik rasa ada cara lain yang lebih efektif daripada melapik semua jalan di bandar ini dengan permaidani"

"Apakah caranya?"

"Patik cadangkan supaya dibuat sepasang kasut daripada kulit yang lembut untuk dipakaikan di kaki tuanku. Cara ini lebih berkesan dan dapat menjimatkan kos"

Raja akhirnya bersetuju dengan cadangan penasihat istana itu dan sepasang kasut daripada kulit telah dicipta untuk kegunaan baginda apabila keluar meninjau sekitar bandar.

Adalah lebih mudah mengubah diri sendiri daripada cuba mengubah persekitaran dan individu lain. Kita boleh mengubah kehidupan kita dengan mengubah habit dan sikap kita.

Denis Waitley dalam satu artikel telah menulis tiga perkara yang harus kita fahami tentang perubahan sikap dan habit yang ingin kita lakukan. Memahaminya akan memudahkan proses tersebut.

Perkara 1 - Tidak ada sesiapa yang boleh mengubah kita dan kita juga tidak berkemampuan untuk mengubah individu lain. Kita perlu mengakui keperluan dan kelemahan kita, berani berdepan dengan masalah dan menerima tanggungjawab sepenuhnya untuk membuat perubahan diri sendiri.

Perkara 2 - Sikap atau kebiasaan yang ingin diubah tidak boleh dihentikan begitu saja tanpa ada pengganti. Kita mesti menggantikannya dengan sikap atau kebiasaan lain yang lebih positif. Selalunya proses ini memakan masa sekurang-kurang setahun dua. Ada yang berkata, kita mengambil masa 21 hari untuk kita berubah kepada habit baru tapi menurut Denis 21 hari itu tidak cukup untuk menjadikan kita seorang individu dengan sikap dan kebiasaan yang baru.

Habits are like submarines. They run silent and deep. They also are like comfortable beds, in that they are easy to get into, but difficult to get out. So don't expect immediate, amazing results. Give your skills training a year and stick with it, knowing that your new ways can last a lifetime. ~Denis Waitley

Perkara 3 - Sikap dan habit baru hendaklah dimasukkan ke dalam rutin harian kehidupan kita kerana perkara yang kita buat acapkali akan menjadi 'second nature'. Practice makes everything goes well and smooth.

SEPOHON EPAL DAUNNYA RIMBUN...

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari.Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu... anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu." Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab remaja itu." Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pohon epal itu berkata,

"Kalau begitu, petiklah epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu...Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pohon epal itu merasa gembira."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu."Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya anak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pohon epal itu memberikan cadangan.

Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu." Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di sekitar mu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengangembira," kata pohon epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu."

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pohon epal itu dengan nada pilu."

Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirehat," jawab lelaki tua itu."

Jika begitu, istirehatlah di perduku," kata pohon epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.

Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun

BANGUN PAGI DENGAN MINDA YANG POSITIF...

Adalah penting untuk memulakan hari dengan bersyukur, berfikiran positif dan ceria. Itu akan menentukan tahap emosi kita untuk sepanjang hari itu. Sekiranya kita bangun tidur dengan perasaan malas, maka sepanjang hari tersebut, kita akan buat sesuatu kerja dengan separuh hati. Dalam hati, perasaan dan minda sudah tertanam sejak dari mula lagi bahawa kita MALAS, maka jadilah kita orang yang PEMALAS. We are what we think. Menurut Law of Attraction (LOA), kita akan menarik lebih banyak cas-cas kemalasan datang kepada kita. Mula-mula kemalasan kita mungkin 40% kemudian ia akan meningkat dan meningkat sehingga menjadi malas tahap gaban (istilah orang sekarang).

Mulakan setiap hari kita dengan soalan:
"Apa yang akan saya buat hari ini bagi menjamin masa dan tenaga saya digunakan dengan sebaiknya untuk mencapai matlamat saya?"

Sepanjang hari itu, jika kita berhadapan dengan situasi di mana kita perlu membuat suatu keputusan (decision), kita tanya diri kita dengan soalan ini:
"Adakah tindakan yang akan saya ambil ini membantu saya dalam proses untuk mencapai matlamat saya?"

Sebelum masuk tidur, buat senarai kerja atau perkara yang perlu kita lakukan untuk esok hari mengikut kepentingan. Ada kerja yang perlu kita buat segera, ada perkara yang kurang sikit kepentingannya. Mungkin kita boleh bahagikan kerja kita mengikut kategori:

* A - kerja yang perlu perhatian segera
* B - kerja yang perlu disiapkan sebelum matahari terbenam
* C - kerja yang boleh ditangguhkan sehingga esok

Berwaspada dengan gangguan-gangguan yang menghalang kita dari mengikut plan kerja untuk hari itu. Di antaranya mungkin:

* Bergayut di talipon.
* Menggunakan terlalu banyak masa untuk membaca dan menjawab email. Kadang-kadang junk mail pun nak baca secara detail (hehehe..)
* Bersembang-sembang kosong dengan kawan-kawan
* Tempat kerja yang berselerak dan tidak tersusun.

Bagi saya (walaupun kerja saya sebagai surirumah), jadual kerja itu penting. Ia membantu kita menjadi seorang yang 'efficient'. Setuju atau tidak jika saya katakan "work planning" membantu kita untuk menjadi lebih bersemangat dalam menjalani kehidupan kita untuk hari-hari tertentu. Bangun pagi, dalam minda kita telah ada rancangan kerja yang teratur untuk hari tersebut. Ini mengelakkan kita dari mengalami syndrom 'otak berserabut' yang mana sedikit sebanyak akan menjejaskan prestasi dan semangat kita.

MONYET YG KUAT MAKAN...

Ada seorang lelaki membela seekor monyet...satu hari die membawa monyet peliharaan nya pergi ke sebuah Bar...Semase lelaki tersebut menikmati minuman di bar tersebut...monyet peliharaan nya itu mula membuat kacau...dia melompat ke sana sini...Bila nampak sepiring kacang monyet itu terus memakannya..nampak semangkuk kentang goreng terus mengambil nya lalu di makan nya...dan tiba2 melompat pula ke atas meja pool dan mengambil bola pool tersbut dan menelannya sehingga abis...

Pemilik bar tersebut melihat keadaan itu dan berkata kepada lelaki tersebt "Encik...encik nampk tak ape yang monyet encik lalukan?...".." Ape?.."..."die menelan bola pool di meja pool saya sehingga abis..."..

Dengan selamba lelaki itu menjawab "..Saya tak pelik pun...dia memang akan makan apa sahaja...saya akan byr semua yang dia makan tadi...ok.."..Lelaki tersebut menghabiskan minumannya dan membayar bill lalu beredar...

Dua minggu selepas itu..lelaki itu bersama monyet nya datang lagi sekali ke bar tersebut...Seperti biasa lelaki itu memesan minuman dan sekali lagi monyet nya itu melompat kesana sini...dan tiba2 monyet tersebut ternampak sebiji epal..die mengambil epal tersebut dan menyumbat ke punggungnya..dan mengeluarkan semula lalu memakan nya ....

Pemilik bar semakin hairan dan terkejut..lalu berkata kepada pemilik monyet tersebut.."Encik..adakah encik nampk apa yang monyet encik lalukan tadi?"..."Ape lagi??..."..."Die menyumbat sebiji epal kedalm punggungnya dan mengeluarkan nya lalu di makan."..

"Saya tk pelik pun...dia masih akan makan apa sahaja..cume sejak dia menelan bola pool hari tu...sekarang dia akan mengukur dulu sebelum memakannya..."

BERDOA UNTUK YANG TERBAIK...

"Oh Tuhanku, aku ingin mengahwini wanita itu. Aku tidak mahu wanita lain. Tolong berikan dia untuk aku"

Begitulah do'a seorang pemuda yang telah jatuh cinta pada seorang gadis yang sangat cantik, yang menjadi ratu di daerah tempat tinggalnya. Gadis itu menjadi rebutan kebanyakan lelaki bujang termasuklah pemuda itu sehingga saban hari dia berdo'a kepada Tuhan agar gadis cantik itu dapat dikahwininya.

Tidak lama kemudian, do'anya dimakbulkan oleh Tuhan. Dia pun berkahwin dengan gadis tersebut. Pemuda itu merasa sungguh bertuah kerana dalam ramai-ramai lelaki bujang yang ingin menyuntingnya, gadis cantik itu memilih dirinya. Setelah tinggal sebumbung, dia menyedari gadis cantik itu iaitu isterinya kini bukan wanita yang bertanggungjawab. Wanita itu tidak menyintainya sama sekali. Dia mengahwini pemuda tersebut hanya kerana harta. Kebetulan pemuda itu memang berasal dari keluarga yang kaya dan ternama. Di akhir-akhirnya, pemuda tersebut menjadi tidak siuman gara-gara perbuatan isteri yang dicintainya sepenuh dan seikhlas hati itu.

Dalam berdo'a, kita begitu yakin inginkan sesuatu tetapi adakah kita yakin bahawa itulah yang terbaik untuk kita. Seringkali dalam do'a, kita tidak meminta yang apa terbaik untuk kita sebaliknya kita meminta apa yang kita inginkan. Beruntunglah orang-orang yang meredhakan Tuhan memberi apa yang terbaik dalam kehidupan, walaupun yang terbaik itu tidak selalunya bertepatan dengan apa yang diingini.

JANGAN PANDANG BELAKANG...

Anda sedang memandu pada halaju 200km/hr (wah melebihi halaju tu..hehehe) sambil bersiul-siul riang maklumlah baru dapat kereta brand new. Sebelum ni bawak kereta secondhand, tak best. Memandu kereta baru memang menyeronokkan sehingga tak sedar kaki menekan accelarator, kononnya nak test power kereta baru.

Tiba-tiba entah macam mana (orang kata malang tak berbau), anda hilang kontrol terhadap kereta tersebut dan kereta yang sedang laju itu menuju ke satu tembok yang agak masih jauh di hadapan. Apa yang anda akan lakukan?

Kalau saya.. "Tutup mata"…(biasalah kan perempuan kalau panik tutup mata..hehehe). Itu saya kira bukan satu tindakan yang bijak.

Pelumba-pelumba kereta professional telah diajar, jika dalam keadaan hilang kawalan, jangan sekali-kali tutup mata sebaliknya fokuskan mata ke arah mana yang kita perlu tuju.

Jangan pandang belakang.
Jangan hirau di mana kita berada.
Fokus ke arah mana yang perlu kita tuju.

Bagaimana pula jika kita hilang kontrol dalam menjalani kehidupan kita? Menurut Andrew Matthews (penulis buku 'follow your heart'), peraturan yang sama harus diambil. Fokus pandangan kita ke arah mana yang kita perlu pergi.

Jika kita kehilangan wang, jatuh miskin…jangan pandang ke belakang.
Jika kita dipecat dan hilang pekerjaan…jangan pandang ke belakang..jangan fikir di mana kita berada.
Jika kita ditinggalkan (diceraikan) oleh pasangan kita…jangan pandang belakang..tidak guna menyalahkan dia atau menyalahkan diri kita sendiri. Sebaliknya fokus ke arah mana yang harus kita tuju.

My point is..when times get rough, believe that we always have one or more ways out. Keep our mind fixed on where we want or need to go.

WHAT THE HELL!!!!...

This is a true story from the Word Perfect Help-line which was transcribed from a recording monitoring the customer care department. Needless to say the Helpdesk employee was fired; however, he is currently suing the Word perfect organisation for "Termination without Cause."

Actual dialogue of a former WordPerfect Customer Support employee (now we know why they record these conversations)!

"Ridge Hall computer assistance; may I help you?"

"Yes, well, I'm having trouble with WordPerfect."

"What sort of trouble?"

"Well, I was just typing along, and all of a sudden the words went away."

"Went away?"

"They disappeared."

"Hmm. So what does your screen look like now?"

"Nothing."

"Nothing?"

"It's blank; it won't accept anything when I type."

"Are you still in WordPerfect, or did you get out?"

"How do I tell?"

"Can you see the C: prompt on the screen?"

"What's a sea-prompt?"

"Never mind, can you move your cursor around the screen?"

"There isn't any cursor: I told you, it won't accept anything I type."

"Does your monitor have a power indicator?"

"What's a monitor?"

"It's the thing with the screen on it that looks like a TV.

Does it have a little light that tells you when it's on?"

"I don't know."

"Well, then look on the back of the monitor and find where the power cord
goes into it. Can you see that?"

"Yes, I think so."

"Great. Follow the cord to the plug, and tell me if it's plugged into the
wall."

"Yes, it is."

"When you were behind the monitor, did you notice that there were two
cables plugged into the back of it, not just one?"

"No."

"Well, there are. I need you to look back there again and find the other
cable."

"Okay, here it is."

"Follow it for me, and tell me if it's plugged securely into the back of
your computer."

"I can't reach."

"Uh huh. Well, can you see if it is?"

"No."

"Even if you maybe put your knee on something and lean way over?"

"Oh, it's not because I don't have the right angle-it's because it's
dark."

"Dark?"

"Yes, -the office light is off, and the only light I have is coming in
from the window."

"Well, turn on the office light then."

"I can't."

"No? Why not?"

"Because there's a power failure."

"A power... A power failure? Aha, Okay, we've got it licked now. Do you
still have the boxes and manuals and packing stuff your computer came in?"

"Well, yes, I keep them in the closet."

"Good. Go get them, and unplug your system and pack it up just like it was
when you got it. Then take it back to the store you bought it from."

"Really? Is it that bad?"

"Yes, I'm afraid it is."

"Well, all right then, I suppose. What do I tell them?"

"Tell them you're too f**k**g stupid to own a computer!"

MENGHARGAI APA YANG KITA MILIKI..

Bayangkan jika suatu hidupan yang bernyawa telah ditemui di planet Marikh. Saya rasa walau hidupan itu sekecil-kecil semut sekali pun, berita itu akan tersebar luas di muka depan semua akhbar di seluruh dunia. Tidak cukup dengan akhbar, ia akan disebar melalui media electronik seperti internet dan sebagainya.

Walaupun bukan kita yang menemuinya, tapi kita akan tumpang rasa seronok dengan penemuan yang hebat…"THERE'S LIFE OUT THERE!" Para saintis pulak tentu sibuk mengkaji hidupan tersebut dan mereka memanggilnya.."ANOTHER SPECIES". Saya rasa semua penduduk di muka bumi ini saban hari akan memperkatakan tentang hal tersebut, dari kalangan kanak-kanak sehinggalah warga emas akan bercerita mengikut versi masing-masing.

Yang menghairankan beribu-ribu jenis burung, tumbuhan, haiwan dan serangga telah pupus dari mukabumi ini (tempat tinggal kita sendiri) dari semasa ke semasa, tidak pula mendapat liputan secara meluas, tidak pula menjadi tajuk utama (muka depan) akhbar di seluruh dunia, tidak pula dihebahkan secara intensif melalui media elektronik sehingga setiap orang yang tinggal di muka bumi ini mengetahuinya. Harimau, panda dan lain-lain binatang semakin pupus dari mukabumi ini tapi yang nampak hebat di mata kita ialah suatu hidupan sebesar semut telah ditemui di planet lain.

Begitulah selalunya…. Kuman di seberang laut begitu jelas kelihatan, tapi gajah di hadapan mata, kita tidak peduli. Sesuatu yang hebat yang telah menjadi milik kita, kita tidak hargai sebaliknya kita akan mencari sesuatu yang baru. Ini biasa terjadi dalam hubungan rumahtangga. Kehebatan dan kesetiaan seorang isteri yang telah ada di hadapan mata, tidak dihargai sebaliknya seorang suami asyik mencari, memuja dan memuji kehebatan wanita lain yang bukan menjadi miliknya.

Kita hanya akan menyedari akan kehebatan sesuatu yang kita miliki itu apabila ia telah pergi dan hilang daripada kita. Di saat itu, akan timbul rasa kesalan namun kesalan ketika itu sudah agak terlambat.. Hargailah sesuatu atau seseorang sementara ia masih berada bersama kita...

9 SEBAB MENGAPA HATI TIDAK BAHAGIA..

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan: Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya.. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

SIAPA YANG KAYA...

Seorg hartawan membawak anaknya menginap di sebuah rumah milik seorang kenalannya yg miskin. Dia berharap anaknya akan sedar akan kekayaan yg mereka miliki. Setelah tiga hari di rumah si miskin, mereka pun pulang.

Dlm perjalanan si ayah bertanya, apa pandangan kamu tentang kembara kita?

Seronok! jawab anaknya.

Sekrg mesti kamu dpt bandingkan hidup sbg org kaya dgn org miskin bukan?

Ya, jawab anaknya ceria.

Ok, apa yg kamu belajar drpd semua ini?

Si anak menjawab, Kita mempunyai seekor kucing peliharaan, tetapi mereka ada byk kucing yg mereka bagi makan.

Kita ada kolam renang, tetapi mereka ada sungai yg jernih dan mengalir airnya utk mereka mandi.

Kita ada lampu import yg mahal, mereka ada bintang begemerlapan di langit yg mereka pandang waktu santai di halaman rumah pd mlm hari..

Si ayah ingin menyampuk, tetapi si anak meneruskan..

Kita ada jln berturap tetapi mereka ada padang hijau yg saujana mata memandang.

Kita seronok menyuruh org gaji buat itu dan ini, mereka pulak ceria berkhidmat dan memberi pertolongan kepada org lain.

Kita ada byk makanan, tetapi mereka menghasilkan makanan.

Kita ada jaga yg menjaga harta kekayaan kita, tetapi mereka mempunyai ramai sahabat setia yg sentiasa melindungi mereka.

Si ayah terus terdiam. Anaknya menambah, Terima kasih ayah kerana menyedarkan betapa kayanya mereka dan betapa miskinnya kita.

Pengajaran: kekayaan sebenar terletak di hati yg bersyukur dan redha. Bukan kerana apa yg kita miliki tetapi kerana apa yg kita beri. Untuk mencapai kesenangan, kita perlu memiliki. Tetapi untuk mencapai ketenangan kita perlu memberi. Memberi lebih baik dari yg menerima.

CARA MENERIMA KOMEN DAN KRITIKAN...

Kita di kelilingi oleh orang-orang yang bak kata Jinggo, kerja mereka ialah mengkritik orang lain. Kita buat perkara yang betul pun dikomen apalagi kalau kita buat perkara yang agak janggal di mata mereka. Kritikan atau komen yang negatif memang menyakitkan jika kita biarkan ia meresap ke dalam perasaan dan fikiran atau sebaliknya kita boleh jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk lebih maju ke hadapan.

Pilihan di tangan kita, samada kita telan dan mempercayai semua kritikan yang dilemparkan itu atau kita hanya menerima kritikan yang betul dan jangan memperdulikan kritikan yang tidak betul. Kita tidak ada kuasa menghalang orang lain daripada membuat komen atau kritikan. Kita boleh memilih, untuk mendiamkan diri atau menjawab kritikan itu dengan hati yang ikhlas.

Adakah semua komen itu meninggalkan kesan negatif kepada diri kita? Adakah ia membuatkan kita rasa tidak selesa dan hilang keyakinan diri?

Jika jawapannya adalah 'YA', maka ia menjadi masalah bagi kita bukan pada orang yang memberi komen. Betul, mereka tidak patut mengeluarkan kata-kata yang boleh melukakan hati orang lain. Itu menunjukkan orang-orang yang membuat komen negatif itu sebenarnya orang-orang yang ada masalah dan mereka cuba menghumbankan masalah mereka itu kepada kita. Tentu ada yang pernah terbaca entri saya tentang "The Law of Garbage Truck". Sekurang-kurangnya garbage truck bila sudah dipenuhi dengan sampah, ia akan dipandu ke tempat pelupusan sampah tapi individu yang tidak mengikut 'the law of garbage truck' akan menghumban sampah-sampah emosi mereka kepada sesiapa saja yang ada di sekeliling mereka. Pilihan di tangan kita, samada membiarkan mereka berbuat demikian dan cuba memujuk diri sendiri supaya tidak merasa sakit hati atau mengambil segala sampah emosi itu dan mengembalikan semula kepada tuannya dengan cara yang sopan. Jawab segala komen yang negatif itu dengan sopan dan ikhlas sebagai mempertahankan diri. Tidak guna dilawan bertengkar kerana itu akan memburukkan lagi keadaan. Prinsip 90/10 mungkin boleh membantu kita dalam menghadapi individu yang melontarkan sampah emosi mereka tanpa mengira tempat dan keadaan.

Menerima diri sendiri seadanya ialah satu cara menerima komen dan kritikan tanpa merasa sakit hati. Kritikan dan komen yang menyentuh peribadi biasanya memang menyakitkan. Sekiranya kita boleh menerima diri sendiri dan redha dengan apa juga keadaan kita, maka segala komen dan kritikan yang negatif itu tidak akan menjadi apa-apa buat kita.

Jangan lupa, komen dan kritikan negatif yang bahaya adalah datang dari dalam diri sendiri apabila kita merasa diri kita tidak berharga dan tidak bernilai. Kita perlu menghargai, menghormati, menyayangi dan menerima diri kita seadanya, redha dengan apa yang Allah telah kurniakan pada kita walaupun di mata orang lain, ia mungkin merupakan sesuatu yang tidak sempurna.

Sekiranya kita boleh menerima komen dan kritikan dengan cara yang positif, samada komen itu daripada orang lain atau daripada diri sendiri, insyaAllah ia akan boleh membantu kita untuk maju dan menjadi lebih baik.

BERBEZA KEBIJAKSANAAN...

Satu hari seorg professor menyeberang sungai dgn sebuah sampan yg dikayuh oleh seorg pengayuh sampan. Di tengah2 sungai, professor tersebut bertanya,
” Kau pandai menulis dan membaca?”
”Tidak, saya buta huruf,” jawab pengayuh sampan.
”Kalau begitu kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Org yg tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan utk hidup.”

Tidak lama selepas itu professor itu bertanya lagi,
”Kamu ada membuat simpanan di bank?”
”Tidak pendapatan saya hanya cukup2 makan.”
”Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin org yg tiada wang boleh hidup dgn selesa pada masa tua nanti.”

Sampan terus bergerak. Tiba2 sampan itu bocor. Air masuk dgn banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Si pengayuh bertanya kepada professor, Tuan, apakah tuan pandai berenang?”
”Err, saya tidak tau,” jawab professor panik.
”Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”

Pengajaran: Allah tidak mencipta manusia bodoh. Sebaliknya, Allah mencipta manusia dgn kebijaksanaan yg berbeza2. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksanaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jgn rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setiap manusia utk berjaya.

Kita hari ni terlalu menilai kebijaksanaan dari segi akademik padahal ilmu itu luas dan boleh digunakan dalam berbagai cara. Disebabkan itu, kita selalu tak berani mencuba sesuatu yg di luar kebiasaan. Harap2nya satu hari nanti mentaliti kita akan berubah.

POKOK BULUH DAN PAKU PAKIS..

Pandangannya dilempar jauh ke dada langit yang membiru melalui tingkap di hadapannya. Fikirannya kosong. Fokusnya hanya tertumpu kepada kata-kata isterinya pagi tadi. Isterinya merungut bila kereta Kancil mereka meragam ketika mereka hendak ke tempat kerja. Bukannya Ardi tidak mahu membeli kereta baru tapi dia tidak mampu.

"Awak tu memang tak berbakat. Sejak awak kerja, tidak pernah sekali pun awak dinaikkan pangkat. Cuba awak tengok, Arman, kawan baik awak tu, dah dua kali dinaikkan pangkat. Awak masih di tahap tu jugak. Entah bila kita akan merasa kesenangan macam Arman, rumah besar, kereta besar. Kita ni nak makan pun kadang-kadang kena berkira, kereta Kancil ni pun tak pernah bertukar sejak kita kawin. Cubalah awak berusaha lebih sikit untuk naik pangkat. Ini pun nasib baik saya kerja. Kalau tidak, entah-entah kita dan anak-anak makan pasir"

Ardi hanya diam mendengar isterinya membebel. Bukan sekali dua malah sejak beberapa bulan kebelakangan ini, isterinya semacam tidak puas hati. Bebelannya semakin menjadi-jadi apabila Irina tahu kawan baik Ardi, Arman telah dinaikkan pangkat untuk kali yang kedua. Ardi tidak mahu memulakan pergaduhan. Namun kata-kata sinis Irina benar-benar menyentuh hatinya, menggoyah keyakinan dirinya. Self esteemnya jatuh merudum. Terasa dirinya begitu kerdil, lemah dan tidak layak menjadi suami dan ayah kepada isteri dan anak-anaknya.

Dia masih di tingkat 12. Kawan-kawan sekerjanya masing-masing beransur meninggalkan pejabat. Irina juga telah pulang ke rumah dengan menumpang kawannya. Kereta mereka masih di bengkel.

"Kamu belum mahu pulang Ardi?"

Tiba-tiba suatu suara menyapanya dari belakang. Dia cukup kenal dengan suara itu. Itu suara Pak Mat. Di pejabatnya, Pak Mat di kenali sebagai Pak Mat Imam. Gelaran itu sesuai dengan perwatakan Pak Mat yang alim dan warak. Di pejabatnya, Pak Mat sering menjadi imam ketika solat Zohor dan 'Ashar.

Sebuah keluhan keluar dari mulut Ardi. Dahinya berkerut. Sapaan Pak Mat tadi tidak berjawab.

"Kamu ni kenapa, Ardi? Macam ada masalah saja" tanya Pak Mat lagi.

"Entahlah Pak Mat. Fikiran saya ni kusut dan buntu. Kereta saya ada di bengkel"

"Aikk..takkan kerana kereta rosak, fikiran kamu menjadi bercelaru?"

"Tak la macam tu…masalah saya banyak, Pak Mat. Fikiran saya ni dah tak mampu nak berfikir. Sesekali saya rasa nak pergi jauh dari sini"

"Berat bunyinya tu.. Jom ikut Pak Mat balik ke rumah. Nanti bila orang bengkel tu talipon bagitahu kereta dah siap, Pak Mat akan hantar kamu ke sana"

Ardi menurut saja ajakan Pak Mat. Untung juga Pak Mat bermurah hati untuk membantu. Dalam perjalanan ke rumah Pak Mat, Ardi lebih banyak diam dari bercakap. Seringkali terdengar keluhan keluar dari mulutnya.

Itulah kali pertama Ardi sampai ke rumah Pak Mat. Rumah berkembar dua tingkat itu nampak tenang setenang wajah Pak Mat. Mungkin isteri dan anak-anak Pak Mat ada di dalam.

"Jom kita ke belakang. Di sana ada meja dan kerusi. Nanti Pak Mat suruh Mak Cik buatkan air untuk kita minum."

"Eh, tak payah susah-susah. Cantik kawasan rumah Pak Mat ni. Penuh dengan pokok-pokok. Rajin Pak Mat berkebun."

Pak Mat membawa Ardi ke halaman belakang. Pak Mat masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Ardi meninjau kawasan belakang rumah Pak Mat. Pokok-pokok hijau yang ditanam memang menyegarkan mata yang memandang. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada pokok buluh dan pokok paku pakis perhiasan yang ditanam bersebelahan.

Sebentar kemudian, Pak Mat keluar semula dengan dulang yang berisi teko air, dua biji cawan dan sepiring pisang goreng panas. Dia meletakkan dulang itu di atas meja lalu berjalan menghampiri Ardi.

"Cantik pokok buluh dan pokok paku pakis ni, Pak Mat." kata Ardi.

"Pak Mat tanam pokok buluh dan pokok paku pakis ni pada hari dan waktu yang sama. Pak Mat jaga kedua-duanya dengan baik. Tidak lama kemudian, pokok paku pakis ini tumbuh dengan subur tapi pokok buluh tidak menampakkan tanda-tanda akan tumbuh. Pak Mat tidak berputus asa. Pak Mat siram seperti biasa."

"Pada tahun kedua, pokok paku pakis semakin merimbun tapi pokok buluh masih tak tumbuh-tumbuh. Begitu juga pada tahun ketiga dan keempat, pokok buluh tidak mengeluarkan walau satu tunas pun sedangkan pokok paku pakis semakin subur dan merimbun. Pun begitu, Pak Mat tidak berputus asa untuk melihat pokok buluh ini tumbuh. Pak Mat tetap menyiramnya seperti biasa. Akhirnya pada tahun kelima, satu tunas kecil tumbuh dari pokok buluh ini. Jika dibandingkan dengan pokok paku pakis, tunas yang kecil itu sudah tentu tidak setanding. Dalam masa enam bulan berikutnya, pokok buluh ini menjadi semakin tinggi dan tinggi. Sekarang, kamu lihat sendiri kedua-dua jenis pokok ini."

"Sebenarnya buluh mengambil masa lima tahun itu untuk menumbuhkan dan menguatkan akar sebelum ia mengeluarkan tunas. Akar yang kuat ini penting untuk pertumbuhan buluh yang baik. Pak Mat tidak berputus asa menunggu dan menunggu dan sekarang Pak Mat tidak perlu bersusah payah menjaganya macam dulu lagi."

"Ardi, ambillah pengajaran dari pokok buluh dan pokok paku pakis ini. Jangan membandingkan diri kita dengan orang lain. Pokok paku pakis dan pokok buluh tak sama kegunaannya walaupun kedua-duanya mencantikkan pandangan mata kita. Masa untuk Ardi berjaya akan tiba juga nanti. Ardi akan meningkat dari satu tahap ke satu tahap asalkan Ardi tidak berputus asa"

"Bolehkah saya menjulang tinggi seperti pokok buluh ini, Pak Mat?"

"InsyaAllah boleh. Jangan berputus asa, sentiasa berusaha, berdo'a dan bertawakkal"

Ardi seakan mendapat semangat baru dari cerita Pak Mat. Tidak sia-sia kunjungannya ke rumah Pak Mat pada petang itu. Selain daripada mendapat nasihat yang bernas dari Pak Mat, dia juga dapat merasa kemanisan air teh susu dan pisang goreng panas yang enak. Sungguh dia beruntung memiliki kawan sebijak dan sebaik Pak Mat. Pak Mat seakan memahami apa yang meributkan fikirannya pada petang itu.

"Oh Tuhan…aku bersyukur kepada-Mu" bisik hati kecil Ardi.

Good days give us happiness, bad days give us experiences but both are essential to our life….

MANUSIA DAN AYAM...

Matanya leka memerhati seekor ayam jantan yang sedang mencakar tanah mencari makanan. Sesekali Azhan pulang ke kampung, hatinya gembira melihat ayam itik peliharaan ibunya. Dulu, ketika remaja, Azhanlah yang selalu memberi makan kepada ayam dan mengutip telur-telur ayam dari sarang. Waktu itu, memelihara ayam menjadi pekerjaan sampingan ibunya selain dari bersawah padi. Walaupun kini, ayam yang dipelihara ibu tidak sebanyak dulu lagi tapi ibu tidak pernah putus memeliharanya.

"Senang anak cucu cicit balik nak makan ayam kampung." Begitulah kata-kata ibunya.

"Amboi, jauhnya menungan abang. Teringat kekasih lama ke?" tiba-tiba isteri kesayangannya menyapa. Entah bila Hanna berada di belakangnya, dia tidak sedar kerana terlalu asyik memerhati ayam jantan itu.

"Ish..mana abang ada kekasih lama. Abang sedang memerhatikan ayam jantan tu."

"Apa yang special sangat ayam tu sampai abang tak berkedip mata memandangnya?"

Soalan isterinya itu tidak dijawab sebaliknya dia bertanya, "Apa perbezaannya ayam dengan manusia?"

Pertanyaan pelik itu disambut dengan derai ketawa isterinya. Azhan cuma tersenyum. Baginya soalan itu serius. Sambil memerhatikan ayam jantan itu, mindanya ligat berfikir.

Setiap hari ayam melakukan rutin yang selalu sama. Bangun pagi, berkokok, kemudian mencakar tanah mencari makanan, berak dan melakukan hubungan seks (walaupun bukan setiap hari) lalu tidur kemudian bangun pagi mengulangi lagi perbuatan yang sama. Begitulah setiap hari. Jika ada pun sedikit kelainan ialah bilamana mereka berkelahi sesama mereka kerana berebut pasangan atau berebut makanan.

Bagaimana dengan manusia? Manusia juga melakukan rutin yang selalu sama, bangun pagi, mandi, makan, minum, pergi kerja, balik rumah, buang air, melakukan hubungan seks (walaupun bukan setiap hari) lalu tidur dan bangun lagi untuk mengulangi perbuatan yang sama setiap hari. Jadi, apa bezanya manusia dengan ayam?

"Hanna pernah dengar tak kata-kata Einstein yang berbunyi begini, 'Try not to become a man of success but rather to become a man of value'?"

"Dari berfikir tentang ayam, sekarang dah pergi kepada Einstein pulak." Hanna masih lagi mengusik suaminya.

"Einstein lebih menekankan kepada nilai yang dimiliki oleh seseorang, bukan kepada kejayaan yang dicapainya. Nilai seorang manusia diukur dari sebesar mana manfaat dan kebaikan yang dilakukan untuk orang lain. Semakin banyak seseorang itu memberi manfaat kepada orang lain, semakin tinggi nilainya."

Hanna terdiam. Sekarang mindanya pula berfikir tentang apa yang diperkatakan oleh suaminya.

Untuk menjadi seseorang yang bernilai, bukan bergantung kepada kekayaan dan rupa paras. Semua orang mampu menjadi seorang yang bernilai tanpa mengira apa sekalipun pangkat dan kedudukannya.

Pemungut sampah misalnya. Bayangkan jika tiada pemungut sampah di kawasan perumahan tempat kita tinggal, tentu sampah sarap menjadi terbiar dan mengotorkan alam sekitar. Kita menjadi tidak selesa dan mudah dijangkiti penyakit. Tapi apa yang menjadikan seorang pemungut sampah itu lebih bernilai lagi? Mungkin pemungut sampah tadi tidak hanya memungut sampah yang sedia ada di luar rumah malah dia juga menyapa penduduk-penduduk di situ sambil bertanya dan mengingatkan barangkali masih ada sampah di dalam rumah yang masih belum atau terlupa untuk dikeluarkan.

Seorang doktor, selain dari tugasnya yang merawat pesakit, akan menjadi lebih bernilai apabila dia merawat pesakit dan memberi ubat-ubatan secara percuma kepada pesakit yang tidak berkemampuan. Seorang doktor juga boleh memberi nasihat tentang kesihatan di suatu kawasan dengan percuma. Begitu juga seorang guru, penjual ikan dan lain-lain profession.

Seorang manusia mampu melakukan lebih dari sekadar rutin dan kerja. Kita akan memperolehi nilai dari apa yang dilakukan. Semakin banyak manfaat dan kebaikan yang dilakukan untuk diri sendiri dan untuk orang lain, kita menjadi semakin bernilai tidak kira apa sekalipun pekerjaan kita. Jangan pernah merasa puas untuk melakukan kebaikan dan manfaat kerana sesungguhnya kita akan mendapat lebih dengan lebih memberi.

"Bang, kita memang tak sama dengan ayam kan?" tiba-tiba Hanna bertanya. Serius bunyinya. Giliran Azhan pulak yang ketawa dengan pertanyaan serius dari isterinya itu.

"Ya, manusia memang tak sama dengan ayam. Kalau tak guna otak yang Allah kurniakan untuk berfikir dan bertindak mengikut nafsu tanpa iman, kita sebenarnya lebih rendah darjatnya dari ayam itu." kata Azhan sambil memegang tangan isterinya.

Azhan dan Hanna terus memerhatikan ayam jantan itu...!

FIVE SCARY TIMES FOR YOUR HEART

1. First thing in the morning
The risk of heart attack increases 40% in the morning, Harvard researchers estimate.
As you awaken, your body secretes adrenaline and other stress hormones, increasing blood pressure and a demand for oxygen. Your blood is also thicker and harder to pump because you’re partially dehydrated. All this taxes the heart.

Protect yourself: Build some time into your schedule so you can hit the snooze button and wake up slowly. If you’re a morning exerciser, warm up thoroughly so as not to additionally stress the heart. And if you’re on a beta-blocker, take it before bed so the medication is at full strength in the am.

2. On Monday mornings especially
Science shows there’s good reason to dread the first day of the work week.
Twenty percent more heart attacks occur on this day, probably because people are stressed and depressed about returning to work.

Protect yourself: Relax on Sunday, but try not to sleep in. Getting up early on Monday after sleeping late Saturday and Sunday can raise blood pressure even more because your body is fatigued and its natural rhythms are out of whack. Try to maintain a regular sleep/wake schedule all week.

3. After an indulgent meal
A five-course, calories-be-damned dinner can have an immediate impact on your heart health. Studies show that high-fat, high-carb meals constrict blood vessels, making blood more prone to clotting.

Protect yourself: If you must indulge, keep your portion sizes reasonable. A daily aspirin will also help prevent blood “stickiness.”

4. During unusually vigorous exercise
Having a heart attack while shoveling snow is a classic example of this.
The heart attack occurs because the victim isn’t accustomed to that kind of effort and stress hormones skyrocket, causing blood pressure and heart rate to jump.

Protect yourself: Regular exercise protects your heart. But increase your intensity level gradually.

5. At the podium
From the heart’s perspective, public speaking can be similar to unaccustomed exercise.
Extreme nervousness raises blood pressure, heart rate, and adrenaline levels, all of which can make the presentation itself a secondary worry.

Protect yourself: To counter these effects, some of my patients take a beta-blocker before speaking, flying, or doing anything that makes them overly anxious.

AMALAN PADA MALAM NISFU SYAABAN

Alhamdulillah, akhirnya...sekali lagi kita bertemu dgn malam yang mmg dinantikan..15 syaaban datang lagi pada tahun nie..
so..kat bawah nie..adalah..amalan2 yang boleh kita ikuti...
Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Sya’aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.

(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa,

Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)

Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.

Membaca: (beberapa kali – pahala seperti ibadat seribu tahun).

Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.

Membaca Al-Qur’an.
Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.

Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)
Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)

Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

P E R H A T I A N

BERALAMLAH MENURUT KEMAMPUAN MASING-MASING, JIKA TIDAK DAPAT MELAKSANAKANNYA JANGANLAH DITINGGALKAN SEMUANYA. LEBIHAN UMUR KITA YANG MASIH TINGGAL SEDIKIT LAGI, HAMPIR SAMPAI KE HUJUNGNYA. REBUTLAH AMALAN SEBANYAK-BANYAK YANG BOLEH, BERTAUBATLAH KEPADA ALLAH AKAN DOSA-DOSA YANG BANYAK DENGAN SEGALA KESUNGGUHAN UNTUK BEKAL KITA DI AKHIRAT YANG AKAN PERGI TIDAK AKAN KENBALI LAGI. SEMOGA DALAM KEREDAHAAN ALLAH !!!.

"You can heal your life by Louise Hay"..

Dalam menungan yang panjang, minda saya berfikir - mungkin saya boleh andaikan hidup kita di dunia ini ibarat sebuah buku. Setiap buku mempunyai 'front page' sebagai permulaan. 'Front page' kita adalah ketika mana kita dilahirkan ke dunia. Setiap buku juga ada 'back page' manakala 'back page' kita adalah ketika mana nyawa kita bercerai dari jasad, pergi menghadap Ilahi dan meninggalkan dunia ini. Buku mempunyai helaian-helaian muka surat yang boleh diumpama seperti hari-hari yang kita jalani dalam kehidupan ini. Ada buku yang tebal dan ada buku yang nipis dan kita ada yang umur panjang, dapat hidup sampai tua bangka dan ada yang umur pendek, mati ketika usia masih muda. Ada buku yang menarik untuk dibaca tetapi ada juga buku yang tidak langsung menarik perhatian. Dan kehidupan kita kadang kala menarik dan kita merasa bahagia tetapi ada ketikanya hidup menjadi sukar dan kita merasa tersepit. Sebuah buku tidak kita ketahui isi kandungannya sehinggalah kita membaca, begitu juga kehidupan kita, tidak kita ketahui apa yang bakal kita hadapi untuk hari esok sehinggalah kita mengalaminya. Seburuk mana pun hari semalam, jangan putus harapan agar esok akan bercahaya sama seperti kita membaca buku cerita - yang kita harapkan ialah 'happy ending'.

The thoughts we think and the words we speak create our experiences ~Louise Hay

"Maturity in attitude is reached when you fully understand what you can change and what you can’t change, and you respond accordingly.
De Vincenzo couldn’t change the figures on his score card or retrieve the money he had signed over to the lying woman.
Fussing and fuming would not change the reality of either mistake.
He chose to accept what had happened and move forward."

Ceyai or Cerai!!!!!!!!!!!!!!!!!

i suatu petang Jumaat yang hening...aku (selamat bin dol ) duduk berehat2 di depan umah sambil menghisap rokok jenama Thailand (murah skit) huhuhu..sementara itu anak ku yang berusia 3 tahun sedang bermain2 di ruangan tengah...aku lihat dia tersenyum sorang2..ape lah yang dia pikir agaknyer...isteriku?ade kat dapur nun..memasak. bahagia kan famili ku ini...isteri ku mmg ckup rajin memasak, anak ku pulak petah berkata2 menghiburkan kami se famili..alahai...aku senyum sorang2 gak bangga memiliki famili ni....Tgh aku dok senyum2 tetibe anak aku dtg...
'abah..mak nak ceyai...'
Aku tersentap..mata ku otomatik bepinar..rokok tetap maintain kt mulut..
Tetibe je dia nak minta pepisahan??? Aku ni bkn insan yang lemah,cukup nafkah zahir batin kat bini aku tuh.
Umah ni pun aku beli pakai nama dia...(aku beli je...dia yang bayar..hehehe) pas tu keta kt depan umah tu mmg aku dah habis bayar pun khas utuk dia (kancil 660 thn 1999)hape lagi yang kurang..dengan panas kepala ni aku terjah dia kat dapur

'YAH, APE KURANG KE KASIH SYG ABE KT AWOK?, APE ABG NI TAK HENDSOME LAGI KE SMPAI AWAK NAK MINTA TUUUUI!!! TERGAMAK AWAK WAT ABG MACAM NIE.....!!!!'

Ape nie bang....susah sgt ke nak bagi?

YAH! AWAK JGN UJI SAYA!

Iye lah..lau berani buat lah...

YAAHHHHH......AWAK MELAMPAU! Kaki aku dah mengeletar,peluh menitik2,idung aku kembang kempis,kat telinge aku dah terdengar2 lagu Anang..jari jemari dah sejuk...sanggup kah aku ucapkan perkataan itu....

Iye..buat lah bang OIIIII...saya nak masak gulai ni g lah ambik serai tu cepat..boboi tak cakap kat awak ke...
HAH SERAI??????? Betuah punyer anak...pelat....
Ceyai Vs cerai...
Becarefull ngan bahasa anak anda...
Jgn biarkan hidup anda diselindungi Misteri....

APABILA HATI ORANG LAIN DISAKITI......

Seorg wartawan begitu gembira kerana tulisannya tersiar di dada akhbar utama. Ulasannya mengenai sebuah majlis besar disifatkan sebagai tulisan paling lengkap, menyeluruh dan menyentuh perasaan. Pagi itu, dia melihat ayahnya sedang menatap akhbar tersebut.
"Ayah dah baca tulisan saya?" tanyanya dgn riang.
"Sudah" jawab ayahnya.
"Saya mengambil masa yg lama utk membuat pemerhatian yg tajam. Segala sudut saya lihat dan fikirkan," ujar wartawan itu dgn bangga. Dia sangat puas hati kerana kerja kerasnya berbaloi.
Ayahnya dia saja. Selalunya si ayah banyak memberi kata2 dorongan kepadanya.
"Bukankah ayah seorang pengulas dan pengkritik tulisan saya yg baik?" katanya secara bergurau. Ayahnya tetap diam.
Melihat itu, dia berasa tidak puas hati. Tentu ada sesuatu. "Ayah kritiklah tulisan saya!" desaknya.

"Satu sahaja kritikan daripada ayah...,"akhirnya ayahnya bersuara.
"Apa itu ayah"
"Satu tulisan yg baik tetapi kau menyakiti hati banyak pihak!"
Si wartawan itu terdiam. Di dalam hatinya dia mengakuinya. Apa tidaknya, hampir seluruh unit, segmen dan individu yg terlibat dalam majlis besar itu telah disentuhnya. Namun tanpa dia sedar, dia telah menyakiti hati ramai org.
"Anakku, apa gunanya satu hasil kerja yg baik, dipuji dan dianugerahi pelbagai hadiah, tetapi dlm proses menghasilkannya kau menyakiti hati ramai org."
Wartawan itu terdiam. Kali ini kritik ayahnya lain dari yg lain, pendek tetapi sangat mendidik.

Pengajaran: Persaudaraan dan kasih sayang adalah perkara yg paling tinggi nilainya selepas iman. Menjaga kasih sayang dalam proses penyampaian sesuatu khidmat atau produk perlu menjadi keutamaan. Muslim terbaik ialah Muslim yg selamatkan Muslim lain dgn kata2 dan perbuatannya.

RAHSIA SOLAT

Coretan kali ini bagi peringatan buat diriku & Sahabat sahabat semua....Tentang rahsia as - solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah - indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al - kautsar ketika di dalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL - MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji - panji nabi kita di dalam kubur.

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."Sebaik-baik manusia itu adalah
mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orangYahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka
mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada
di kalangan kamu yang perasan!!!"

5 reason you didn't get the job

1. You're overqualified
It's not just a cliche--you really can be overqualified for a position. It's especially true in a tight economy. A candidate that is more qualified would require a higher salary and benefits package for a competitive offer and for long-term retention. If someone else interviewed who fit the qualifications but didn't overly exceed them, it might be in the company's best interest to hire him and save the cash.

2. You don't know the right people
You may be great on paper, and you may interview really well--but if another candidate is the employer's tennis instructor's daughter, you might be out of luck. This isn't a reason you can't really avoid. Your best bet is to make sure you follow up with a genuinely appreciative phone call or note. Leaving a positive impression will keep you in that employer's mind if other opportunities arise.

3. You hit it off, just not professionally
Having a good rapport with your interviewer is great--however, if you bonded over your love of tequila shooters, you may have made a friend and not an employer. In a less extreme example, you may be very easy to interview but still not right for the position. While being friendly and personable are two very important traits, they won't guarantee you the job.

4. You came with conditions
You may be a good fit for the job, but if you come with strings attached, you may not get hired. If you can't see yourself sticking to the position long-term, or if prior commitments mean you'll have to work odd hours, it could take you out of the running. If possible, come in condition-free or at least willing to compromise. However, if you have a restriction that is non-negotiable, it's only fair to both of you to bring it up in the interview--there's no sense in wasting time if the situation won't work out.

5. An unpredictable reason
Often, the reason is one you may never know. You may get an unrelated job simply for having a shared interest with the interviewer, or perhaps because you have a skill the employer hopes to learn from you. It may be as simple as two or more candidates being equally qualified, and you lost the coin toss.

It may also be a simple reason like an off-the-cuff comment you probably shouldn't have made, or a more blatant reason like answering your cell phone during an interview (never a good move, no matter how friendly you are with the interviewer!). Be honest with yourself about the interview process--if you can think of a slip up, learn from your mistake and keep it in mind for your next interview.

The bottom line
Whatever the reason, do your best to learn from it and apply it to your next interview. Don't be afraid to politely follow up and inquire about why you weren't right for the position--just make sure you don't come off as sulking. Be professional, and thank them for helping you to understand what you did wrong, or where you can improve. After all, if you made it to the interview stage once, you're likely to do it again.

Thursday, July 22, 2010

Malam nie..

alhamdullilah..akhirnya malam nie, aku boleh kembali ber'blogging' setelah berminggu menyiapkan kerja yang menyebabkan aku rasa...dah tak tau nak rasa apa dah...

apa yg aku dapat...bermcm2 pengalaman aku dapat..seperti biasa..aku lbh suka jdik pemerhati dan penilai, sbb dari situ aku dapat sesuatu yg boleh aku guna in future..huhu..ayat..

pengalaman 1:..
manusia nie ada bermacam2 jenis kerenah..kdg2 aku xfaham setiap kejadianNYA mesti ada perbezaanya antara satu sama lain..jika kita dipertemukan dgn org2 yg macam ni, sbnrnya DIA nak kita belajar sesuatu..cnthnya..cuba fikir secara positif, jangan pentingkan diri sendiri, bertapa bertuahnya menjadi diri sendiri wlpun mcmana pun diri kita..kalau pandai bawak diri, orang akan igat kita sampai bila2..

pengalaman 2:..
apa rasanya have been rejected?..ya allah..lamo bebenor xrasa perasaan nie..rasa trcabar btl..ni bukan pasal mengorat anak teruna org..tapi pasal keje aku la..aku rasa..selama ini..xada yg komplen..sesekali mai makhluk dari oversea nie..dah la 1st time dia ngaja..husss...aku tak tahu kenapa aku berasap sgt..apa moralnya kat sini..
pemikiran tak sama..mesti akan jadi mcm nie..cuba la ckp terus terang..jgn ckp simple tp sbnrnya complicated..aku xberapa nak suka org yg men drama kalau time2 serius, kerja..ada masanya nak berfoya-foya nie..urm..

pengalaman 3:..
hargai la pasangan..aku tak fokus, tunding jari kat sesaper...xkisahlah pasangan itu, perempuan ker, lelaki ker...xkisah la..yg penting dia boleh terima kita dgn seadanya..dan kita boleh terima dia seadanya..jgn nak fikir harta benda...mcm2 ag..cuba tanam dalam diri...nak ada harta sendiri..xkisahlah wlpun cuma basikal tayar dua..tue perumpamaan jer..yer dok..jgn hidup atas kesenangan org lain..aku mmg xbapa nk setuju, bila ada segelintir org..fokus gologan tertentu ja..tanpa hiraukan soal diri sendiri..nasib baik aku tak cepat goyah..aku tahu dan percaya pada deria aku yg ke-6...huhu

pengalaman 4:..
bab yg aku suka tapi aku takut sebenarnya..terkejut tapi selalu berharap...aduh..sekali dalam seumur hidup..berpeluh aku mcm nie..wlmcmanapun..aku kena tempuhi jgk..hope evtin will be fine la..

hah tue lah yg aku rasa...dah xdak dah..

Monday, July 26, 2010

SEMUT...

Posted by Chek Nurul at 11:11 PM 0 comments

Posted by Chek Nurul at 10:54 PM 0 comments

Posted by Chek Nurul at 10:47 PM 0 comments

Posted by Chek Nurul at 10:46 PM 0 comments

Posted by Chek Nurul at 10:43 PM 0 comments
Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs

One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion

One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure

One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack

not sure of the accuracy, tapi mcm ok je kalau nak try..sharing is caring kan hehe

BERGERAKLAH KEARAH CAHAYA....

Posted by Chek Nurul at 10:39 PM 0 comments
Dia suka memerhati alam semulajadi yang indah. Dia gemar memerhati betapa kehidupan lain (termasuk manusia), cuma menurut apa yang diprogramkan oleh Pencipta. Dia minat untuk mempelajari sesuatu daripada apa yang berada di sekelilingnya.

Pokok bunga ros yang ditanam di dalam pasu itu telah mula tumbuh. Dia tidak pernah jemu memerhati pokok itu membesar dari sehari ke sehari. Di tempatkan pasu itu di tepi tingkap.

Pada suatu hari, dia mengalih pasu itu jauh daripada tingkap tersebut dan diletak di atas meja di dalam bilik. Memang pasu itu sesuai berada di atas meja itu. Sungguh cantik kerana pokok bunga ros itu sudah mula mengeluarkan putik-putik bunga.

Sehari dua kemudian, dia mendapati pokok bunga ros tersebut condong sedikit ke arah tingkap. Dia mengalih pasu tersebut supaya bahagian yang condong tadi mengarah ke arah lain. Apa yang didapatinya sehari dua kemudian, pokok bunga ros tersebut kembali condong ke arah tingkap.

Dia mempelajari sesuatu… Pokok bunga ros itu telah condong ke arah tingkap bagi mendapatkan cahaya matahari untuk terus bertenaga dan hidup subur. Ia telah diprogramkan begitu dan pokok bunga ros telah mengikut apa yang telah diprogramkan untuknya. Pokok bunga ros itu seolah-olah tahu bahawa tenaga dan kehidupan boleh di dapati daripada cahaya matahari.

Jika pokok bunga ros walaupun telah dialih, masih lagi bergerak balas kepada cahaya, kenapa kita, manusia, telah memprogramkan semula diri sendiri untuk melihat ke arah kegelapan walaupun kadang-kadang kita telah melihat adanya cahaya di hadapan kita. Kenapa kita lebih suka memilih untuk menuju ke arah kegelapan?

Kita harus belajar daripada pokok bunga ros untuk terus berusaha bagi mendapatkan cahaya. Kita harus terus mencari cahaya tanpa mengenal erti putus asa. Kita yang telah memprogramkan diri kita sendiri untuk duduk di dalam kegelapan. Sekiranya kita ingin mengetahui program kita yang asal, lihat sahaja kanak-kanak yang masih kecil. Kanak-kanak tidak kenal erti putus asa. Walaupun jatuh berkali-kali ketika baru belajar berjalan, namun ia tidak berputus asa. Ia akan bangun dan terus mencuba sehinggalah akhirnya dia pandai berjalan. Itulah sebenarnya program asal kita. Tapi dalam proses tumbesaran, kita telah disogokkan dengan program-program luar yang kebanyakannya bersifat negatif.

UBAH SIKAP UBAH KEHIDUPAN...

Posted by Chek Nurul at 10:36 PM 0 comments
Pada suatu hari seorang raja keluar meninjau sekitar bandar yang berada di bawah pemerintahan baginda. Pada masa itu belum dicipta kasut atau selipar. Justeru, semua orang termasuk raja berkaki ayam ke mana saja mereka pergi. Setelah penat meninjau, raja pulang ke istana. Kaki baginda terasa pedih dan sakit kerana berjalan di atas batu-batu kerikil yang tajam. Baginda lalu memanggil penasihat istana.

"Beta mahukan semua jalan di bandar ini dilapik dengan permaidani yang lembut supaya kaki beta tidak sakit apabila berjalan di atasnya"

Penasihat istana terdiam. Walaupun tidak mustahil untuk berbuat demikian, tetapi ia merupakan satu kerja yang terlalu rumit dan memerlukan perbelanjaan yang banyak.

"Tuanku, patik rasa ada cara lain yang lebih efektif daripada melapik semua jalan di bandar ini dengan permaidani"

"Apakah caranya?"

"Patik cadangkan supaya dibuat sepasang kasut daripada kulit yang lembut untuk dipakaikan di kaki tuanku. Cara ini lebih berkesan dan dapat menjimatkan kos"

Raja akhirnya bersetuju dengan cadangan penasihat istana itu dan sepasang kasut daripada kulit telah dicipta untuk kegunaan baginda apabila keluar meninjau sekitar bandar.

Adalah lebih mudah mengubah diri sendiri daripada cuba mengubah persekitaran dan individu lain. Kita boleh mengubah kehidupan kita dengan mengubah habit dan sikap kita.

Denis Waitley dalam satu artikel telah menulis tiga perkara yang harus kita fahami tentang perubahan sikap dan habit yang ingin kita lakukan. Memahaminya akan memudahkan proses tersebut.

Perkara 1 - Tidak ada sesiapa yang boleh mengubah kita dan kita juga tidak berkemampuan untuk mengubah individu lain. Kita perlu mengakui keperluan dan kelemahan kita, berani berdepan dengan masalah dan menerima tanggungjawab sepenuhnya untuk membuat perubahan diri sendiri.

Perkara 2 - Sikap atau kebiasaan yang ingin diubah tidak boleh dihentikan begitu saja tanpa ada pengganti. Kita mesti menggantikannya dengan sikap atau kebiasaan lain yang lebih positif. Selalunya proses ini memakan masa sekurang-kurang setahun dua. Ada yang berkata, kita mengambil masa 21 hari untuk kita berubah kepada habit baru tapi menurut Denis 21 hari itu tidak cukup untuk menjadikan kita seorang individu dengan sikap dan kebiasaan yang baru.

Habits are like submarines. They run silent and deep. They also are like comfortable beds, in that they are easy to get into, but difficult to get out. So don't expect immediate, amazing results. Give your skills training a year and stick with it, knowing that your new ways can last a lifetime. ~Denis Waitley

Perkara 3 - Sikap dan habit baru hendaklah dimasukkan ke dalam rutin harian kehidupan kita kerana perkara yang kita buat acapkali akan menjadi 'second nature'. Practice makes everything goes well and smooth.

SEPOHON EPAL DAUNNYA RIMBUN...

Posted by Chek Nurul at 10:30 PM 0 comments
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari.Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu... anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu." Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab remaja itu." Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pohon epal itu berkata,

"Kalau begitu, petiklah epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu...Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pohon epal itu merasa gembira."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu."Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya anak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pohon epal itu memberikan cadangan.

Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu." Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di sekitar mu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengangembira," kata pohon epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu."

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pohon epal itu dengan nada pilu."

Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirehat," jawab lelaki tua itu."

Jika begitu, istirehatlah di perduku," kata pohon epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.

Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun

BANGUN PAGI DENGAN MINDA YANG POSITIF...

Posted by Chek Nurul at 10:15 PM 0 comments
Adalah penting untuk memulakan hari dengan bersyukur, berfikiran positif dan ceria. Itu akan menentukan tahap emosi kita untuk sepanjang hari itu. Sekiranya kita bangun tidur dengan perasaan malas, maka sepanjang hari tersebut, kita akan buat sesuatu kerja dengan separuh hati. Dalam hati, perasaan dan minda sudah tertanam sejak dari mula lagi bahawa kita MALAS, maka jadilah kita orang yang PEMALAS. We are what we think. Menurut Law of Attraction (LOA), kita akan menarik lebih banyak cas-cas kemalasan datang kepada kita. Mula-mula kemalasan kita mungkin 40% kemudian ia akan meningkat dan meningkat sehingga menjadi malas tahap gaban (istilah orang sekarang).

Mulakan setiap hari kita dengan soalan:
"Apa yang akan saya buat hari ini bagi menjamin masa dan tenaga saya digunakan dengan sebaiknya untuk mencapai matlamat saya?"

Sepanjang hari itu, jika kita berhadapan dengan situasi di mana kita perlu membuat suatu keputusan (decision), kita tanya diri kita dengan soalan ini:
"Adakah tindakan yang akan saya ambil ini membantu saya dalam proses untuk mencapai matlamat saya?"

Sebelum masuk tidur, buat senarai kerja atau perkara yang perlu kita lakukan untuk esok hari mengikut kepentingan. Ada kerja yang perlu kita buat segera, ada perkara yang kurang sikit kepentingannya. Mungkin kita boleh bahagikan kerja kita mengikut kategori:

* A - kerja yang perlu perhatian segera
* B - kerja yang perlu disiapkan sebelum matahari terbenam
* C - kerja yang boleh ditangguhkan sehingga esok

Berwaspada dengan gangguan-gangguan yang menghalang kita dari mengikut plan kerja untuk hari itu. Di antaranya mungkin:

* Bergayut di talipon.
* Menggunakan terlalu banyak masa untuk membaca dan menjawab email. Kadang-kadang junk mail pun nak baca secara detail (hehehe..)
* Bersembang-sembang kosong dengan kawan-kawan
* Tempat kerja yang berselerak dan tidak tersusun.

Bagi saya (walaupun kerja saya sebagai surirumah), jadual kerja itu penting. Ia membantu kita menjadi seorang yang 'efficient'. Setuju atau tidak jika saya katakan "work planning" membantu kita untuk menjadi lebih bersemangat dalam menjalani kehidupan kita untuk hari-hari tertentu. Bangun pagi, dalam minda kita telah ada rancangan kerja yang teratur untuk hari tersebut. Ini mengelakkan kita dari mengalami syndrom 'otak berserabut' yang mana sedikit sebanyak akan menjejaskan prestasi dan semangat kita.

MONYET YG KUAT MAKAN...

Posted by Chek Nurul at 10:05 PM 0 comments
Ada seorang lelaki membela seekor monyet...satu hari die membawa monyet peliharaan nya pergi ke sebuah Bar...Semase lelaki tersebut menikmati minuman di bar tersebut...monyet peliharaan nya itu mula membuat kacau...dia melompat ke sana sini...Bila nampak sepiring kacang monyet itu terus memakannya..nampak semangkuk kentang goreng terus mengambil nya lalu di makan nya...dan tiba2 melompat pula ke atas meja pool dan mengambil bola pool tersbut dan menelannya sehingga abis...

Pemilik bar tersebut melihat keadaan itu dan berkata kepada lelaki tersebt "Encik...encik nampk tak ape yang monyet encik lalukan?...".." Ape?.."..."die menelan bola pool di meja pool saya sehingga abis..."..

Dengan selamba lelaki itu menjawab "..Saya tak pelik pun...dia memang akan makan apa sahaja...saya akan byr semua yang dia makan tadi...ok.."..Lelaki tersebut menghabiskan minumannya dan membayar bill lalu beredar...

Dua minggu selepas itu..lelaki itu bersama monyet nya datang lagi sekali ke bar tersebut...Seperti biasa lelaki itu memesan minuman dan sekali lagi monyet nya itu melompat kesana sini...dan tiba2 monyet tersebut ternampak sebiji epal..die mengambil epal tersebut dan menyumbat ke punggungnya..dan mengeluarkan semula lalu memakan nya ....

Pemilik bar semakin hairan dan terkejut..lalu berkata kepada pemilik monyet tersebut.."Encik..adakah encik nampk apa yang monyet encik lalukan tadi?"..."Ape lagi??..."..."Die menyumbat sebiji epal kedalm punggungnya dan mengeluarkan nya lalu di makan."..

"Saya tk pelik pun...dia masih akan makan apa sahaja..cume sejak dia menelan bola pool hari tu...sekarang dia akan mengukur dulu sebelum memakannya..."

BERDOA UNTUK YANG TERBAIK...

Posted by Chek Nurul at 10:02 PM 0 comments
"Oh Tuhanku, aku ingin mengahwini wanita itu. Aku tidak mahu wanita lain. Tolong berikan dia untuk aku"

Begitulah do'a seorang pemuda yang telah jatuh cinta pada seorang gadis yang sangat cantik, yang menjadi ratu di daerah tempat tinggalnya. Gadis itu menjadi rebutan kebanyakan lelaki bujang termasuklah pemuda itu sehingga saban hari dia berdo'a kepada Tuhan agar gadis cantik itu dapat dikahwininya.

Tidak lama kemudian, do'anya dimakbulkan oleh Tuhan. Dia pun berkahwin dengan gadis tersebut. Pemuda itu merasa sungguh bertuah kerana dalam ramai-ramai lelaki bujang yang ingin menyuntingnya, gadis cantik itu memilih dirinya. Setelah tinggal sebumbung, dia menyedari gadis cantik itu iaitu isterinya kini bukan wanita yang bertanggungjawab. Wanita itu tidak menyintainya sama sekali. Dia mengahwini pemuda tersebut hanya kerana harta. Kebetulan pemuda itu memang berasal dari keluarga yang kaya dan ternama. Di akhir-akhirnya, pemuda tersebut menjadi tidak siuman gara-gara perbuatan isteri yang dicintainya sepenuh dan seikhlas hati itu.

Dalam berdo'a, kita begitu yakin inginkan sesuatu tetapi adakah kita yakin bahawa itulah yang terbaik untuk kita. Seringkali dalam do'a, kita tidak meminta yang apa terbaik untuk kita sebaliknya kita meminta apa yang kita inginkan. Beruntunglah orang-orang yang meredhakan Tuhan memberi apa yang terbaik dalam kehidupan, walaupun yang terbaik itu tidak selalunya bertepatan dengan apa yang diingini.

JANGAN PANDANG BELAKANG...

Posted by Chek Nurul at 9:59 PM 0 comments
Anda sedang memandu pada halaju 200km/hr (wah melebihi halaju tu..hehehe) sambil bersiul-siul riang maklumlah baru dapat kereta brand new. Sebelum ni bawak kereta secondhand, tak best. Memandu kereta baru memang menyeronokkan sehingga tak sedar kaki menekan accelarator, kononnya nak test power kereta baru.

Tiba-tiba entah macam mana (orang kata malang tak berbau), anda hilang kontrol terhadap kereta tersebut dan kereta yang sedang laju itu menuju ke satu tembok yang agak masih jauh di hadapan. Apa yang anda akan lakukan?

Kalau saya.. "Tutup mata"…(biasalah kan perempuan kalau panik tutup mata..hehehe). Itu saya kira bukan satu tindakan yang bijak.

Pelumba-pelumba kereta professional telah diajar, jika dalam keadaan hilang kawalan, jangan sekali-kali tutup mata sebaliknya fokuskan mata ke arah mana yang kita perlu tuju.

Jangan pandang belakang.
Jangan hirau di mana kita berada.
Fokus ke arah mana yang perlu kita tuju.

Bagaimana pula jika kita hilang kontrol dalam menjalani kehidupan kita? Menurut Andrew Matthews (penulis buku 'follow your heart'), peraturan yang sama harus diambil. Fokus pandangan kita ke arah mana yang kita perlu pergi.

Jika kita kehilangan wang, jatuh miskin…jangan pandang ke belakang.
Jika kita dipecat dan hilang pekerjaan…jangan pandang ke belakang..jangan fikir di mana kita berada.
Jika kita ditinggalkan (diceraikan) oleh pasangan kita…jangan pandang belakang..tidak guna menyalahkan dia atau menyalahkan diri kita sendiri. Sebaliknya fokus ke arah mana yang harus kita tuju.

My point is..when times get rough, believe that we always have one or more ways out. Keep our mind fixed on where we want or need to go.

WHAT THE HELL!!!!...

Posted by Chek Nurul at 9:52 PM 0 comments
This is a true story from the Word Perfect Help-line which was transcribed from a recording monitoring the customer care department. Needless to say the Helpdesk employee was fired; however, he is currently suing the Word perfect organisation for "Termination without Cause."

Actual dialogue of a former WordPerfect Customer Support employee (now we know why they record these conversations)!

"Ridge Hall computer assistance; may I help you?"

"Yes, well, I'm having trouble with WordPerfect."

"What sort of trouble?"

"Well, I was just typing along, and all of a sudden the words went away."

"Went away?"

"They disappeared."

"Hmm. So what does your screen look like now?"

"Nothing."

"Nothing?"

"It's blank; it won't accept anything when I type."

"Are you still in WordPerfect, or did you get out?"

"How do I tell?"

"Can you see the C: prompt on the screen?"

"What's a sea-prompt?"

"Never mind, can you move your cursor around the screen?"

"There isn't any cursor: I told you, it won't accept anything I type."

"Does your monitor have a power indicator?"

"What's a monitor?"

"It's the thing with the screen on it that looks like a TV.

Does it have a little light that tells you when it's on?"

"I don't know."

"Well, then look on the back of the monitor and find where the power cord
goes into it. Can you see that?"

"Yes, I think so."

"Great. Follow the cord to the plug, and tell me if it's plugged into the
wall."

"Yes, it is."

"When you were behind the monitor, did you notice that there were two
cables plugged into the back of it, not just one?"

"No."

"Well, there are. I need you to look back there again and find the other
cable."

"Okay, here it is."

"Follow it for me, and tell me if it's plugged securely into the back of
your computer."

"I can't reach."

"Uh huh. Well, can you see if it is?"

"No."

"Even if you maybe put your knee on something and lean way over?"

"Oh, it's not because I don't have the right angle-it's because it's
dark."

"Dark?"

"Yes, -the office light is off, and the only light I have is coming in
from the window."

"Well, turn on the office light then."

"I can't."

"No? Why not?"

"Because there's a power failure."

"A power... A power failure? Aha, Okay, we've got it licked now. Do you
still have the boxes and manuals and packing stuff your computer came in?"

"Well, yes, I keep them in the closet."

"Good. Go get them, and unplug your system and pack it up just like it was
when you got it. Then take it back to the store you bought it from."

"Really? Is it that bad?"

"Yes, I'm afraid it is."

"Well, all right then, I suppose. What do I tell them?"

"Tell them you're too f**k**g stupid to own a computer!"

MENGHARGAI APA YANG KITA MILIKI..

Posted by Chek Nurul at 9:37 PM 0 comments
Bayangkan jika suatu hidupan yang bernyawa telah ditemui di planet Marikh. Saya rasa walau hidupan itu sekecil-kecil semut sekali pun, berita itu akan tersebar luas di muka depan semua akhbar di seluruh dunia. Tidak cukup dengan akhbar, ia akan disebar melalui media electronik seperti internet dan sebagainya.

Walaupun bukan kita yang menemuinya, tapi kita akan tumpang rasa seronok dengan penemuan yang hebat…"THERE'S LIFE OUT THERE!" Para saintis pulak tentu sibuk mengkaji hidupan tersebut dan mereka memanggilnya.."ANOTHER SPECIES". Saya rasa semua penduduk di muka bumi ini saban hari akan memperkatakan tentang hal tersebut, dari kalangan kanak-kanak sehinggalah warga emas akan bercerita mengikut versi masing-masing.

Yang menghairankan beribu-ribu jenis burung, tumbuhan, haiwan dan serangga telah pupus dari mukabumi ini (tempat tinggal kita sendiri) dari semasa ke semasa, tidak pula mendapat liputan secara meluas, tidak pula menjadi tajuk utama (muka depan) akhbar di seluruh dunia, tidak pula dihebahkan secara intensif melalui media elektronik sehingga setiap orang yang tinggal di muka bumi ini mengetahuinya. Harimau, panda dan lain-lain binatang semakin pupus dari mukabumi ini tapi yang nampak hebat di mata kita ialah suatu hidupan sebesar semut telah ditemui di planet lain.

Begitulah selalunya…. Kuman di seberang laut begitu jelas kelihatan, tapi gajah di hadapan mata, kita tidak peduli. Sesuatu yang hebat yang telah menjadi milik kita, kita tidak hargai sebaliknya kita akan mencari sesuatu yang baru. Ini biasa terjadi dalam hubungan rumahtangga. Kehebatan dan kesetiaan seorang isteri yang telah ada di hadapan mata, tidak dihargai sebaliknya seorang suami asyik mencari, memuja dan memuji kehebatan wanita lain yang bukan menjadi miliknya.

Kita hanya akan menyedari akan kehebatan sesuatu yang kita miliki itu apabila ia telah pergi dan hilang daripada kita. Di saat itu, akan timbul rasa kesalan namun kesalan ketika itu sudah agak terlambat.. Hargailah sesuatu atau seseorang sementara ia masih berada bersama kita...

9 SEBAB MENGAPA HATI TIDAK BAHAGIA..

Posted by Chek Nurul at 9:19 PM 0 comments
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan: Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya.. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

SIAPA YANG KAYA...

Posted by Chek Nurul at 9:16 PM 0 comments
Seorg hartawan membawak anaknya menginap di sebuah rumah milik seorang kenalannya yg miskin. Dia berharap anaknya akan sedar akan kekayaan yg mereka miliki. Setelah tiga hari di rumah si miskin, mereka pun pulang.

Dlm perjalanan si ayah bertanya, apa pandangan kamu tentang kembara kita?

Seronok! jawab anaknya.

Sekrg mesti kamu dpt bandingkan hidup sbg org kaya dgn org miskin bukan?

Ya, jawab anaknya ceria.

Ok, apa yg kamu belajar drpd semua ini?

Si anak menjawab, Kita mempunyai seekor kucing peliharaan, tetapi mereka ada byk kucing yg mereka bagi makan.

Kita ada kolam renang, tetapi mereka ada sungai yg jernih dan mengalir airnya utk mereka mandi.

Kita ada lampu import yg mahal, mereka ada bintang begemerlapan di langit yg mereka pandang waktu santai di halaman rumah pd mlm hari..

Si ayah ingin menyampuk, tetapi si anak meneruskan..

Kita ada jln berturap tetapi mereka ada padang hijau yg saujana mata memandang.

Kita seronok menyuruh org gaji buat itu dan ini, mereka pulak ceria berkhidmat dan memberi pertolongan kepada org lain.

Kita ada byk makanan, tetapi mereka menghasilkan makanan.

Kita ada jaga yg menjaga harta kekayaan kita, tetapi mereka mempunyai ramai sahabat setia yg sentiasa melindungi mereka.

Si ayah terus terdiam. Anaknya menambah, Terima kasih ayah kerana menyedarkan betapa kayanya mereka dan betapa miskinnya kita.

Pengajaran: kekayaan sebenar terletak di hati yg bersyukur dan redha. Bukan kerana apa yg kita miliki tetapi kerana apa yg kita beri. Untuk mencapai kesenangan, kita perlu memiliki. Tetapi untuk mencapai ketenangan kita perlu memberi. Memberi lebih baik dari yg menerima.

CARA MENERIMA KOMEN DAN KRITIKAN...

Posted by Chek Nurul at 9:13 PM 0 comments
Kita di kelilingi oleh orang-orang yang bak kata Jinggo, kerja mereka ialah mengkritik orang lain. Kita buat perkara yang betul pun dikomen apalagi kalau kita buat perkara yang agak janggal di mata mereka. Kritikan atau komen yang negatif memang menyakitkan jika kita biarkan ia meresap ke dalam perasaan dan fikiran atau sebaliknya kita boleh jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk lebih maju ke hadapan.

Pilihan di tangan kita, samada kita telan dan mempercayai semua kritikan yang dilemparkan itu atau kita hanya menerima kritikan yang betul dan jangan memperdulikan kritikan yang tidak betul. Kita tidak ada kuasa menghalang orang lain daripada membuat komen atau kritikan. Kita boleh memilih, untuk mendiamkan diri atau menjawab kritikan itu dengan hati yang ikhlas.

Adakah semua komen itu meninggalkan kesan negatif kepada diri kita? Adakah ia membuatkan kita rasa tidak selesa dan hilang keyakinan diri?

Jika jawapannya adalah 'YA', maka ia menjadi masalah bagi kita bukan pada orang yang memberi komen. Betul, mereka tidak patut mengeluarkan kata-kata yang boleh melukakan hati orang lain. Itu menunjukkan orang-orang yang membuat komen negatif itu sebenarnya orang-orang yang ada masalah dan mereka cuba menghumbankan masalah mereka itu kepada kita. Tentu ada yang pernah terbaca entri saya tentang "The Law of Garbage Truck". Sekurang-kurangnya garbage truck bila sudah dipenuhi dengan sampah, ia akan dipandu ke tempat pelupusan sampah tapi individu yang tidak mengikut 'the law of garbage truck' akan menghumban sampah-sampah emosi mereka kepada sesiapa saja yang ada di sekeliling mereka. Pilihan di tangan kita, samada membiarkan mereka berbuat demikian dan cuba memujuk diri sendiri supaya tidak merasa sakit hati atau mengambil segala sampah emosi itu dan mengembalikan semula kepada tuannya dengan cara yang sopan. Jawab segala komen yang negatif itu dengan sopan dan ikhlas sebagai mempertahankan diri. Tidak guna dilawan bertengkar kerana itu akan memburukkan lagi keadaan. Prinsip 90/10 mungkin boleh membantu kita dalam menghadapi individu yang melontarkan sampah emosi mereka tanpa mengira tempat dan keadaan.

Menerima diri sendiri seadanya ialah satu cara menerima komen dan kritikan tanpa merasa sakit hati. Kritikan dan komen yang menyentuh peribadi biasanya memang menyakitkan. Sekiranya kita boleh menerima diri sendiri dan redha dengan apa juga keadaan kita, maka segala komen dan kritikan yang negatif itu tidak akan menjadi apa-apa buat kita.

Jangan lupa, komen dan kritikan negatif yang bahaya adalah datang dari dalam diri sendiri apabila kita merasa diri kita tidak berharga dan tidak bernilai. Kita perlu menghargai, menghormati, menyayangi dan menerima diri kita seadanya, redha dengan apa yang Allah telah kurniakan pada kita walaupun di mata orang lain, ia mungkin merupakan sesuatu yang tidak sempurna.

Sekiranya kita boleh menerima komen dan kritikan dengan cara yang positif, samada komen itu daripada orang lain atau daripada diri sendiri, insyaAllah ia akan boleh membantu kita untuk maju dan menjadi lebih baik.

BERBEZA KEBIJAKSANAAN...

Posted by Chek Nurul at 9:08 PM 0 comments
Satu hari seorg professor menyeberang sungai dgn sebuah sampan yg dikayuh oleh seorg pengayuh sampan. Di tengah2 sungai, professor tersebut bertanya,
” Kau pandai menulis dan membaca?”
”Tidak, saya buta huruf,” jawab pengayuh sampan.
”Kalau begitu kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Org yg tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan utk hidup.”

Tidak lama selepas itu professor itu bertanya lagi,
”Kamu ada membuat simpanan di bank?”
”Tidak pendapatan saya hanya cukup2 makan.”
”Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin org yg tiada wang boleh hidup dgn selesa pada masa tua nanti.”

Sampan terus bergerak. Tiba2 sampan itu bocor. Air masuk dgn banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Si pengayuh bertanya kepada professor, Tuan, apakah tuan pandai berenang?”
”Err, saya tidak tau,” jawab professor panik.
”Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”

Pengajaran: Allah tidak mencipta manusia bodoh. Sebaliknya, Allah mencipta manusia dgn kebijaksanaan yg berbeza2. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksanaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jgn rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setiap manusia utk berjaya.

Kita hari ni terlalu menilai kebijaksanaan dari segi akademik padahal ilmu itu luas dan boleh digunakan dalam berbagai cara. Disebabkan itu, kita selalu tak berani mencuba sesuatu yg di luar kebiasaan. Harap2nya satu hari nanti mentaliti kita akan berubah.

POKOK BULUH DAN PAKU PAKIS..

Posted by Chek Nurul at 9:05 PM 0 comments
Pandangannya dilempar jauh ke dada langit yang membiru melalui tingkap di hadapannya. Fikirannya kosong. Fokusnya hanya tertumpu kepada kata-kata isterinya pagi tadi. Isterinya merungut bila kereta Kancil mereka meragam ketika mereka hendak ke tempat kerja. Bukannya Ardi tidak mahu membeli kereta baru tapi dia tidak mampu.

"Awak tu memang tak berbakat. Sejak awak kerja, tidak pernah sekali pun awak dinaikkan pangkat. Cuba awak tengok, Arman, kawan baik awak tu, dah dua kali dinaikkan pangkat. Awak masih di tahap tu jugak. Entah bila kita akan merasa kesenangan macam Arman, rumah besar, kereta besar. Kita ni nak makan pun kadang-kadang kena berkira, kereta Kancil ni pun tak pernah bertukar sejak kita kawin. Cubalah awak berusaha lebih sikit untuk naik pangkat. Ini pun nasib baik saya kerja. Kalau tidak, entah-entah kita dan anak-anak makan pasir"

Ardi hanya diam mendengar isterinya membebel. Bukan sekali dua malah sejak beberapa bulan kebelakangan ini, isterinya semacam tidak puas hati. Bebelannya semakin menjadi-jadi apabila Irina tahu kawan baik Ardi, Arman telah dinaikkan pangkat untuk kali yang kedua. Ardi tidak mahu memulakan pergaduhan. Namun kata-kata sinis Irina benar-benar menyentuh hatinya, menggoyah keyakinan dirinya. Self esteemnya jatuh merudum. Terasa dirinya begitu kerdil, lemah dan tidak layak menjadi suami dan ayah kepada isteri dan anak-anaknya.

Dia masih di tingkat 12. Kawan-kawan sekerjanya masing-masing beransur meninggalkan pejabat. Irina juga telah pulang ke rumah dengan menumpang kawannya. Kereta mereka masih di bengkel.

"Kamu belum mahu pulang Ardi?"

Tiba-tiba suatu suara menyapanya dari belakang. Dia cukup kenal dengan suara itu. Itu suara Pak Mat. Di pejabatnya, Pak Mat di kenali sebagai Pak Mat Imam. Gelaran itu sesuai dengan perwatakan Pak Mat yang alim dan warak. Di pejabatnya, Pak Mat sering menjadi imam ketika solat Zohor dan 'Ashar.

Sebuah keluhan keluar dari mulut Ardi. Dahinya berkerut. Sapaan Pak Mat tadi tidak berjawab.

"Kamu ni kenapa, Ardi? Macam ada masalah saja" tanya Pak Mat lagi.

"Entahlah Pak Mat. Fikiran saya ni kusut dan buntu. Kereta saya ada di bengkel"

"Aikk..takkan kerana kereta rosak, fikiran kamu menjadi bercelaru?"

"Tak la macam tu…masalah saya banyak, Pak Mat. Fikiran saya ni dah tak mampu nak berfikir. Sesekali saya rasa nak pergi jauh dari sini"

"Berat bunyinya tu.. Jom ikut Pak Mat balik ke rumah. Nanti bila orang bengkel tu talipon bagitahu kereta dah siap, Pak Mat akan hantar kamu ke sana"

Ardi menurut saja ajakan Pak Mat. Untung juga Pak Mat bermurah hati untuk membantu. Dalam perjalanan ke rumah Pak Mat, Ardi lebih banyak diam dari bercakap. Seringkali terdengar keluhan keluar dari mulutnya.

Itulah kali pertama Ardi sampai ke rumah Pak Mat. Rumah berkembar dua tingkat itu nampak tenang setenang wajah Pak Mat. Mungkin isteri dan anak-anak Pak Mat ada di dalam.

"Jom kita ke belakang. Di sana ada meja dan kerusi. Nanti Pak Mat suruh Mak Cik buatkan air untuk kita minum."

"Eh, tak payah susah-susah. Cantik kawasan rumah Pak Mat ni. Penuh dengan pokok-pokok. Rajin Pak Mat berkebun."

Pak Mat membawa Ardi ke halaman belakang. Pak Mat masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Ardi meninjau kawasan belakang rumah Pak Mat. Pokok-pokok hijau yang ditanam memang menyegarkan mata yang memandang. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada pokok buluh dan pokok paku pakis perhiasan yang ditanam bersebelahan.

Sebentar kemudian, Pak Mat keluar semula dengan dulang yang berisi teko air, dua biji cawan dan sepiring pisang goreng panas. Dia meletakkan dulang itu di atas meja lalu berjalan menghampiri Ardi.

"Cantik pokok buluh dan pokok paku pakis ni, Pak Mat." kata Ardi.

"Pak Mat tanam pokok buluh dan pokok paku pakis ni pada hari dan waktu yang sama. Pak Mat jaga kedua-duanya dengan baik. Tidak lama kemudian, pokok paku pakis ini tumbuh dengan subur tapi pokok buluh tidak menampakkan tanda-tanda akan tumbuh. Pak Mat tidak berputus asa. Pak Mat siram seperti biasa."

"Pada tahun kedua, pokok paku pakis semakin merimbun tapi pokok buluh masih tak tumbuh-tumbuh. Begitu juga pada tahun ketiga dan keempat, pokok buluh tidak mengeluarkan walau satu tunas pun sedangkan pokok paku pakis semakin subur dan merimbun. Pun begitu, Pak Mat tidak berputus asa untuk melihat pokok buluh ini tumbuh. Pak Mat tetap menyiramnya seperti biasa. Akhirnya pada tahun kelima, satu tunas kecil tumbuh dari pokok buluh ini. Jika dibandingkan dengan pokok paku pakis, tunas yang kecil itu sudah tentu tidak setanding. Dalam masa enam bulan berikutnya, pokok buluh ini menjadi semakin tinggi dan tinggi. Sekarang, kamu lihat sendiri kedua-dua jenis pokok ini."

"Sebenarnya buluh mengambil masa lima tahun itu untuk menumbuhkan dan menguatkan akar sebelum ia mengeluarkan tunas. Akar yang kuat ini penting untuk pertumbuhan buluh yang baik. Pak Mat tidak berputus asa menunggu dan menunggu dan sekarang Pak Mat tidak perlu bersusah payah menjaganya macam dulu lagi."

"Ardi, ambillah pengajaran dari pokok buluh dan pokok paku pakis ini. Jangan membandingkan diri kita dengan orang lain. Pokok paku pakis dan pokok buluh tak sama kegunaannya walaupun kedua-duanya mencantikkan pandangan mata kita. Masa untuk Ardi berjaya akan tiba juga nanti. Ardi akan meningkat dari satu tahap ke satu tahap asalkan Ardi tidak berputus asa"

"Bolehkah saya menjulang tinggi seperti pokok buluh ini, Pak Mat?"

"InsyaAllah boleh. Jangan berputus asa, sentiasa berusaha, berdo'a dan bertawakkal"

Ardi seakan mendapat semangat baru dari cerita Pak Mat. Tidak sia-sia kunjungannya ke rumah Pak Mat pada petang itu. Selain daripada mendapat nasihat yang bernas dari Pak Mat, dia juga dapat merasa kemanisan air teh susu dan pisang goreng panas yang enak. Sungguh dia beruntung memiliki kawan sebijak dan sebaik Pak Mat. Pak Mat seakan memahami apa yang meributkan fikirannya pada petang itu.

"Oh Tuhan…aku bersyukur kepada-Mu" bisik hati kecil Ardi.

Good days give us happiness, bad days give us experiences but both are essential to our life….

MANUSIA DAN AYAM...

Posted by Chek Nurul at 9:02 PM 0 comments
Matanya leka memerhati seekor ayam jantan yang sedang mencakar tanah mencari makanan. Sesekali Azhan pulang ke kampung, hatinya gembira melihat ayam itik peliharaan ibunya. Dulu, ketika remaja, Azhanlah yang selalu memberi makan kepada ayam dan mengutip telur-telur ayam dari sarang. Waktu itu, memelihara ayam menjadi pekerjaan sampingan ibunya selain dari bersawah padi. Walaupun kini, ayam yang dipelihara ibu tidak sebanyak dulu lagi tapi ibu tidak pernah putus memeliharanya.

"Senang anak cucu cicit balik nak makan ayam kampung." Begitulah kata-kata ibunya.

"Amboi, jauhnya menungan abang. Teringat kekasih lama ke?" tiba-tiba isteri kesayangannya menyapa. Entah bila Hanna berada di belakangnya, dia tidak sedar kerana terlalu asyik memerhati ayam jantan itu.

"Ish..mana abang ada kekasih lama. Abang sedang memerhatikan ayam jantan tu."

"Apa yang special sangat ayam tu sampai abang tak berkedip mata memandangnya?"

Soalan isterinya itu tidak dijawab sebaliknya dia bertanya, "Apa perbezaannya ayam dengan manusia?"

Pertanyaan pelik itu disambut dengan derai ketawa isterinya. Azhan cuma tersenyum. Baginya soalan itu serius. Sambil memerhatikan ayam jantan itu, mindanya ligat berfikir.

Setiap hari ayam melakukan rutin yang selalu sama. Bangun pagi, berkokok, kemudian mencakar tanah mencari makanan, berak dan melakukan hubungan seks (walaupun bukan setiap hari) lalu tidur kemudian bangun pagi mengulangi lagi perbuatan yang sama. Begitulah setiap hari. Jika ada pun sedikit kelainan ialah bilamana mereka berkelahi sesama mereka kerana berebut pasangan atau berebut makanan.

Bagaimana dengan manusia? Manusia juga melakukan rutin yang selalu sama, bangun pagi, mandi, makan, minum, pergi kerja, balik rumah, buang air, melakukan hubungan seks (walaupun bukan setiap hari) lalu tidur dan bangun lagi untuk mengulangi perbuatan yang sama setiap hari. Jadi, apa bezanya manusia dengan ayam?

"Hanna pernah dengar tak kata-kata Einstein yang berbunyi begini, 'Try not to become a man of success but rather to become a man of value'?"

"Dari berfikir tentang ayam, sekarang dah pergi kepada Einstein pulak." Hanna masih lagi mengusik suaminya.

"Einstein lebih menekankan kepada nilai yang dimiliki oleh seseorang, bukan kepada kejayaan yang dicapainya. Nilai seorang manusia diukur dari sebesar mana manfaat dan kebaikan yang dilakukan untuk orang lain. Semakin banyak seseorang itu memberi manfaat kepada orang lain, semakin tinggi nilainya."

Hanna terdiam. Sekarang mindanya pula berfikir tentang apa yang diperkatakan oleh suaminya.

Untuk menjadi seseorang yang bernilai, bukan bergantung kepada kekayaan dan rupa paras. Semua orang mampu menjadi seorang yang bernilai tanpa mengira apa sekalipun pangkat dan kedudukannya.

Pemungut sampah misalnya. Bayangkan jika tiada pemungut sampah di kawasan perumahan tempat kita tinggal, tentu sampah sarap menjadi terbiar dan mengotorkan alam sekitar. Kita menjadi tidak selesa dan mudah dijangkiti penyakit. Tapi apa yang menjadikan seorang pemungut sampah itu lebih bernilai lagi? Mungkin pemungut sampah tadi tidak hanya memungut sampah yang sedia ada di luar rumah malah dia juga menyapa penduduk-penduduk di situ sambil bertanya dan mengingatkan barangkali masih ada sampah di dalam rumah yang masih belum atau terlupa untuk dikeluarkan.

Seorang doktor, selain dari tugasnya yang merawat pesakit, akan menjadi lebih bernilai apabila dia merawat pesakit dan memberi ubat-ubatan secara percuma kepada pesakit yang tidak berkemampuan. Seorang doktor juga boleh memberi nasihat tentang kesihatan di suatu kawasan dengan percuma. Begitu juga seorang guru, penjual ikan dan lain-lain profession.

Seorang manusia mampu melakukan lebih dari sekadar rutin dan kerja. Kita akan memperolehi nilai dari apa yang dilakukan. Semakin banyak manfaat dan kebaikan yang dilakukan untuk diri sendiri dan untuk orang lain, kita menjadi semakin bernilai tidak kira apa sekalipun pekerjaan kita. Jangan pernah merasa puas untuk melakukan kebaikan dan manfaat kerana sesungguhnya kita akan mendapat lebih dengan lebih memberi.

"Bang, kita memang tak sama dengan ayam kan?" tiba-tiba Hanna bertanya. Serius bunyinya. Giliran Azhan pulak yang ketawa dengan pertanyaan serius dari isterinya itu.

"Ya, manusia memang tak sama dengan ayam. Kalau tak guna otak yang Allah kurniakan untuk berfikir dan bertindak mengikut nafsu tanpa iman, kita sebenarnya lebih rendah darjatnya dari ayam itu." kata Azhan sambil memegang tangan isterinya.

Azhan dan Hanna terus memerhatikan ayam jantan itu...!

FIVE SCARY TIMES FOR YOUR HEART

Posted by Chek Nurul at 8:50 PM 0 comments
1. First thing in the morning
The risk of heart attack increases 40% in the morning, Harvard researchers estimate.
As you awaken, your body secretes adrenaline and other stress hormones, increasing blood pressure and a demand for oxygen. Your blood is also thicker and harder to pump because you’re partially dehydrated. All this taxes the heart.

Protect yourself: Build some time into your schedule so you can hit the snooze button and wake up slowly. If you’re a morning exerciser, warm up thoroughly so as not to additionally stress the heart. And if you’re on a beta-blocker, take it before bed so the medication is at full strength in the am.

2. On Monday mornings especially
Science shows there’s good reason to dread the first day of the work week.
Twenty percent more heart attacks occur on this day, probably because people are stressed and depressed about returning to work.

Protect yourself: Relax on Sunday, but try not to sleep in. Getting up early on Monday after sleeping late Saturday and Sunday can raise blood pressure even more because your body is fatigued and its natural rhythms are out of whack. Try to maintain a regular sleep/wake schedule all week.

3. After an indulgent meal
A five-course, calories-be-damned dinner can have an immediate impact on your heart health. Studies show that high-fat, high-carb meals constrict blood vessels, making blood more prone to clotting.

Protect yourself: If you must indulge, keep your portion sizes reasonable. A daily aspirin will also help prevent blood “stickiness.”

4. During unusually vigorous exercise
Having a heart attack while shoveling snow is a classic example of this.
The heart attack occurs because the victim isn’t accustomed to that kind of effort and stress hormones skyrocket, causing blood pressure and heart rate to jump.

Protect yourself: Regular exercise protects your heart. But increase your intensity level gradually.

5. At the podium
From the heart’s perspective, public speaking can be similar to unaccustomed exercise.
Extreme nervousness raises blood pressure, heart rate, and adrenaline levels, all of which can make the presentation itself a secondary worry.

Protect yourself: To counter these effects, some of my patients take a beta-blocker before speaking, flying, or doing anything that makes them overly anxious.

AMALAN PADA MALAM NISFU SYAABAN

Posted by Chek Nurul at 8:17 PM 0 comments
Alhamdulillah, akhirnya...sekali lagi kita bertemu dgn malam yang mmg dinantikan..15 syaaban datang lagi pada tahun nie..
so..kat bawah nie..adalah..amalan2 yang boleh kita ikuti...
Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Sya’aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.

(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa,

Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)

Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.

Membaca: (beberapa kali – pahala seperti ibadat seribu tahun).

Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.

Membaca Al-Qur’an.
Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.

Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)
Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)

Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

P E R H A T I A N

BERALAMLAH MENURUT KEMAMPUAN MASING-MASING, JIKA TIDAK DAPAT MELAKSANAKANNYA JANGANLAH DITINGGALKAN SEMUANYA. LEBIHAN UMUR KITA YANG MASIH TINGGAL SEDIKIT LAGI, HAMPIR SAMPAI KE HUJUNGNYA. REBUTLAH AMALAN SEBANYAK-BANYAK YANG BOLEH, BERTAUBATLAH KEPADA ALLAH AKAN DOSA-DOSA YANG BANYAK DENGAN SEGALA KESUNGGUHAN UNTUK BEKAL KITA DI AKHIRAT YANG AKAN PERGI TIDAK AKAN KENBALI LAGI. SEMOGA DALAM KEREDAHAAN ALLAH !!!.

"You can heal your life by Louise Hay"..

Posted by Chek Nurul at 8:10 PM 0 comments
Dalam menungan yang panjang, minda saya berfikir - mungkin saya boleh andaikan hidup kita di dunia ini ibarat sebuah buku. Setiap buku mempunyai 'front page' sebagai permulaan. 'Front page' kita adalah ketika mana kita dilahirkan ke dunia. Setiap buku juga ada 'back page' manakala 'back page' kita adalah ketika mana nyawa kita bercerai dari jasad, pergi menghadap Ilahi dan meninggalkan dunia ini. Buku mempunyai helaian-helaian muka surat yang boleh diumpama seperti hari-hari yang kita jalani dalam kehidupan ini. Ada buku yang tebal dan ada buku yang nipis dan kita ada yang umur panjang, dapat hidup sampai tua bangka dan ada yang umur pendek, mati ketika usia masih muda. Ada buku yang menarik untuk dibaca tetapi ada juga buku yang tidak langsung menarik perhatian. Dan kehidupan kita kadang kala menarik dan kita merasa bahagia tetapi ada ketikanya hidup menjadi sukar dan kita merasa tersepit. Sebuah buku tidak kita ketahui isi kandungannya sehinggalah kita membaca, begitu juga kehidupan kita, tidak kita ketahui apa yang bakal kita hadapi untuk hari esok sehinggalah kita mengalaminya. Seburuk mana pun hari semalam, jangan putus harapan agar esok akan bercahaya sama seperti kita membaca buku cerita - yang kita harapkan ialah 'happy ending'.

The thoughts we think and the words we speak create our experiences ~Louise Hay
Posted by Chek Nurul at 7:55 PM 0 comments
"Maturity in attitude is reached when you fully understand what you can change and what you can’t change, and you respond accordingly.
De Vincenzo couldn’t change the figures on his score card or retrieve the money he had signed over to the lying woman.
Fussing and fuming would not change the reality of either mistake.
He chose to accept what had happened and move forward."

Ceyai or Cerai!!!!!!!!!!!!!!!!!

Posted by Chek Nurul at 7:37 PM 0 comments
i suatu petang Jumaat yang hening...aku (selamat bin dol ) duduk berehat2 di depan umah sambil menghisap rokok jenama Thailand (murah skit) huhuhu..sementara itu anak ku yang berusia 3 tahun sedang bermain2 di ruangan tengah...aku lihat dia tersenyum sorang2..ape lah yang dia pikir agaknyer...isteriku?ade kat dapur nun..memasak. bahagia kan famili ku ini...isteri ku mmg ckup rajin memasak, anak ku pulak petah berkata2 menghiburkan kami se famili..alahai...aku senyum sorang2 gak bangga memiliki famili ni....Tgh aku dok senyum2 tetibe anak aku dtg...
'abah..mak nak ceyai...'
Aku tersentap..mata ku otomatik bepinar..rokok tetap maintain kt mulut..
Tetibe je dia nak minta pepisahan??? Aku ni bkn insan yang lemah,cukup nafkah zahir batin kat bini aku tuh.
Umah ni pun aku beli pakai nama dia...(aku beli je...dia yang bayar..hehehe) pas tu keta kt depan umah tu mmg aku dah habis bayar pun khas utuk dia (kancil 660 thn 1999)hape lagi yang kurang..dengan panas kepala ni aku terjah dia kat dapur

'YAH, APE KURANG KE KASIH SYG ABE KT AWOK?, APE ABG NI TAK HENDSOME LAGI KE SMPAI AWAK NAK MINTA TUUUUI!!! TERGAMAK AWAK WAT ABG MACAM NIE.....!!!!'

Ape nie bang....susah sgt ke nak bagi?

YAH! AWAK JGN UJI SAYA!

Iye lah..lau berani buat lah...

YAAHHHHH......AWAK MELAMPAU! Kaki aku dah mengeletar,peluh menitik2,idung aku kembang kempis,kat telinge aku dah terdengar2 lagu Anang..jari jemari dah sejuk...sanggup kah aku ucapkan perkataan itu....

Iye..buat lah bang OIIIII...saya nak masak gulai ni g lah ambik serai tu cepat..boboi tak cakap kat awak ke...
HAH SERAI??????? Betuah punyer anak...pelat....
Ceyai Vs cerai...
Becarefull ngan bahasa anak anda...
Jgn biarkan hidup anda diselindungi Misteri....

APABILA HATI ORANG LAIN DISAKITI......

Posted by Chek Nurul at 6:56 PM 0 comments
Seorg wartawan begitu gembira kerana tulisannya tersiar di dada akhbar utama. Ulasannya mengenai sebuah majlis besar disifatkan sebagai tulisan paling lengkap, menyeluruh dan menyentuh perasaan. Pagi itu, dia melihat ayahnya sedang menatap akhbar tersebut.
"Ayah dah baca tulisan saya?" tanyanya dgn riang.
"Sudah" jawab ayahnya.
"Saya mengambil masa yg lama utk membuat pemerhatian yg tajam. Segala sudut saya lihat dan fikirkan," ujar wartawan itu dgn bangga. Dia sangat puas hati kerana kerja kerasnya berbaloi.
Ayahnya dia saja. Selalunya si ayah banyak memberi kata2 dorongan kepadanya.
"Bukankah ayah seorang pengulas dan pengkritik tulisan saya yg baik?" katanya secara bergurau. Ayahnya tetap diam.
Melihat itu, dia berasa tidak puas hati. Tentu ada sesuatu. "Ayah kritiklah tulisan saya!" desaknya.

"Satu sahaja kritikan daripada ayah...,"akhirnya ayahnya bersuara.
"Apa itu ayah"
"Satu tulisan yg baik tetapi kau menyakiti hati banyak pihak!"
Si wartawan itu terdiam. Di dalam hatinya dia mengakuinya. Apa tidaknya, hampir seluruh unit, segmen dan individu yg terlibat dalam majlis besar itu telah disentuhnya. Namun tanpa dia sedar, dia telah menyakiti hati ramai org.
"Anakku, apa gunanya satu hasil kerja yg baik, dipuji dan dianugerahi pelbagai hadiah, tetapi dlm proses menghasilkannya kau menyakiti hati ramai org."
Wartawan itu terdiam. Kali ini kritik ayahnya lain dari yg lain, pendek tetapi sangat mendidik.

Pengajaran: Persaudaraan dan kasih sayang adalah perkara yg paling tinggi nilainya selepas iman. Menjaga kasih sayang dalam proses penyampaian sesuatu khidmat atau produk perlu menjadi keutamaan. Muslim terbaik ialah Muslim yg selamatkan Muslim lain dgn kata2 dan perbuatannya.

RAHSIA SOLAT

Posted by Chek Nurul at 6:41 PM 0 comments
Coretan kali ini bagi peringatan buat diriku & Sahabat sahabat semua....Tentang rahsia as - solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah - indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al - kautsar ketika di dalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL - MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji - panji nabi kita di dalam kubur.

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."Sebaik-baik manusia itu adalah
mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orangYahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka
mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada
di kalangan kamu yang perasan!!!"

5 reason you didn't get the job

Posted by Chek Nurul at 6:35 PM 0 comments

1. You're overqualified
It's not just a cliche--you really can be overqualified for a position. It's especially true in a tight economy. A candidate that is more qualified would require a higher salary and benefits package for a competitive offer and for long-term retention. If someone else interviewed who fit the qualifications but didn't overly exceed them, it might be in the company's best interest to hire him and save the cash.

2. You don't know the right people
You may be great on paper, and you may interview really well--but if another candidate is the employer's tennis instructor's daughter, you might be out of luck. This isn't a reason you can't really avoid. Your best bet is to make sure you follow up with a genuinely appreciative phone call or note. Leaving a positive impression will keep you in that employer's mind if other opportunities arise.

3. You hit it off, just not professionally
Having a good rapport with your interviewer is great--however, if you bonded over your love of tequila shooters, you may have made a friend and not an employer. In a less extreme example, you may be very easy to interview but still not right for the position. While being friendly and personable are two very important traits, they won't guarantee you the job.

4. You came with conditions
You may be a good fit for the job, but if you come with strings attached, you may not get hired. If you can't see yourself sticking to the position long-term, or if prior commitments mean you'll have to work odd hours, it could take you out of the running. If possible, come in condition-free or at least willing to compromise. However, if you have a restriction that is non-negotiable, it's only fair to both of you to bring it up in the interview--there's no sense in wasting time if the situation won't work out.

5. An unpredictable reason
Often, the reason is one you may never know. You may get an unrelated job simply for having a shared interest with the interviewer, or perhaps because you have a skill the employer hopes to learn from you. It may be as simple as two or more candidates being equally qualified, and you lost the coin toss.

It may also be a simple reason like an off-the-cuff comment you probably shouldn't have made, or a more blatant reason like answering your cell phone during an interview (never a good move, no matter how friendly you are with the interviewer!). Be honest with yourself about the interview process--if you can think of a slip up, learn from your mistake and keep it in mind for your next interview.

The bottom line
Whatever the reason, do your best to learn from it and apply it to your next interview. Don't be afraid to politely follow up and inquire about why you weren't right for the position--just make sure you don't come off as sulking. Be professional, and thank them for helping you to understand what you did wrong, or where you can improve. After all, if you made it to the interview stage once, you're likely to do it again.

Thursday, July 22, 2010

Malam nie..

Posted by Chek Nurul at 11:32 PM 0 comments
alhamdullilah..akhirnya malam nie, aku boleh kembali ber'blogging' setelah berminggu menyiapkan kerja yang menyebabkan aku rasa...dah tak tau nak rasa apa dah...

apa yg aku dapat...bermcm2 pengalaman aku dapat..seperti biasa..aku lbh suka jdik pemerhati dan penilai, sbb dari situ aku dapat sesuatu yg boleh aku guna in future..huhu..ayat..

pengalaman 1:..
manusia nie ada bermacam2 jenis kerenah..kdg2 aku xfaham setiap kejadianNYA mesti ada perbezaanya antara satu sama lain..jika kita dipertemukan dgn org2 yg macam ni, sbnrnya DIA nak kita belajar sesuatu..cnthnya..cuba fikir secara positif, jangan pentingkan diri sendiri, bertapa bertuahnya menjadi diri sendiri wlpun mcmana pun diri kita..kalau pandai bawak diri, orang akan igat kita sampai bila2..

pengalaman 2:..
apa rasanya have been rejected?..ya allah..lamo bebenor xrasa perasaan nie..rasa trcabar btl..ni bukan pasal mengorat anak teruna org..tapi pasal keje aku la..aku rasa..selama ini..xada yg komplen..sesekali mai makhluk dari oversea nie..dah la 1st time dia ngaja..husss...aku tak tahu kenapa aku berasap sgt..apa moralnya kat sini..
pemikiran tak sama..mesti akan jadi mcm nie..cuba la ckp terus terang..jgn ckp simple tp sbnrnya complicated..aku xberapa nak suka org yg men drama kalau time2 serius, kerja..ada masanya nak berfoya-foya nie..urm..

pengalaman 3:..
hargai la pasangan..aku tak fokus, tunding jari kat sesaper...xkisahlah pasangan itu, perempuan ker, lelaki ker...xkisah la..yg penting dia boleh terima kita dgn seadanya..dan kita boleh terima dia seadanya..jgn nak fikir harta benda...mcm2 ag..cuba tanam dalam diri...nak ada harta sendiri..xkisahlah wlpun cuma basikal tayar dua..tue perumpamaan jer..yer dok..jgn hidup atas kesenangan org lain..aku mmg xbapa nk setuju, bila ada segelintir org..fokus gologan tertentu ja..tanpa hiraukan soal diri sendiri..nasib baik aku tak cepat goyah..aku tahu dan percaya pada deria aku yg ke-6...huhu

pengalaman 4:..
bab yg aku suka tapi aku takut sebenarnya..terkejut tapi selalu berharap...aduh..sekali dalam seumur hidup..berpeluh aku mcm nie..wlmcmanapun..aku kena tempuhi jgk..hope evtin will be fine la..

hah tue lah yg aku rasa...dah xdak dah..
 
Life So Simple WithOut Rules Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez